BAB 7

Romance Completed 55259

Aireen tersedar dari pengsannya. Dia pun keluar dari hospital. Dia memesan Grab untuk pulang ke rumahnya. Sesampai sahaja dia, dia terus melangkah masuk ke rumah. Semua keluarganya berkumpul. " Ada apa - apa yang Aireen sembunyikan? " tanya Dato' Yusof. Wajahnya yang bengis itu kelihatan. " Takde apa - apa, papa. " kata Aireen. " Papa tanya sekali lagi, ada apa - apa yang Aireen sembunyikan dari papa?" tanya Dato' Yusof. " Kenapa ni papa? Saya...." Dato' Yusof memotong percakapan Aireen.
" Papa tau kamu hamil, Aireen! Sekarang, jujur dengan papa! " marah Dato' Yusof. Aireen terkejut. Aireen pun mula mengeluarkan air mata. " Maafkan, Aireen papa! Sebenarnya, Aireen pergi night club cuma nak enjoy je. Saya tak pernah nak semua ni berlaku. " kata Aireen. Mak Jah membawa beg bagasi Aireen ke ruang tamu. Mak Jah tidak sampai hati melihat Aireen. Dato' Yusof pun menghalau Aireen dari rumah. Dia membuang beg bagasi Aireen keluar.
" Maafkan Aireen pa. Aireen tau Aireen salah. " kata Aireen. " Abang, tolonglah kasihankan anak kita bang. Kita bagilah dia peluang. Tolonglah bang, tolong! Jangan halau dia. " rayu Datin Rossa sambil mengeluarkan air mata. " Dia dah buat keluarga kita malu. " kata Dato' Yusof. " Kakak! " kata Aqil dan Ariana serentak. Mereka sangat menyayangi kakak mereka. " Aqil, Ariana! Masuk ! " kata Dato' Yusof. Aqil dan Ariana tidak mengendahkan Dato' Yusof.
" Kau jangan pernah menjejakkan kaki ke rumah ni lagi! Kau bukan darah daging aku! " kata Dato' Yusof. Aireen terkejut. " Abang, tolonglah jangan macam ni! Kasihanilah dia. Dia anak kita. " rayu Datin Rossa. " Mulai hari ni, papa tak nak kamu semua jumpa dia lagi! Dia bukan keluarga kita! " kata Dato' Yusof. " Sampai hati papa cakap macam tu. Saya sayangkan keluarga saya. " kata Aireen. " Selama ni, aku bagi kau sekolah, duit, tapi ini kau balas pada aku! Ini! Anak tak mengenang budi! " kata Dato' Yusof.
" Tahir, buka pagar! Halau dia keluar dari rumah ni! Jangan bagi dia masuk rumah ni sampai bila - bila kalau kau tak nak aku pecat kau! " marah Dato' Yusof. Tahir terpaksa melakukannya. Dia kasihan melihat anak majikannya itu. " Tolonglah pa jangan halau Aireen. Aireen kena buat apa supaya papa terima Reen?! " tangis Aireen. " Kalau kau nak balik rumah ni dengan anak haram tu, kau kena kahwin dengan lelaki yang hamilkan kau! " kata Dato' Yusof.
Pintu pagar pun ditutup. Datin Rossa ingin keluar tetapi dilarang oleh Dato' Yusof. " Papa, tolonglah papa! Aireen minta maaf. Papa! " jerit Aireen dari luar. Dia betul - betul menyesal sekarang. Dia tidak tahu apa yang perlu dia buat. Malam pun tiba. Akhirnya, dia membuat keputusan untuk pergi ke rumah Ayuni. Dia memesan Grab.
" Assalamualaikum, Ayuni! " panggil Aireen. Malam itu hujan. Aireen basah kuyup. " Waalaikumussalam! " sahut Ayuni. " Eh, Aireen! " Ayuni terkejut melihat Aireen basah kuyup ditimpa hujan. Dia juga melihat beg bagasi. Ayuni pun mempersilakan Aireen masuk. Aireen pun masuk. Ayuni mempersilakan Aireen duduk di sofa. Dia pun menghidangkan teh tarik panas kepada Aireen. Aireen pun menangis. " Eh, Reen. Kenapa ni ha? Cuba kau cerita dengan aku. " tanya Ayuni.
" Papa halau aku keluar dari rumah. Dia dah tau dah kalau aku mengandung anak luar nikah. Dia kata, kalau aku nak balik rumah tu, aku mesti cari lelaki yang hamilkan aku. Aku mesti kahwin dengan lelaki tu. Tapi, aku tak tau mana nak cari. " kata Aireen. " Macam nilah, mulai harini kau tinggal je dengan aku. Aku akan jaga kau, dengan anak kau. " kata Ayuni. " Terima kasih, Ayuni. " kata Aireen. " Ya, sama - sama. " balas Ayuni. Dia menenangkan Aireen yang menangis.

********************

Keesokan harinya, Affan seperti biasa menuju ke UiTM. Yusrina pun melihat motosikal Affan. Dia pun segera menghampiri Affan. " Hai, Affan! " sapa Yusrina. Affan tidak menjawab. ' Aduh, perempuan ni! Tak habis - habis nak ganggu aku. ' bisik hati Affan. " Yusrina, boleh tak tolong jangan ganggu aku untuk satu hari ni je. Bukan harini, tapi sampai bila - bila. " kata Affan kemudian berlalu pergi bersama Nifail.
Yusrina sedih, namun dia tetap bersabar dengan Affan. " Nifail, mana Raziq? " tanya Affan. " Dia nak jumpa Shika. Dia dah tau dah Shika kerja kat mana. " balas Nifail. " Shika kerja kat mana? " tanya Affan. " Kat Butik Asiah. Dia ambil cuti satu hari je. Dia kata, kalau pensyarah tanya kenapa dia cuti, dia suruh kita jawab kalau dia tu sakit. " kata Nifail. " Hmmm, yelah. " balas Affan.
" Oh ya, Yusrina tu tak habis - habis nak ganggu kau kan. " kata Nifail. " Yusrina lagi. Aku dah bosan tau. Dia tu kalau nampak aku, mesti dia ganggu aku. Macam hantu. Dah bosan, tau tak! " kata Affan. " Sabar, Fan. Biasalah tu, kau kan kawan aku yang paling handsome, fah handsome semua perempuan minat kat kau. " kata Nifail. " Dahlah, jom. " kata Affan. Mereka pun masuk ke kelas mereka.
Selesai sahaja kelas mereka, mereka terus membonceng motosikal mereka menuju ke Butik Asiah. " Hai, Shika! " sapa Raziq. " Eh, Raziq. Macam mana awak tau tempat kerja saya kat sini? " tanya Shika. Dia hairan melihat Raziq berada di tempat kerjanya. " Oh, saya tanya kawan awak, awak kerja kat mana. Diorang pun bagitaulah kat saya. " jawab Raziq sambil mengukir senyuman.
" Shika, saya sebenarnya kan....saya suka awak. " Raziq meluahkan perasaannya. " Oh, ya saya tahu. Tapi,...." percakapan Shika dipotong. " Tolonglah, saya sanggup berubah untuk awak. " kata Raziq. " Bukan tu maksud saya. Maksud saya, saya belum sedia lagi. Lagipun, awak ni enjoy je orangnya. Kalau awak nak saya suka awak, awak kenalah berubah. Jadi lelaki yang rajin solat, baca Al-Quran. " balas Shika. " Oh, boleh. Takde masalah pun. Bila - bila masa saya akan bersedia. " kata Raziq.
Dia pun keluar dari Butik Asiah. Dia terkejut melihat Affan Dan Nifail disitu. " Dah habis dah?! Kenapa tak sambung lagi? Kitorang akan selalu support kau geng. " kata Affan. " So, aku nak berubah sekarang. Kalau korang nak enjoy malam, korang jelah yang pergi. " kata Raziq. " Kau cakap je tak nak buat, tapi nanti malam ni aku tau kau datang juga. " usik Nifail sambil ketawa.
" Eh, mana ada. Aku ni, sanggup buat apa - apa tau asalkan Shika dapat terima aku sebagai imam dia di masa hadapan nanti. " kata Raziq. " Weh, jomlah! Kita minum kat Tealive. Aku haus ni. " kata Affan. " Ah, jomlah! " kata Nifail. Mereka bertiga pun pergi ke sebuah kafe Tealive.

******************

Aireen masih teringat akan hal yang menimpa kelmarin. Dia sangat sedih. Kadangkala dia menangis teringatkan kejadian semalam. Dia tidak menyangka semua ini berlaku pada dirinya. Mulai saat itu juga, dia harus menjaga kesihatan kandungannya. Ayuni pun masuk ke bilik Aireen. " Aireen, dah dah lah tu. Nah, aku ada beli Nasi Goreng Ayam ni special untuk kau. Semua benda dah jadi dah. Aku letak kat sini ya. Kalau kau lapar kau makan je. " kata Ayuni.
Aireen tidak menyahut. Dia terus termenung sambil menangis. Ayuni menenangkannya. " Aireen, walau apa pun yang terjadi, aku akan tolong kau. " kata Ayuni. " Terima kasih, Ayuni. Kau memang sahabat yang terbaik. Kau tolong aku dalam waktu aku susah, kau bagi aku tinggal kat rumah kau. " kata Aireen. " Sama - sama. Jom makan. " ajak Ayuni. Mereka berdua pun berpelukan.
Aireen pun mengelap air matanya. Dia redha atas apa yang berlaku padanya. Ayuni menyuapkan nasi goreng itu ke Aireen. Aireen sangat bersyukur kerana mempunyai sahabat yang sangat baik hati seperti Ayuni.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience