BAB 1

Romance Completed 55259

Banglo putih yang terletak tidak jauh dari pusat bandaraya kelihatan tenang. Pokok bunga yang elok dijaga dengan baik, harum dan mekar. Semuanya aman damai. Pintu jendela yang dibuka jaminan udara bersih dalam rumah.
Seperti biasa, Aireen menyarungkan pakaian dan mengemas biliknya sebelum beredar keluar. Dia turun lalu menuju ke meja makan untuk bersarapan bersama keluarganya. Adik Aireen, Ariana yang duduk di meja makan bersarapan sambil main dengan telefon bimbitnya. " Ariana, papa dah cakap kan, simpan handphone tu sebelum papa rampas. Sekarang ni masa dengan keluarga. " tegur Dato' Yusof. Ariana pun meletakkan telefon bimbitnya di atas meja.
" Papa, Aireen lewat pulang harini sebab macam biasalah, keluar dengan kawan. Bolehkan? " tanya Aireen sambil memandang wajah ayahnya yang nampak garang tetapi tenang. " Pukul berapa nak balik? " tanya Dato' Yusof pada anak sulungnya itu. " Pukul 10.00 kot. " jawab Aireen. " Baiklah, papa izinkan." balas Dato'Yusof dengan tenang. " Thanks,papa! Papalah, papa yang terbaik dalam dunia ni! " jawab Aireen dengan girang. " Oh ya, harini kamu pergi kampus naik apa? " tanya Datin Rossa. " Saya ikut kereta kawan jelah harini. " jawab Aireen. Aireen pun lekas beredar dari meja makan lalu keluar. Sebuah kereta, Proton Persona milik sahabatnya singgah dihadapan pagar banglo yang mewah itu. Aireen segera masuk, kemudian kereta itupun berlalu pergi.

*****************

Affan sedang memandu sebuah kereta berjenama Mini Cooper. Dia sedang menuju ke kampus. Dia keluar lalu menunggu rakan - rakannya tiba. Dua sahabat karibnya tiba dengan kereta masing - masing. " Asal lambat. Bukan korang yang selalunya datang awal ke? " tanya Affan.
" Sorrylah, bro! Tadi aku singgah kejap kat kedai cuma nak beli kek je." jawab Raziq. " Untuk siapa? Shika? Alaa bro, kau dengan dia tak sepadanlah. Dia tu kuat pegangan agama, kau pula tau enjoy je." jawab Nifail sambil ketawa. " Sekarang kau boleh ketawa, tengoklah suatu hari nanti dia akan cair juga. Raziq ni! " jawab Raziq. " Oi, jomlah! Nanti lambat pula. Tak pasal - pasal nanti kita kena denda pula." tegas Affan. Sahabat tiga serangkai itupun melangkah masuk ke UiTM.
Kemudian, Yusrina datang menghampiri Affan. " Hai, Affan! Ingat ke, ni I? " tegur Yusrina. Affan sepertinya tidak mengenali gadis itu. " Kejap, awak ni siapa? " tanya Affan. " You dah tak ingat ke? Ni, I lah. Yusrina, cousin you! " jawab Yusrina. " Oh, Yusrina! Dah lama tak jumpa kan. Awak baru balik dari Perth ke? " tanya Affan. " Yelah. I kat sini pun sebab I nak satu kampus dengan you je. Dah lama kita tak jumpa. Kali terakhir kita jumpa pun masa kita 12 tahun. Sekarang ni, you dah banyak berubah. Handsome lagi tu!" kata Yusrina panjang lebar. " Oh,ya. Okey,saya nak masuk kelas dulu. Bye! " Affan terus meninggalkan Yusrina.
" Kau tak pernah bagitau kitorang pun kalau kau ada sepupu. Cantik gila!" Kata Nifail sambil memerhatikan Yusrina. " Kalau kau suka, kau ambillah. " jawab Affan selamba. " Perempuan yang aku nak bukan macam dia. Aku nak perempuan yang pemalu, baik hati, pemurah! " balas Nifail. " Angan - angan kau je. Kalau kau nak perempuan yang macam tu, kau kena berubah, wei. Kalau setiap malam keluar, enjoy, clubbing perempuan yang kau nak sangat tu takkan pandang kau tau! " jawab Raziq.
Raziq ternampak Shika masuk ke dalam kelas. " Guys, buah hati aku dah datang. Aku masuk dulu ye. " Kata Raziq kemudian berlalu pergi menuju ke arah Shika. Gadis yang memakai shawl berwarna ungu itupun didekati oleh Raziq. " Hai, awak ni saya ada bawa kek untuk awak. Sedap tau! Rezeki jangan ditolak ye. " tegur Raziq dari arah belakang. " Oh, ye ke. Terima kasih. " jawab Shika. Affan dan Nifail hanya memerhatikan sikap Raziq ke Shika.

************

Aireen dan Ayuni melangkah masuk ke MUSM. " Oh ya, esok aku bawa kereta sendiri ya. Sebab esok aku lambat pulang. Aku nak pergi night club. Kau nak ikut tak? " Aireen memulakan perbicaraan bersama Ayuni. " Selama kita ni berkawan baik, tak pernah pun aku dengar kau nak pergi clubbing. Ayah kau bagi ke?" tanya Ayuni. " Kau tak payahlah nak bagitau dia. Lagipun, aku cuma nak enjoy je. " jawab Aireen selamba. " Aku macam tak percayalah. Aku ni mimpi ke apa ?! " Ayuni masih tidak percaya kerana Aireen bukannya seorang gadis yang suka berseronok di kelab malam. " Kau nak ikut ke tak esok? " tanya Aireen. " Tak nak lah aku. " balas Ayuni. " Fine! So, aku sekarang ni tak sabar - sabar untuk esok. " kata Aireen.
Mereka pun masuk lalu seorang pensyarah lelaki yang berusia separuh abad masuk ke kelas mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience