" Aireen, masuk bilik saya sekarang. " arah Affan dari dalam gagang telefon. " Baik, Encik Affan. " balas Aireen. Dia pun masuk ke dalam bilik Affan. ' Ni mesti nak tanya soalan tu lagi kan?! ' bisik hati Aireen. " Ya, Encik Affan. Apa dia? " tanya Aireen. " Kita jemput Esha dari sekolah. " jawab Affan dalam nada bersahaja. " Eh, tak payahlah, Encik Affan. Saya dah pesan pada Kiki supaya jemput Esha dari sekolah. " ujar Aireen.
" Oh, ye ke? Kalau macam tu tak payahlah. " kata Affan. " Kalau dah tak ada apa - apa lagi, saya keluar dulu ya, Encik Affan. " kata Aireen kemudian berlalu pergi. Aireen sengaja menyuruh Kiki supaya menjemput Esha dari sekolah kerana dia tidak mahu menyusahkan majikannya itu.
*****************************
" So, By. Apa idea By pasal perusahaan pengilangan makanan tu nanti? " tanya Ayuni. " Kalau pasal tempat memang dah dapat. Kan By dah beritahu Honey haritu. Honey pun dah setuju. Kalau pasal makanan, mungkin kita boleh buat kuih muih ke, makanan sejuk beku ke. Tapi, cuma ini je yang By boleh fikir. " ujar Adi. " Hmm, Honey rasakan, okeylah tu. Macam nilah, how about kita buat perusahaan pengilangan makanan sejuk beku. Maybe, fishball ke, sosej ke, yang macam tulah. " jelas Ayuni.
" Okey juga tu. So, bila kita nak mula? " tanya Adi. " Sepatutnya, Honey yang tanya By bila kita nak mula. " kata Ayuni. " Jadi, apa pendapat Honey? " tanya Adi. " Honey belum sedia lagi nak berhenti kerja. Yalah. Honey nak kumpul duit juga untuk tolong By. Kalau By dah sedia, Honey akan berusaha untuk sedia juga. " jawab Ayuni. " Hah, kalau dah macam tu, kita mula mungkin 4 bulan kemudian ke. Tak perlu nak terburu - buru. " kata Adi.
*******************************
Aireen berasa mengantuk. Dia cuba untuk menahan dirinya dari tidur. Matanya terlelap - lelap. Masih ada beberapa lagi tugas yang perlu disiapkannya. Dia perlu mengatur jadual mesyuarat yang akan diadakan esok hari. Dia pun cuba untuk melelapkan matanya seketika. Aireen bermimpi soal kehidupannya di masa lalu tentang dia dihalau dari rumah oleh ayahnya.
Affan keluar dari biliknya. " Aireen, tolong buatkan saya kopi. " arah Affan. Aireen tidak menyahut kerana tertidur. Affan pun melihat ke arah Aireen kerana Aireen tidak menyahut. ' Hmm, dia tidur rupanya. Cantik juga kalau dia tidur. Hmm, aku perlu ambil kesempatan ni. ' bisik hati Affan. Dia pun mengambil permanent marker Aireen yang terletak di atas meja.
' Hmm, nak tulis apa ya? Hah, aku tau apa! ' bisik hati Affan. Affan berniat hendak menconteng dahi Aireen. Dia menulis dua patah perkataan di dahi Aireen menggunakan permanent marker berwarna biru. Tertera perkataan ' Tukang Tidur ' di dahi Aireen. Dia pun mengambil gambar Aireen menggunakan telefon bimbitnya. ' Biar Esha tahu mama dia tu macam mana orangnya. Hehe. ' bisik hati Affan lalu dia ketawa kecil.
Sebelum beredar dari situ, Affan pun mendekatkan jarinya ke bibir tanda senyap kepada para karyawan yang bekerja disitu. Para karyawan disitu hanya mengangguk lalu ketawa kecil. Affan pun terus masuk ke dalam biliknya. " Kalau dia bangun nanti, mesti dia terkejut. " kata Affan.
Aireen pun terjaga dari tidurnya. Dia menguap seketika. Dia hairan kerana para karyawan disitu ada yang berbisik - bisik dan ada yang ketawa kecil apabila melihat ke arahnya. ' Kenapa dengan diorang ni? Tengok aku terus macam ni. Ada yang kurang ke? ' bisik hati Aireen. " Korang dah kenapa? " tanya Aireen. Para karyawan disitu pun pura - pura fokus melakukan tugas mereka. Mereka berhenti berbisik - bisik diantara satu sama lain.
' Eh, terus senyap?! Diorang dah kenapa, hah?! ' bisik hati Aireen. Dia pun membuka aplikasi ' Camera ' di telefon bimbitnya. Dia terkejut sebaik sahaja dia melihat di dahinya tertera perkataan ' Tukang Tidur '. ' Ni mesti kerja Encik Affan! Haritu dia dah pecahkan pasu kesayangannya aku yang mahal tu. Sekarang, dia conteng dahi aku pula?! ' bisik hati Aireen. Dia menggenggam erat tangannya.
Aireen pun lekas bangun dari tempat duduknya. Dia membuat keputusan untuk berjumpa dengan Affan. Aireen pun mengetuk pintu bilik lalu masuk. " Dia dah tau dah kot. " bisik salah seorang karyawan disitu. " Encik Affan! Apa ni?! " tegur Aireen. Affan ketawa. ' Hish, dia ni! Ketawakan aku pula. ' bisik hati Aireen. " Saya nak awak baca apa tu. " kata Affan. " Tukang Tidur. " balas Aireen.
" Tadi awak buat apa? " tanya Affan. " Saya....tidurlah, Encik Affan. " jawab Aireen. " Siapa suruh awak tidur? Saya rasa kan, lebih baik saya conteng muka awak daripada saya pecat awak. Oh ya, kalau awak nak tahu, mulai sekarang ni saya takkan pecat awak kalau awak buat kesalahan. Tapi, saya akan conteng muka awak. " ujar Affan.
' Hish, menyesal juga aku kerja kat sini. Kenapalah, aku dapat bos macam dia ni? ' bisik hati Aireen. " Mana boleh, Encik Affan. Encik Affan tak boleh je sesuka hati conteng muka saya. Yalah, lagipun ni muka saya. Bukan muka Encik Affan. " ujar Aireen. " Suka hati sayalah nak conteng muka awak. Nanti lepas saya conteng, awak cucilah. Kan senang. " kata Affan dengan wajahnya yang selamba.
Aireen pun terus keluar dari bilik itu lalu dia menuju ke tandas. Dia cuba untuk menghilangkan tulisan itu, tetapi agak susah untuk tulisan itu hilang. " Hish, tak hilang pula! Kalau hilang pun, sikit je. Masih ada juga kesannya. Hish, dia conteng pakai apa, hah?! " kata Aireen sendirian. Dia pun membuat keputusan untuk berjumpa dengan Affan.
" Maafkan saya ya, Encik Affan. " tegur Aireen. " Hah, apa dia? " tanya Affan. " Saya nak tanya Encik Affan ni. Encik Affan tulis ni pakai apa? Susah betul lah nak hilang. " tanya Aireen. " Oh, kenapa awak tak tanya saya awal - awal. Saya lupa nak bagitau awak. Saya pakai permanent marker awaklah. jawab Affan selamba. " Oh, memang patutlah susah sangat nak hilangkan. Kejamnya, Encik Affan. Saya nak ke tandas dulu ya! Nak hilangkan tulisan ni. " kata Aireen lalu mengukir senyuman. Tetapi, dalam hatinya dia marah dengan tindakan Affan. Aireen pun mengatur langkahnya ke tandas.
Share this novel
Mana chapter next