BAB 51

Romance Completed 55259

Khalid dan tiga rakannya sedang lepak disebuah restoran. " Woi, Lid! Apa termenung pula ni? " tanya salah seorang rakannya. " Apa lagi, pasal Natashalah! Awek dia tu, dah ada orang lain. " balas rakannya yang satu lagi. " Siapa suruh kasar sangat! Hei, Lid! Kalau perempuan, kau tak boleh tau nak kasar - kasar. Kau kenalah lembut - lembut dengan dia. Barulah dia boleh bagi apa yang kau nak. Kan?! " kata rakannya. " Diamlah! Korang pun sama juga kan?! Kasar - kasar dengan perempuan! Eh, kalau setakat Natasha tu, bila - bila masa nanti dia akan cari aku juga tau! " kata Khalid. Rakan - rakan Khalid hanya tertawa tatkala mendengar ucapannya itu. " Eh, Lid! Perempuan ni, kalau dah putus dia takkan pandang lagi tau. Dia biarkan je. " kata rakannya.

Mendengarkan ucapan itu, Khalid mengepal penumbuknya. Ingin sahaja dia menumbuk rakannya itu. " Tak apa. Nanti aku tunjukkan pada korang semua yang dia akan cari aku juga. " kata Khalid. " Apa dia?! Kau nak tunjukkan pada kitorang semua ni yang kau tetap akan gagal?! Ha ha ha! " kata rakan Khalid lalu ketawa. Khalid merasa kesabarannya dicabar. Dia pun terus menumbuk salah seorang rakannya yang mengucapkan hal itu tadi. " Kau ingat sini ya, mulut kau ni bila - bila masa je aku boleh bakar. " kata Khalid kemudian berlalu pergi. Rakannyayang lain membantu rakan mereka yang ditumbuk oleh Khalid tadi. " Tulah, lain kali jangan cari pasal. " kata rakannya.

***********************************

Keesokan harinya, Ayuni dan Rahadi sedang mengemas - ngemas. Mereka sudah pun merancang percutian mereka. Mereka merancang percutian mereka ke Pulau Langkawi. " Dah siap ke semua? " tanya Adi. " Boleh - bolehlah. Tinggal sikit je lagi. " balas Ayuni. Ayuni meneruskan kerjanya mengemas pakaian. Adi pun membantu Ayuni agar cepat siap. ' Kalau kerjasama, cepat siaplah kerja yang banyak. ' Kata - kata itu sentiasa Ayuni ingat. Kata - kata itu yang diucapkan oleh Aireen. Selesai sahaja kerja mereka, Ayuni pun membantu Adi untuk memasukkan beg - beg bagasi ke dalam kereta.

Selepas itu, mereka pun masuk ke dalam kereta. Adi pun memandu keretanya. Semasa dalam perjalanan, Adi pun menyinggah disebuah restoran. Sebaik sahaja sampai, mereka pun masuk kedalam restoran lalu memesan makanan. " Awak, saya rasa dah tak sabar tau nak kesana! " Ayuni memulakan perbualan. " Sabarlah dulu. Oh ya, saya dah pilih dah tempat penginapan yang terbaik. Oh ya, saya lupa nak beritahu. Tadi ada mak awak call. " kata Adi. " Mak saya call?! Tapi, kenapa? " tanya Ayuni. Adi hanya mengangkat bahu. " Tadi dia cakap, kalau dah kat sana jangan lupa untuk belikan dia makanan ke, cenderamata ke. " jawab Adi. " Heh, mak ni ada - ada jelah. " kata Ayuni.
*******************************

Aireen masuk kedalam Butik Asiah. Dia pun mengetuk pintu lalu masuk kedalam bilik Datin Rossa. Kelihatan Datin Rossa sedang menghirup secawan teh. " Aireen! Duduk sayang. " pinta Datin Rossa. Aireen pun duduk disofa trmpat ibunya duduk. " Ada apa mama panggil saya datang jumpa mama? " tanya Aireen. " Aireen, mama rindu keluarga kita yang dulu. Bahagia je. Mama harap sangat agar Aireen balik semula ke rumah. Maksud mama, rumah kita. " ujar Datin Rossa. " Mama pun tau kan. Papa dah halau saya. Mana mungkin saya dapat jejakkan kaki kerumah tu semula. Bukan saya tak nak. Tapi kalau boleh, saya nak balik sangat kesana. Saya juga rindukan wajah papa. Lagipun, memang salah saya juga. " ujar Aireen.

" Mama faham soal tu. Mama, akan cuba usaha untuk pujuk papa kamu. Pujuk papa kamu untuk benarkan kamu balik ke rumah ni. Lagipun, Esha perlukan tempat tinggal yang selesa, yang besar, kan?! " jelas Datin Rossa. " Rumah yang kitorang tinggal sekarang ni, dah cukup besar dah, dah cukup selesa dah untuk dia dan saya. Aireen, tetap bersyukur sebab ada tempat untuk tinggal. Daripada Aireen tak ada tempat nak tinggal langsung, kan?! Saya faham perasaan mama. Saya tahu mama rindu keluarga kita yang dulu. Tapi, mama pun kenalah faham situasi Aireen juga. " kata Aireen.

" Mama faham situasi Aireen sekarang. Aireen! " panggil Datin Rossa. " Ya, mama. " sahut Aireen. " Aireen memang tak kenal ke lelaki malam tu? Sebab lelaki tulah, keluarga kita jadi macam ni! " kata Datin Rossa. " Mama, bukan salah dia juga, Aireen pun salah juga sebab tak dengar cakap Ayuni. Ayuni sebenarnya, dah pun nasihat Aireen. Tapi, Aireen ni je yang degil. Lelaki tu pula, memang Aireen tak kenal langsung. Aireen mabuk teruk malam tu. Jadi, Aireen tak ingat muka dia, apa yang terjadi malam tu. " ujar Aireen. " Aireen nak mama tolong ke untuk cari lelaki tu? Cepat jumpa lelaki tu, Aireen pun dapatlah balik ke rumah dengan cepat. " cadang Datin Rossa.

" Oh, tak apalah mama. Lagipun, Aireen tak nak susahkan mama. Aireen yakin, tak lama lagi Aireen akan jumpa dengan lelaki tu. Aireen je ni yang mesti sabar. Lagipun, memang ambil masa yang lama. " kata Aireen. " Kalau nak terus sabar, lama lagilah nak jumpa dia. Mama harap, kamu cepat - cepat bertemu dengan dia. " kata Datin Rossa. " Mama, kalau saya dah jumpa dengan dia sekalipun, belum tentu papa nak terima saya untuk jejakkan kaki ke rumah tu. " kata Aireen. Datin Rossa hanya diam.

****************************

Yusrina turun kebawah lalu ke dapur. Dia pun membuka peti sejuk lalu mengambil sekotak jus oren lalu mengambil gelas kaca berwarna putih. Dia pun menuangkan air oren itu ke gelas kacanya. Dia pun meneguk air oren itu. ' Aireen! Macam manalah aku boleh kalah dengan perempuan yang biasa - biasa je macam dia?! Dia ingat dia siapa nak rampas Affan dari aku, hah?! Tak apa. Dia belum kenal lagi aku siapa. ' bisik hati Yusrina. Ibunya, Puan Zainab pun masuk ke dapur. " Yusrina, kenapa minum sambil berdiri? Minum duduklah. " kata Puan Zainab.

Puan Zainab yang merupakan ibu Yusrina sekaligus merupakan seorang doktor serta adik kepada Datin Ramlah. " Oh, ye ke? Yusrina rasa, tak ada apa - apa masalah pun kan?! " balas Yusrina. " Yusrina ni dah kenapa? Macam bad mood je? " tanya Puan Zainab. " Yusrina okey je. " jawab Yusrina lalu meneguk air orennya kembali.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience