BAB 47

Romance Completed 55259

Aireen masih lagi berada di dalam tandas. Dia berusaha untuk menghilangkan contengan itu. " Hah, sikit je ni. Takpelah. Mungkin, lebih baik aku pakai foundation. Yelah, cuma nak tutup ni je. " kata Aireen sendirian. Dia pun mengeluarkan foundation dari dalam beg tangannya lalu memakainya. " Hah, sekarang dah tak ada kesan pun! " ucap Aireen. Dia berasa lega. Dia pun kembali semula ke mejanya untuk meneruskan tugasnya.

*******************************************

Raziq dan Shika pergi ke pasaraya. Shika mengambil cuti sehari. Begitu juga dengan Raziq. Mereka bersama - sama hendak membeli barangan dapur dan barangan keperluan rumah. Mereka juga turut hendak membeli barangan keperluan bayi. " Abang, saya nak pergi ke sebelah sana boleh tak? Saya nak beli telur dengan sayur. Sekali nak beli ayam dengan daging. " Shika meminta izin daripada Raziq.
Waktu itu, mereka berada di ruangan barangan elektrik. " Abang temankan sayang pergi sana ya! " kata Raziq. " Eh, abang tak payahlah nak temankan sayang. Abang kan nak cari mentol. " kata Shika. " Memang abang nak cari mentol. Tapi, lebih baik abang teman kan sayang. Lagipun, sayang kan tengah mengandung sekarang ni. Abang tak nak kalau terjadi sesuatu dengan baby kita, abang minta izin untuk temankan sayang ke sana. " ujar Raziq.
" Baiklah, kalau abang dah cakap macam tu. " balas Shika. Semasa Shika sedang memilih - milih sayur, Nifail terus menegur Raziq sebaik sahaja dia melihat kelibat Raziq disitu. Waktu itu, Raziq sedang melihat telefon bimbitnya. " Raziq! " tegur Nifail dari arah belakang. " Eh, Nifail! Kau pun ada kat sini rupanya! Janganlah tegur aku macam tu je. Bagilah salam. Kita ni kan orang Islam. " kata Raziq.
" Assalamualaikum, Ustaz Raziq! " ucap Nifail. " Waalaikumussalam! Hah, macam tu lah. " balas Raziq. " Kau ke sini beli barangan dapur ke? " tanya Nifail. " Yalah, sekali nak beli barangan keperluan bayi. " jawab Raziq. " Barangan keperluan bayi? Tunggu dulu. Shika...... Congrats, Shika! Akhirnya penantian korang berdua selama ni. " ucap Nifail. " Terima kasih, Nifail! Kau ni, bila pula nak kahwin? tanya Shika.
" Usaha tangga kejayaan, Nifail! Tapi kalau Yusrina masih tak terima kau juga, move on jelah. " ujar Raziq. " Susah sekali aku nak move on dari dia. Kalau ada perempuan lain yang macam Yusrina kan bagus. Cantik macam Yusrina, tapi perangai dia yang baik - baiklah. " jelas Nifail. " Aku tengok, banyak lagilah perempuan yang lagi cantik dari Yusrina. Lagi cantik dari bini aku.....sayang memang yang paling cantik. " kata Raziq apabila ekspresi wajah Shika berubah.
Shika ketawa kecil. " Sayang saja je sebenarnya. Sayang tahu abang cakap macam tu sebab nak yakinkan Nifail je. Kenapa? Abang fikir sayang jealous ke? Hmm. " ujar Shika. Raziq hanya diam lalu tersenyum. " Oh, ya! Aku nak ke sana dulu, ya! Jaga Shika tu baik - baik. Bye Shika! " kata Nifail kemudian berlalu pergi. " Aku tahulah. Dia bini aku. " ucap Raziq.

*********************************

Malam itu, hujan turun dengan lebatnya. Esha sedang membuat kerja sekolah. Dia juga turut menunggu kedatangan ibunya untuk pulang ke rumah. " Kenapa ni, Esha? " tanya Kiki. " Mamalah, dia belum balik lagi. Tengoklah dah pukul berapa sekarang ni. " jawab Esha. " Alaa, biasalah tu. Mama Esha kan kerja. Mungkin dia tak dapat balik sebab hujan. " ujar Kiki. " Ya, juga. Lagipun, mama tak ada bawa payung. Kesian mama. " kata Esha. " Papa kan ada. " kata Kiki. " Yalah, nanti boleh tolong mama! " kata Esha.

**********************************

Aireen duduk di sofa yang disediakan di lobi syarikat itu. Dia menunggu hujan yang lebat itu reda. " Aduh, menyesalnya aku! Mesti Esha tengah tunggu aku sekarang ni. Kalaulah aku tahu malam ni hujan turun dengan lebat, lebih baik aku sedia payung awal - awal. " kata Aireen. Percakapannya itu didengari oleh Affan. " Tulah, lain kali sediakan payung sebelum hujan. Sekarang dah hujan, tak ada payung, dah tak boleh buat apa - apa dah. " kata Affan.

" Encik Affan, ada bawa payung ke? " tanya Aireen. " Saya dah sedia. Tapi, kat kereta. " jawab Affan. ' Hmm, samalah tu. ' bisik hati Aireen. " Hmm, kita tunggu kat luarlah sementara tu." pinta Affan. " Hmm, yalah. " balas Aireen. Affan dan Aireen pun menunggu diluar. Tiba - tiba, petir berdentum dengan kuat. Aireen yang ketakutan pun secara dengan tidak sengaja telah memeluk Affan. Dia turut menutup matanya. Affan hanya tersenyum apabila Aireen memeluknya dengan erat sekali.
Yusrina yang kebetulan berada disitu terkejut melihat Aireen memeluk Affan dengan erat. ' Hish, sekarang betina tu suka hati je kan peluk Affan! ' bisik hati Yusrina. Aireen pun tersedar lalu segera melepaskan pelukannya dari Affan. Para karyawan disitu melihat Aireen dengan Affan. Mereka tidak menjangka perkara itu akan berlaku. Yusrina pun menghampiri mereka berdua.
" Hey, you! You ni memang perempuan gatal kan?! Perempuan tak sedar diri! Baru I tau kalau village girl macam you ni memang tak sedar diri! Nama je perempuan! Tapi perangai you ni, memang I dah tak boleh nak tahan dah! " sergah Yusrina. " Perempuan?! Kalau Cik Yusrina nak tahu, saya memang perempuan. Kalau saya perempuan, Cik Yusrina apa? Betina? Dulu, Cik Yusrina suka hina saya sesuka hati. Sekarang saya balas balik.

Lagi satu, saya sedar diri saya. Manalah saya sengaja tadi. Cik Yusrina tak tahu macam mana kisah saya, kehidupan saya! " ujar Aireen. " Yusrina, awak ni dah kenapa hah?! Eh, kenapa awak ni suka sangat cari gaduh hah?! Eh, saya tak pernah pun lah tertarik dengan awak. Dah berapa kali saya cakap dengan awak yang saya tak pernah anggap awak lebih.

We're just cousins. And you will never be my fiancé or my wife! We will never get married! " kata Affan. Hujan pun berhenti. Affan dan Aireen bersama - sama melintas jalan raya untuk menuju ke kereta di seberang. Mereka tidak mempedulikan Yusrina. Yusrina menghentak - hentakkan kakinya. Dia sangat marah apabila melihat Affan dan Aireen.
" Tak apa, hari ni giliran kau. Esok giliran aku pula, Aireen! Apa tengok - tengok! " kata Yusrina kemudian berlalu pergi. Para karyawan disitu mengalihkan pandangan mereka sebaik sahaja mereka diherdik Yusrina.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience