BAB 60

Romance Completed 55259

Aireen sedang duduk di Kinz Cafe untuk menunggu kedatangan ibunya sambil ditemani oleh Esha. Aqil pun mendekati Aireen dan Esha. " Hai, Esha! " sapa Aqil. " Oh, hai Uncle Aqil! " balas Esha dengan penuh perasaan gembira. " Esha nak apa - apa ke? " tanya Aqil. " Apa dia? " tanya Esha. " Hah, jom ikut Uncle Aqil dulu. Lagipun, mama Esha tu sibuk. Ada orang dia nak jumpa. " kata Aqil. Cara Aqil bercakap sepertinya dia tahu sesuatu.

" Okey, Uncle Aqil! " kata Esha. Aqil pun membawa Esha ke tempat Natasha. " Tasha, saya nak awak tolong jaga Esha, ya. " pinta Aqil. " Eh, suka hati bos je kan nak suruh saya jaga. Saya ni juruwang, bukan babysitter. " bantah Natasha. " Ish, bukannya lama pun. Nanti saya naikkan gaji awak. " kata Aqil. " Haah, yalah! " balas Natasha. " Oh, ya bos! Itu ke kakak bos? " tanya Natasha. " Yalah. Sekarang tak payahlah awak nak tanya apa - apa. Jaga dia ya. " kata Aqil kemudian berlalu pergi.

Aireen pun melihat telefon bimbitnya sambil menunggu ibunya untuk datang. Dia tidak tahu pun sama sekali bahawa ayahnya juga akan bertemu dengannya. Kedengaran bunyi loceng dari pintu kafe. Datin Rossa dan Dato' Yusof pun masuk ke dalam kafe. " Aireen. " panggil Datin Rossa. Aireen meletakkan telefon bimbitnya di atas meja lalu berdiri. Dia terkejut melihat kehadiran ayahnya disitu.

" Aireen, ayah rindu dengan kamu. " luah Dato' Yusof. Aireen pun memeluk ayahnya dengan erat sekali. Aireen menitiskan air mata. Begitu juga dengan Dato' Yusof. " Ayah, Aireen nak minta maaf atas segala yang terjadi. Memang Aireen lalai. " ucap Aireen. " Tak, sepatutnya papa yang minta maaf sebab dah halau kamu. " kata Dato' Yusof. " Memang patut pun papa buat macam tu. Saya tak pernah pun simpan dendam pada papa selepas peristiwa tu. Saya masih lagi sayangkan papa. Sebab, papa ialah segala - galanya pada saya. " luah Aireen.

Esha yang melihat ibunya menangis segera menuju ke arah ibunya. " Mama, kenapa mama nangis? " tanya Esha. " Tak lah. Mama happy lah. Cuma, mama menguap jadi air mata mama terkeluar. " kata Aireen. Esha pun melihat ke arah Dato' Yusof. " Mama, dia lah yang selamatkan Esha daripada dilanggar kereta tempoh hari! " jelas Esha.

" Jadi, dia anak kamu? " tanya Dato' Yusof. " Ya, dia anak saya, papa. Jadi, papa yang selamatkan dia tempoh hari? Terima kasih sangat, papa! " ucap Aireen. " Ya, sama - sama. Aireen, papa nak Aireen balik. Papa tak nak lagi kamu tinggal kat rumah tu. Papa nak kamu bawa juga pembantu rumah kamu kerja dengan keluarga kita. Papa harap Aireen tak membantah. " rayu Dato' Yusof.

" Baiklah kalau papa dah cakap macam tu. Aireen akan pindah ke rumah kita. " kata Aireen. " Ya, lagipun Esha sangat memerlukan rumah yang selesa untuk tinggal. Rumah yang besar untuk tinggal. " tambah Dato' Yusof.

************************

Affan dan kedua - dua ibu bapanya sedang makan malam bersama. " Hah, Affan! Mama tengok kan, Aireen tu, baik sangat! Memang patut pun kamu kahwin dengan dia. " kata Datin Ramlah. Affan terbatuk - batuk. Dia pun mencapai gelas kaca lalu menuangkan jus oren ke dalamnya. Dia meneguk jus oren tersebut. " Oh, iya mama! Dia memang baik orangnya. Itulah Affan suka sangat dengan dia. Affan yang mula dulu suka dengan dia. " jelas Affan.

" Hah, jadi bila kamu nak kahwin? " tanya Dato' Fadzlee. " Oh, kami belum rancang pun. Lagipun, baru nak mulakan semula hubungan. Mungkin umur saya 31 kot. " ujar Affan. " Apa pula umur 31 tahun baru nak kahwin?! Kalau Affan nak tahu kan, papa dulu kahwin dengan mama, umur papa baru je 25, mama pula 23 tahun. " ujar Datin Ramlah. " Oh, ye ke? Itu dulu lah mama. Sekarang lain. Sekarang zaman dah banyak berubah. Ramai je yang kahwin 30an. " kata Affan.

" Apalah kamu ni. Kalau macam ni terus, mama bila nak dapat cucu? " tanya Datin Ramlah. " Adalah tu, nanti. Tapi bukan sekarang. " balas Affan. " Affan, papa harap sangat agar kamu dapat buat keputusan dengan baik. " kata Dato' Fadzlee.

**************************

Aireen mengemas barang - barang Esha setelah selesai sahaja dia mengemas barang - barangnya. Esha turut membantunya. Aireen mengucapkan rasa syukur kerana akhirnya dapat kembali semula ke rumah serta dapat bersatu kembali dengan keluarganya.

" Mama, yang ni nak letak mana? " tanya Esha. " Oh, letak je kat situ. " jawab Aireen. " Okey, mama! " balas Esha. Selepas beberapa jam kemudian, Aireen pun selesai mengemas. Bahunya terasa sakit. Esha pun sudah tidur. Kiki pula masih lagi mengemas barang - barangnya. Kemudian, Aireen pun mengambil telefon bimbitnya lalu mendail nombor telefon Ayuni.

****************************

Assalamualaikum, Ayuni! - Aireen

Waalaikumussalam, Aireen! Lama aku tak jumpa kau. Semenjak aku dengan suami aku bercuti ni, aku minta maaf ya sebab lama tak chat kau kat Whatsapp. - Ayuni

Alaa, biasalah tu, Yuni. Oh ya, aku nak beritahu aku akan tinggalkan rumah kau sebab papa aku suruh aku untuk balik ke rumah. - Aireen

Oh, Alhamdulillah kalau papa kau dah benarkan kau untuk tinggal kat situ. Tak apa, nanti kau bagi je kunci rumah tu dengan aku. Lagipun sebelum ni, aku dengan suami aku tinggal kat rumah sewa je. Mungkin, rumah tu boleh jadi tempat tinggal aku dengan suami aku. - Ayuni

Okey. Baiklah, aku nak tidur dulu ya. Aku cuma nak maklumkan pasal tu je. Assalamualaikum! - Aireen

Waalaikumussalam! - Ayuni

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience