BAB 74

Romance Completed 55259

Kesemua tetamu berkumpul di halaman rumah. Mereka pun menyanyikan lagu hari jadi untuk Esha. Selepas sahaja lagu hari jadi dinyanyikan, Esha pun meniup lilin dan memotong kek yang terletak di atas meja berhadapan dengannya. Kemudian, Affan pun mengambil sudu lalu memotong sedikit kek itu lalu disuapkan ke mulut Esha. Affan dan Aireen pun mencium pipi Esha. Mereka berswafoto bersama-sama. Dato' Yusof dan Datin Rossa pun mempelawa para tetamu untuk makan. Rakan-rakan Esha yang hadir pun memberikan Esha hadiah. " Esha! " panggil Affan. Esha pun segera meluru ke arah Affan. " Ya, papa! " sahut Esha.
Affan pun menunjukkan Esha sebuah basikal berwarna merah jambu dan beroda empat yang dibelinya kelmarin untuk dihadiahkan kepada Esha. Terpegun Esha melihat basikal itu. Tanpa berfikir panjang, dia pun segera menaiki basikal itu lalu mengayuhnya. Aireen yang berdiri bersebelahan dengan Affan pun tersenyum lebar melihat kelakuan Esha yang sangat gembira. " Esha, kalau dapat hadiah basikal daripada papa mesti cakap apa? " Aireen menyoal Esha. " Terima kasih, papa! " ucap Esha. " Esha, makan dulu. Nantilah mengayuh basikal tu. Basikal tu tak lari kemana pun. Tadi Esha sendiri kata nak makan kek kan. " panggil Aireen. " Laa, awak ni. Biarlah dia mengayuh basikal tu. Dia tengah excited tu. " ujar Affan.
" Awak janganlah terlampau manjakan dia sangat. Pergilah, awak ajak dia makan dengan awak. " balas Aireen. " Habis tu. Awak pula takkan awak tak nak makan kan. " kata Affan. " Saya nak uruskan hal lain dulu. " jelas Aireen. " Nantilah dulu. Banyak makanan sedap-sedap ni. Rugi kalau dah habis. " ujar Affan. Akhirnya, Aireen pun mengikuti kata-kata Affan. Ada benarnya juga apa yang dikatakan oleh Affan itu. Dia pun mengambil pinggan kertas lalu mengambil dua potong buah tembikai dan mengaut spaghetti dengan pencepit.

*************

Selepas makan, Natasha menuju ke dapur lalu melihat jam di dinding. Kemudian, dia pun keluar. Dia membust keputusan ingin menjenguk Aqil kerana takut berlaku sesuatu kepada Aqil. Namun, dia tidak tahu bahawa akan ada bahaya menimpanya. Tanpa berfikir panjang, dia pun keluar sehingga berada dihadapan pagar yang terbuka luas. Dia membuat keputusan ingin menempah Grab.

" Natasha! " panggil Khalid. Natasha pun segera menoleh ke arah suara itu. Alangkah terkejutnya dia sebaik sahaja melihat Khalid. " Kau buat apa kat sini?! Aku tahu. Kau lah orang yang pukul Aqil tu kan?! Kau buat macam tu sampai dia koma! " kata Natasha. " Aqil, koma ya. Maknanya, Dah takde orang yang boleh tolong kau. Eh, aku hairanlah. Macam mana, orang miskin macam kau ni, boleh tinggal kat rumah orang kaya yang besar ni. " ujar Khalid. " Baik, kau pergi sekarang. Selama ni, aku asyik bagi muka je dengan kau. Ya, memang aku lemah. Aku memang penakut. Tapi kali ni, aku akan tunjukkan pada kau kalau perempuan macam aku ni buakn lemah dan penakut! " balas Natasha.

Khalid ingin menculik Natasha namun, Natasha menampar Khalid. Dia pun memukul Khslid dengan beg tangannya. Khalid yang marah pun bangun lalu segera menampar Natasha sehingga mulut Natasha berdarah. Ayuni yang lalu disitu secara tidak sengaja ternampak Natasha dalam bahaya. Khalid pun mengeluarkan pisau lipat yang disisipkan di seluar jeansnya. Ayuni pun segera menuju ke arah Natasha lalu lekas membantunya. " Tasha, kau okey? " tanya Ayuni. " Saya okey. " jawab Natasha. Khalid pun segera menarik lengan Natasha kerana berniat hendak membawa Natasha pergi dari tempat itu. Ayuni cuba untuk membantu Natasha.

Tanpa berfikir panjang, Ayuni menolak Khalid. " Kau jangan ganggu dia! Baik kau pergi dari sini sebelum aku call polis! " tengking Ayuni. Khalid pun lekas bangun lalu dengan pisau yang berada ditangan kirinya, dia pun segera menikam Ayuni. Dia pun membiarkan Ayuni dan Natasha disitu lalu pergi meninggalkan tempat itu. " Kak Ayuni! " jerit Natasha. " Khalid! Kau memang dah melampau! Kak Ayuni, tahan ya. Tolong! Tolong! Tolong! " jerit Natasha sekuat hati. Jeritannya itupun didengari oleh mereka yang hadir di majlis itu. Aireen pun segera menuju ke arah suara jeritan itu. Aireen terkejut sebaik sahaja melihat Ayuni terbaring di atas tanah.

Begitu juga dengan Rahadi. " Ayuni! " jerit Rahadi lalu segera mendapatkan isterinya. Ayuni masih lagi sedarkan diri. " Honey, sabar ya. " ucap Rahadi. Affan pun segera menelefon polis dan ambulans. Sebuah kereta polis dan ambulans pun datang. Ayuni pun segera dibawa ke hospital.

************

Rahadi menumbuk dinding hospital lalu memeluk Affan dengan begitu erat sehingga dia mengalirkan air mata. Begitu juga dengan Aireen dan Natasha. ' Ayuni, kau mesti kuat! Aku yakin kau mampu untuk hadap semua ni. ' bisik hati Aireen. Seorang doktor wanita yang berbangsa India kira-kira berusia 30-an pun keluar. " Siapa suami pesakit bernama Ayuni? " tanya doktor itu. " Saya! " sahut Rahadi. Dia pun berdiri dihadapan doktor itu. " Begini, kami dapat selamatkan isteri encik. Tapi, kami minta maaf. Anak encik tak dapat diselamatkan. Semoga encik tabah. " ujar doktor itu kemudian berlalu pergi. Rahadi melutut. Terkejut dia sebaik sahaja hal itu disampaikan kepadanya. " Sabar, Adi. " kata Affan.

************

Natasha masuk ke wad dimana Aqil ditempatkan. " Dah sebulan bos terbaring atas katil. Tolonglah. Sedarlah, bos. Saya ingat lagi. Masa tu, bos sentiasa tolong saya dalam waktu susah. Lagi-lagi, waktu Khalid pukul saya, tengking saya. Ana dah beritahu saya kenapa bos begitu baik sangat pada saya. Pada hari yang bos dipukul tu, Ana kata, bos nak melamar saya untuk jadi girlfriend bos. Tetapi malangnya, bos dipukul sehinggalah sampai sekarang ni, bos koma. Saya....saya juga cintakan bos! " jelas Natasha. Tiba-tiba, jari Aqil bergerak. Dia pun membuka matanya perlahan-lahan. " Awak cakap apa tadi? " tanya Aqil. Natasha tersenyum sambil mengalirkan air mata.

" Saya...saya cintakan bos. " ucap Natasha. Natasha pun memanggil doktor. Kemudian, doktor dan jururawat pun masuk lalu memeriksa keadaan Aqil. Natasha keluar lalu menelefon Dato' Yusof dan memberitahu bahawa Aqil sudah pun sedar.

**************

Rahadi duduk di bangku bersebelahan dengan katil Ayuni. Dia pun melihat ke arah telefon bimbitnya lalu melihat wajah Khalid. Dia begitu marah. Dia mempunyai niat untuk membunuh Khalid. Kemudian, Natasha pun masuk. " Abang Khalid, saya ada nombor telefon Khalid. Saya baru teringat. Mungkin, kita boleh jejak nombor telefon ni. " ujar Natasha. Affan pun melihat ke arah Natasha. Kalau macam tu, kita report pada polis soal ni. Biar polis yang selesaikan. " kata Affan.

" Tasha,aku nak kau send kat aku nombor telefon tu. " tegas Rahadi lalu mengelap air matanya. Tanpa berfikir panjang, Natasha pun mengirim pesanan nombor telefon tersebut. Rahadi pun segera keluar dari wad. Affan pun mengikuti Rahadi. Begitu juga dengan Nifail dan Raziq.

Mereka bertiga mengikuti Rahadi sehingga masuk ke dalam kereta. Enjin kereta pun dihidupkan. Rahadi pun memandu kereta itu dengan laju. " Weh, Adi! Pandulah perlahan-lahan. Biar lambat asalkan selamat! " ucap Nifail. Rahadi tidak mengendahkan kata-kata Nifail. " Kau nak pergi mana ni? " tanya Raziq. Affan terus menjejaki nombor telefon itu. " Nanti kalau dah sampai sana, korang call polis ya. " ujar Affan.

Akhirnya, mereka pun sampai disebuah gudang lama yang sudah pun terbengkalai. Mereka berempat pun keluar dari kereta. " Raziq, call polis sekarang! " kata Affan. " Seram pula aku tengok tempat ni. Nak buat apa call polis? " tanya Raziq. " Khalid lah. Dia yang pukul Aqil, tikam Ayuni. " jawab Affan. Rahadi pun terus masuk ke dalam gudang itu. " Eh, Adi! Tunggu! " ucap Affan. Raziq dan Nifail mengikuti mereka berdua masuk ke dalam gudang itu.

Kelihatan Khalid dan tiga orang kawannya sedang menyusun sesuatu ke dalam beg pakaian. Tanpa berfikir panjang, Rahadi pun segera meluruh ke arah Khalid. Khalid terus menendang dan menumbuk Khalid. Khalid pun melepaskan tendangannya kepada Rahadi. Raziq, Affan dan Nifail turut menyerang tiga orang rakan Khalid.

Rahadi pun menendang Khalid sehingga jatuh ke tanah. Dia pun terus memukul dan menumbuk Khalid. " Eh, kau tau tak, perempuan yang kau tikam tu, bini akulah sial! Dia tu mengandung! Dan sekarang ni, dia keguguran sebab kau, jahanam! Baik kau mati! Aaahhh!!!! " tengking Rahadi.

" Adi, dah lah tu! Adi, pandang aku! Sudah! Dia dah tak berdaya. Takkan kau nak bunuh dia pula?! " Affan menenangkan Rahadi. Kemudian, kedengaran bunyi siren kereta polis. Dua buah kereta polis pun datang. Mereka pun terus keluar lalu memberkas Khalid dan rakan-rakannya. Kemudian, pihak polis pun menemui syabu didalam beg pakaian berwarna hitam.

Share this novel

GAMEX_X99
2023-03-20 16:45:23 

tak guna punya Khalid..... Ahhh, ikut hati aku... Nak je aku cekik orang tu sampai mati... Bak kata pepatah, kecik kecik taknak mampus... besar besar menyusahkan orang


NovelPlus Premium

The best ads free experience