Aireen seperti biasa mengerjakan tugasnya. Aireen tidak menyedari kehadiran Yusrina kerana dia terlalu fokus mengerjakan tugasnya. " Excuse me, ada Affan tak kat dalam? " tanya Yusrina. " Eh, Cik Yusrina! Encik Affan ada kat dalam. Cik Yusrina nak jumpa dia ke? " jawab Aireen. " Baguslah tu. Tak payahlah. I datang aini bukan nak jumpa Affan. I datang sini nak jumpa you. " balas Yusrina.
' Mesti dia nak tuduh aku ada hubungan dengan Affan, kan?! ' bisik hati Aireen. " Kenapa cik nak jumpa saya? " tanya Aireen. " I nak satu je dari you. I want you to stop working here. Kalau you kat sini je, Affan akan pandang you je. Dia takkan pandang I. " jawab Yusrina. " Sorry, Cik Yusrina. Saya tak boleh buat macam tu je. Lagipun, bukan senang nak cari kerja. Saya ni pun, ada anak untuk bagi makan, bagi dia pergi sekolah. " jelas Aireen.
" Berapa you nak? I boleh bagi asalkan you berhenti kerja kat sini. Sebab I tak suka tengok you dengan Affan. Berapa you nak? 1k? 8k? 10k? 1m? 9m? 10m? " tanya Yusrina. " Maafkan saya, Cik Yusrina. Saya tetap dengan pendirian saya. Saya takkan berhenti kerja disini. " kata Aireen. " Kalau you nak kerja, I will give you. " Yusrina tidak mahu mengalah.
" Tak payahlah, Cik Yusrina. Kalau Cik Yusrina nak cakap apa pun, nak tawarkan apa pun, saya tetap dengan pendirian saya, saya takkan terima. Saya lebih selesa dengan kerja saya yang sekarang ni. " ujar Aireen. Yusrina menjeling tajam ke arah Aireen lalu keluar dari tempat itu. ' It' s okay kalau you tak nak. Tapi, I akan guna cara I sendiri. ' bisik hati Yusrina.
**********************
Ayuni seperti biasa menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang karyawan di sebuah syarikat. Dia berniat untuk berhenti kerja disitu dan ingin meneruskan cita - citanya. Sebelum dia berkahwin lagi, dia dan Rahadi sudah pun merancang kalau mereka sudah berkahwin, mereka akan mewujudkan perusahaan pengilangan makanan.
Ini merupakan impian mereka berdua apabila mereka sudah berkahwin nanti. Sekarang mereka sudah pun berkahwin. Namun, mereka belum mempunyai cadangan untuk membangunkan perusahaan pengilangan makanan. Kemudian, telefon bimbit Ayuni berdering. Terpapar ' Hubby ' dengan bentuk hati berwarna merah di skrin telefon itu. Ayuni pun lantas menjawab panggilan itu.
***************************
" Assalamualaikum, By! " ucap Ayuni dari dalam telefon. " Waalaikumussalam, Honey! Sorry ya kalau saya ganggu Honey kerja. " jawab Adi. " It's okay, By. Kenapa? " tanya Ayuni. " Honey, kalau free harini, By nak ajak keluar makan. Bukan makan je, tapi sekali nak bincang pasal impian kita tu. Honey, masih ingat lagi kan. " ujar Adi. " Of course lah saya masih ingat. Okey. By ambil Honey ke nanti? " tanya Ayuni. " Ya, By ambil nanti. Okey, bye! Love you! " kata Adi. " Okey, love you too! " balas Ayuni.
****************************
Selang beberapa minit kemudian, Ayuni pun keluar dari pejabatnya. Kelihatan kereta Adi sedang menunggu diluar. Dia pun segera masuk. " Honey! " sapa Adi sebaik sahaja Ayuni masuk ke dalam kereta. " Hubby! So, kita nak makan kat mana harini? " tanya Ayuni. " Kat depan sana tu ada restoran. Jauh sikit je. Takut nanti Honey tak larat jadi naik kereta ke sana jelah. " jawab Adi. " Okey. So, By dah ada idea ke ni, hah? Kalau belum ada lagi, nanti Honey cadangkan. Manalah tau nanti By setuju kan. " jelas Ayuni.
" Ada, tapi sikit je. Lagipun, ada kerja lagi. Stres lagi. Jadi, susah sikit nak dapat idea pasal pengilangan makanan ni. " ujar Adi. " Takpe. Nanti, kalau dah sampai restoran tu, By beritahulah Honey. Nanti, Honey tambah idea ke kan. " kata Ayuni. " Boleh juga tu. Thanks, Honey! " ucap Adi. " Ya, you're welcome! " ucap Ayuni. Pasangan suami isteri itu sangat bahagia. Akhirnya, mereka pun sampai di sebuah kafe.
Kinz Cafe. Ayuni sudah lama tahu kalau kafe itu kepunyaan Aqil. Dia tahu dari Aireen. " Wow, memang bagus pilihan By pilih tempat ni. Memang nampak sesuai. Cantik lagi tu. Aircond dia pun sejuk sangat. " puji Ayuni. " By pilih tempat ni sebab, tempat ni sangat special untuk peneman hidup By sampai akhir hayat. " ujar Adi. Ayuni tersenyum. " Ada - ada sajalah, By ni. " kata Ayuni. Mereka mengambil tempat duduk dibahagian sofa.
" Hmm, sofa dia ni empuk. Honey suka sangat. Oh ya, By! Kalau By nak tahu kan, kafe ni milik adik Aireen tau. Adik lelaki dia yang nombor dua. " kata Ayuni. " Wait, dari mana Honey tahu kalau Aireen tu ada adik? Then, By tak tahu pun kafe ni milik adik dia. Bagus sangat tempat ni. Selesa! Makanan dia pun sedap - sedap belaka. " ujar Adi. " By ni! Honey kan best friend dengan Aireen. Lupa ke?! " balas Ayuni. " Oh, sorry! Memang By lupa pula kan pasal tu. " kata Adi.
Share this novel