BAB 48

Romance Completed 55259

" Terima kasih, Encik Affan sebab hantar saya balik. Oh, ya! Saya nak minta maaf ya soal tadi. Saya tak sengaja pun. Lagipun, saya takut tadi dengan petir tu. " ujar Aireen. ' Oh, dia takut dengan petir rupanya. Biasalah tu. Semua orang pun takut dengan petir. ' bisik hati Affan. " Eh, tak apa! Yalah, biasalah tu. Lagipun, kuat sangat dentuman tadi. " kata Affan.
" Saya minta diri dulu ya. " kata Aireen kemudian keluar dari kereta. Waktu itu, kereta Affan sudah pun berada dihadapan rumah Aireen. " Assalamualaikum! " ucap Aireen sebaik sahaja dia masuk ke dalam rumah. Waktu itu, Kiki sedang menemani Esha menonton televisyen. " Eh, waalaikumussalam, Puan Aireen! " jawab Kiki. " Mama! " ucap Esha lalu berlari menuju ke arah Aireen. Aireen pun terus mendukung anaknya lalu mencubit pipi anaknya.

" Esha dah mandi? " tanya Aireen. " Dah! Mama, kenapa harini mama balik lambat? Dari tadi Esha tunggu. " tanya Esha. " Mama terpaksalah harini balik lambat. Esha pun tahu kan kalau mama ada kerja. Lagipun, hujan lebat tadi. " jawab Aireen. " Mama, jom kita makan sama - sama! " ajak Esha. " Tunggu dulu. Esha belum makan lagi ke? " tanya Aireen.
" Tadi, saya dah suruh dia makan. Tapi, dia tak nak. Dia tetap nak tunggu Puan Aireen juga. Dia nak makan bersama - sama dengan Puan Aireen. " ujar Kiki. " Kalau macam tu, jom Esha! Kita makan. Kiki pun, ikutlah sekali. Saya dah anggap tau Kiki macam keluarga saya sendiri. Tak patutlah awak nak tunggu saya dan Esha habis makan. " ujar Aireen. " Jomlah, Aunty Kiki kita makan sama - sama. " rayu Esha. " Baiklah! Aunty Kiki tunaikan permintaan Esha." kata Kiki lalu mencubit pipi Esha.

" Yay! Esha gembira sangat harini sebab akhirnya Aunty Kiki nak makan bersama - sama dengan Esha dan mama! Mama, nanti ajaklah papa. Esok, Esha nak papa makan malam dengan kita. " kata Esha. " Apa - apa sahaja, mama sanggup buat untuk Esha. " kata Aireen.

******************************************

Affan sedang duduk di ruang tamu.Dia menonton televisyen bersama - sama dengan kedua - dua ibu bapanya. Tiba - tiba, dia teringat akan peristiwa tadi. Dia pun tersenyum sendirian. ' Kalau Esha ada masa tu, macam mana ya reaksi dia kalau tengok mak dia tadi peluk aku tadi. Aireen, Aireen. Kalau ingat - ingat tadi, lucu juga. Aireen berani sangat bila berdepan dengan Yusrina. ' bisik hati Affan. Datin Ramlah tertanya - tanya melihat Affan tersenyum sendirian.

" Abang, apa dah jadi dengan anak awak tu? " tanya Datin Ramlah. " Mungkin, dia dilamun cinta agaknya. " jawab Dato' Fadzlee. " Agaknya lah. " kata Datin Ramlah. " Affan, macam mana dengan office harini? Okey ke? " tanya Dato' Fadzlee. Lamunan Affan pun terhenti apabila dia ditegur oleh Dato' Fadzlee. Macam biasalah. Okey. " jawab Affan. " Okey je? Tapi, papa dapat rasakan sesuatu dari kamu, Fan. Mama kamu pun dapat rasa sesuatu dari kamu. " ujar Dato' Fadzlee.

" Maksud papa? " tanya Affan. " Affan kenapa senyum - senyum tadi? Ataupun, kamu ada terpikat dengan seseorang ni. " usik Dato' Fadzlee. " Ye ke? Ish, tak adalah. " jelas Affan. " Yelah tu. Mama ni, tahu kalau anak mama ni sedang jatuh cinta kan?! Mama kenallah anak mama ni. Siapa dia?" tanya Datin Ramlah. " Dia Aireen. " jawab Affan. " Kan, tepat sangkaan mama dengan papa. " kata Datin Ramlah.

" Dia tu, secretary Affan. Dah ada seorang anak. Nama anak dia tu, Esha. " jelas Affan. " Bukan bini orang juga ke, hah?! Jangan sampai nanti suami dia lebamkan biji mata Affan. " usik Dato' Fadzlee. " Dia mana ada suami. " kata Affan. " Habis tu? " tanya Dato' Fadzlee. " Dia.......kesian. Suami dia...... suami dia dah tak ada. "ujar Affan. Dia terpaksa membohongi kedua - dua ibu bapanya. " Innalillahwainnailaihirojiun. " ucap Dato' Fadzlee. ' Kalau diikutkan, akulah suami dia yang sepatutnya. ' bisik hati Affan.

" Papa, mama! Affan nak ke atas dulu ya! " pinta Affan kemudian berlalu pergi. " Memang mama dah agak dah. Dia tak nak kita tanya soal tu. Jadi, Yusrina mungkin akan faham soal ni. " kata Datin Ramlah. " Apa kena mengenanya pula dengan Yusrina? " tanya Dato' Fadzlee. Datin Ramlah hanya mengangkat bahu. Sengaja dia tidak mahu menjawab pertanyaan suaminya tiu.

***************************************************

Keesokan harinya, Affan seperti biasa ke rumah Aireen untuk menjemputnya dan anaknya. Sudah pun menjadi kebiasaannya. Aireen dan Esha pun segera masuk ke dalam kereta sebaik sahaja mereka melihat kereta Affan di hadapan rumah. Affan pun memandu keretanya. " Papa, esokkan cuti. Boleh tak kalau esok kita pergi jalan - jalan? " tanya Esha. " Esha, esokkan papa masih ada kerja. " kata Aireen.

" Eh, boleh - boleh! " kata Affan. " Papa ada cuti ke esok? " tanya Esha. " Eh, mestilah ada. Esok, papa akan bawa Esha pergi ke Sunway Lagoon, ya! " kata Affan. " Yay, bestnya! Lagipun, Esha tak pernah lagi ke sana. Esha pernah minta dengan nak mama nak pergi ke sana. Tapi, mama tak ada masa. Asyik sibuk dengan kerja je. " jelas Esha.

" Hmm, kalau macam tu, Esha bagitau je papa tempat mana yang Esha nak pergi sangat, papa bawa. " ujar Affan. ' Walaupun Encik Affan ni garang, buat aku geram, ada kalanya, dia baik hati dan penyayang juga. ' bisik hati Aireen. " Bye, papa! " kata Esha lalu melambaikan tangannya ke arah Affan. Esha pun turun dari kereta ditemani oleh Aireen. Selang dua minit kemudian, Aireen pun masuk ke kereta. Mereka pun meneruskan perjalanan mereka ke tempat kerja.

" Terima kasih, Encik Affan! " ucap Aireen. " Terima kasih? Sebab apa? " tanya Affan. " Sebab Esha. Encik Affan, dah gembirakan Esha. Saya ingat lagi. Waktu tu, dia ada persembahan kat sekolah." ujar Aireen. " Oh, waktu tu. Waktu tu juga, dia mula panggil saya dengan panggilan ' papa '. kata Affan. Aireen pun mengingat kembali soal itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience