BAB 62

Romance Completed 55259

Aireen dan Dato’ Yusof sedang makan di Kinz Cafe. Selepas makan, Aireen pun ke kaunter untuk membayar makanan yang dipesan. Kemudian, Aireen dan Dato’ Yusof pun keluar dari Kinz Cafe. Aireen pun lekas memesan Grab untuk mereka berdua. Sebaik sahaja sampai ke destinasi yang ditujui, mereka pun keluar dari dalam kereta. Aireen pun membayar pemandu Grab tersebut. “ Papa, Aireen nak kembali ke tempat kerja dulu ya. “ kata Aireen. “ Hmm, baiklah. Hati-hati melintas jalan tu. “ pesan Dato’ Yusof. “ Baik, papa. “ kata Aireen kemudian berlalu pergi.

Sebaik sahaja Aireen masuk ke Abu Bakar Holdings, dia pun menuju ke meja kerjanya. Baru sahaja dia hendak duduk, Affan pun keluar dari biliknya. Aireen pun berdiri lalu hanya mampu untuk diam apabila Affan melihat ke arahnya. " Awak pergi mana tadi? " tanya Affan. " Pergi makanlah. " jawab Aireen. " Ye ke? Atau awak ni makan gaji buta je. " kata Affan.

" Eh, tak lah. Saya lapar. Jadi, saya pun keluar sekejap pergi kafe. " ujar Aireen. " Kenapa awak tak beritahu saya? Jadi bolehlah kita keluar makan sekali. " jelas Affan. " Eh, tak apalah, Encik Affan. Saya okey je. Lagipun, kenapa juga kita mesti keluar makan sekali? " tanya Aireen. Affan terdiam. ' Tak sangka pula soalan macam ni keluar dari mulut dia. ' bisik hati Affan. " Sebab awak PA sayalah. " jawab Affan. ' PA je pun. ' bisik hati Aireen. " Mana-mana sajalah, Encik Affan. " luah Aireen.

*******************************

Ariana menikmati keindahan di bumi Australia itu. Dia memutuskan untuk ke Sydney Opera House yang tidak berapa jauh dari tempat penginapannya. Dia menginap di Pullmay Quay Grand Sydney Harbour. Sesampai sahaja dia di teater seni persembahan itu, dia pun mengambil gambar kecantikan dan keunikan bangunan tersebut. Selang beberapa minit kemudian, terpapar skrin panggilan video daripada Natasha. Ariana pun mengukir senyuman lebar. " Mesti dia rindu dengan aku ni. " kata Ariana. Ariana pun lekas menyambut panggilan video daripada Natasha.

" Assalamualaikum, Ana! " ucap Natasha. " Waalaikummussalam! Kenapa, rindu dengan aku ke, Tasha? " tanya Ariana. " Lah, mestilah rindu. Dah kau kawan aku. Kau apa khabar kat sana? " soal Natasha. " Baik je. Kau dengan abang aku pula macam mana? " tanya Ariana. " Ish, kau ni kan. Aku tak pernah pun tau ada perasaan dengan abang kau tu. Aku cuma anggap dia sebagai bos aku jelah. Tak lebih pun. " jawab Natasha. " Hmm, yelah tu. " kata Ariana. " Mesti kau rasa seronok kan kat sana?! Yalah, lagipun tu kan Australia kot. " ulas Natasha.

" Alaa, mestilah best! Semalam lagi seronok! Aku photoshoot kat Newcastle. So, harini aku enjoylah. Lusa sambung photoshoot kat sinilah. Aku kat Sydney Opera House sekarang.Sedang menikmati keunikan bangunan teater ni. Sebenarnya kan, banyak lagi tempat yang aku nak pergi. Tapi, lain kali jelah. Kalau ada rezeki nanti, kalau boleh aku nak kesini. Banyak info yang aku dapat dari sini. Australian Outback, Great Barrier Reef, Uluru, macam-macam lagilah! " ujar Ariana panjang lebar. " Hah, dah lah tu nak jealouskan aku. Okeylah! Aku nak sambung kerja dulu. Malam nanti baru kita sambung, ya. " kata Natasha. " Okeylah, bye! " ucap Ariana. Panggilan video pun dimatikan serta-merta.

*************************

Ayuni menyusun beg pakaian di tepi katil. Sudah tidak sabar rasanya dia ingin pulang ke Kuala Lumpur untuk bertemu dengan sahabat baiknya, Aireen. Kemudian, dia membuka aplikasi 'Instagram' di telefon bimbitnya. Dia pun masuk ke profil lalu melihat semua foto yang dihantar di media sosial sambil tersenyum. Selang beberapa minit kemudian, kedengaran bunyi loceng dibunyikan. Dia pun segera membuka pintu. Kelihatan Rahadi dengan dua bungkus roti Gardenia di tangan kanan dan dua gelas Tealive di tangan kiri.

" Sayang, sinilah makan dulu. Nanti sampai KL, barulah post foto kat IG. " kata Rahadi. " Oh, ya kejap. " balas Ayuni. Ayuni pun segera menuju ke meja lalu duduk dihadapan suaminya. " Awak, esok saya nak keluar dengan Aireen. Boleh tak? " tanya Ayuni. " Mestilah boleh. Asalkan, kalau awak nak keluar dengan lelaki lain, wajib ajak saya juga tau. Yelah, lagipun awak kan ada kawan lelaki. " kata Rahadi.

" Memang pun ada. Tapi, dia tu sotong sikit. " ujar Ayuni. " Hah, pandailah kan mengata orang masa dia tak ada kat sini. " kata Rahadi. " Ish, tu bukan namanya mengata. Kenyataan. " kata Ayuni. " Ya, tapi kalau dia dengar mesti dia kecewa. " balas Rahadi. " Okey. " jawab Ayuni.

***********************

Affan duduk di kerusi kerjanya sambil termenung. Dia memikirkan tentang Aireen yang. keluar makan bersama dengan seorang lelaki tua semalam. ' Siapa ya, lelaki tu? Ke, pakcik dia. Ataupun, jangan-jangan tu ayah dia pula! Tapi, mustahil lah pula. Lagipun, dia kan dah pernah cakap dengan aku kalau dia dihalau dari rumah oleh ayahnya. Tapi, kan dia juga dah kata dia dah berbaik dengan ayahnya. Or, maybe sugar...... No, no, no! Kau tak boleh fikir macam tu Affan! Kau sendiri juga nampak yang Aireen tu kan baik. ' bisik hati Affan.

Kemudian, kedengaran bunyi ketukan pintu bilik kerja Affan. Aireen pun segera masuk. " Encik Affan, harini ada meeting. Jam 1.30. " kata Aireen. " Oh, baiklah. Terima kasih infonya, Aireen. " balas Affan. Aireen pun keluar dari bilik kerja Affan lalu menyambung kerjanya di luar.

Share this novel

GAMEX_X99
2023-01-10 15:55:25 

aku risaulah kalau nanti Faiq tu jumpa Affan ngan Aireen pastu dia cakap " Weh, ni bukan ke perempuan yang kau tidur malam tu ke? "..... Time tu mesti Aireen kecewa betul ngan Affan....


NovelPlus Premium

The best ads free experience