Ariana kasihan melihat Natasha. Ariana sahaja tempat Natasha mengadu tentang keluarganya yang susah dan Khalid yang menyakitinya sehingga ingin mengancam keselamatan keluarganya jika dia tidak menurutinya. Ariana menghampiri Natasha kerana ingin tahu lebih banyak. " Tasha. " tegur Ariana. " Eh, Ana. Ada apa? " tanya Natasha. " Oh, aku cuma nak cakap dengan kau sikit. " kata Ariana.
" Apa dia? Cakaplah. " kata Natasha. " Kenapa selama ni kau tak pernah pun terfikir nak report polis soal Khalid? Lagipun, kesalahan yang dia lakukan tu bukannya kecil tau. Macam mana kau nak hidup bebas dengan keluarga kau kalau kau tak cuba beranikan diri pada dia. " ujar Ariana. " Aku tak bolehlah, Ana. Dia tu kuat sebab dia tu lelaki. Kita ni kaum perempuan lemah je. " jawab Natasha.
" Dalam dunia ni, kalau lelaki kuat, perempuan pun mesti kuat. Kalau lelaki lemah, perempuan pun mestilah lemah. Sampai bila kau nak terus tunduk dengan Khalid? Kalau kau tak berusaha untuk melawannya, dia akan terus mengambil kesempatan pada kau yang lemah. Jadi, kau kena kuat. Ramai je perempuan dalam dunia ni yang kuat. Aku yakin kau mampu untuk melawannya. Aku tak tahan lagilah Khalid terus seksa kau, pukul kau, mengancam keluarga kau. " tegas Ariana.
' Maaf, Ariana. Aku tak boleh. Aku tak mampu. ' bisik hati Natasha. " Baiklah, aku akan cuba. Sedikit demi sedikit. " kata Natasha. " Macam tulah. Kalau kau kuat, dia takkan ganggu kau lagi. " kata Ariana. Natasha senyum. Senyum yang dipaksa. Di sebalik senyuman itu, hati Natasha masih tidak berani untuk melawan Khalid. ' Aku harap, Ana faham kalau aku tak mampu untuk melawan Khalid. ' bisik hati Natasha.
Ariana pun berlalu pergi lalu menuju ke bilik Aqil. Natasha pula meneruskan tanggungjawabnya sebagai seorang juruwang. Ariana ingin memberitahu Aqil soal Natasha. " Abang, saya nak beritahu abang soal Tasha. " kata Ariana. " Hah, cepat masuk. " kata Aqil. Ariana pun segera masuk lalu menutup pintu itu dengan rapat secara perlahan - lahan. " Hah, macam ni bang. Semalam, Natasha......" Ariana menceritakan segala - galanya soal Natasha pada. Aqil.
" Abang tak sangka hidup Tasha begitu sangat terseksa. Abang juga kagum dengan dia sebab dia berusaha untuk mencari rezeki untuk keluarganya. Tapi, cara dia salah. Kalaulah dia bertemu dengan abang terlebih dahulu, pasti semua ni tak akan terjadi. " ujar Aqil. " Ya, bang. Kesian betullah saya tengok dia tu. " kata Ariana. " Kalau abang jumpa lelaki tu, abang akan seksa dia bagaimana dia seksa Tasha! " tegas Aqil. ' Cakap je, sekali tengok depan mata terus lari. Cakap besar je tau. ' bisik hati Ariana.
**********************
Dato' Yusof melihat isterinya sedang tersenyum - senyum sendirian. Dia pun segera menegurnya. " Sayang, kenapa dengan awak ni? " tanya Dato' Yusof. Lamunan Datin Rossa terhenti. Dia segera melihat wajah suaminya itu. " Awak sibuk kenapa?! Dahlah, saya nak ke butik sekejap. " kata Datin Rossa. Selepas sahaja peristiwa Aireen dihalau dari rumah, hubungan Dato' Yusof dan Datin Rossa tidak lagi mesra seperti dahulu. Namun, Dato' Yusof tetap dengan pendiriannya. Aireen mesti berkahwin dahulu. Kemudian, barulah dia boleh kembali ke rumah.
Datin Rossa segera menuju ke Butik Asiah. Kereta itu dipandu oleh Tahir. Datin Rossa malas melayan Dato' Yusof. Dato' Yusof pula cuba untuk membaiki hubungannya dengan Datin Rossa. ' Apa aku mesti ikut kemahuan dia? Tapi, aku masih lagi tak boleh terima Aireen. ' bisik hati Dato' Yusof.
************************
Malam itu, seperti biasa Natasha dijemput oleh Khalid pulang dari kerjanya. Natasha pun sampai dirumahnya. " Kau tak ada buat hal kan? " tanya Khalid. Dia inginkan kepastian daripada Natasha. " Saya....saya dah mengelak dari dia. Dia pun, dah tak dekat dengan saya. " jawab Natasha. Khalid merenung Natasha. " Good. Macam nilah baru namanya girlfriend paling setia. Maafkan saya ya. Saya buat macam tu kat awak sebab saya sayangkan awak. " kata Khalid.
" Ya, tak apalah. Yang dulu tu, biarlah lepas. Saya dah lupakan semua tu pun. Saya juga sayangkan awak seorang je. " ujar Natasha sambil mengukir senyuman. Khalid turut mengukir senyuman. Motosikal Khalid pun berlalu pergi dari rumah Natasha. Natasha menarik nafas lega kerana malam itu, Khalid tidak memarahinya, apalagi memukulnya. Dai bersyukur. Dia merasakan bahawa Khalid sudah pun berubah.
Sangkaan Natasha salah. Khalid masih lagi dengan perangainya yang panas baran, suka mengambil kesempatan dan pergi ke kelab malam. Natasha pun masuk ke rumah. Sebaik sahaja dia melangkahkan kaki ke dalam rumah, kelihatan Fikri dan Fieya sedang menyiapkan tugasan sekolah mereka. " Assalamualaikum! " Natasha memberi salam. " Waalaikumussalam, kak! " jawab Fikri.
" Korang lapar tak? Kalau tak kakak masak. " tanya Natasha. " Lapar juga. Kakak masaklah. " jawab Fieya. " Baiklah. Kakak masak ya. Tapi, kakak mandi dulu. " pinta Natasha. Natasha pun ke biliknya lalu mandi. Selepas mandi, dia menyarungkan pakaiannya. Kemudian, dia pun turun ke bawah pergi ke dapur untuk memasak makanan untuk adik - adiknya dan ibunya. Dia menyiapkan makanan untuk ibunya dahulu. Kemudian, barulah dia menyiapkan makanan untuk adik - adiknya.
Share this novel