Nifail baru sahaja datang kerana beberapa hari ini, dia ambil cuti kerana sakit. Aireen membancuh kopi untuk Affan. Nifail tidak melihat pembantu peribadi Affan disitu. Dia pun masuk. " Hai, bro! " sapa Nifail. " Eh, bro. Kau dah sihat ke? " tanya Affan. " Kalau tak sihat, aku takkan langkahkan kaki aku masuk sini. " ujar Nifail. " Oh ya, kau tau tak, mula ada rasa benci aku kat Yusrina. " kata Affan. " Kenapa pula?! " tanya Nifail.
" Semalam, dah lah dia datang office aku. Lepas tu datang rumah aku pula. Siap berbual bagai dengan mak aku. Malaslah aku nak layan dia. " kata Affan. " Alaaa, biasalah. Selagi dia tak dapat apa yang dia nak, dia takkan berhenti nak ganggu kau terus. Apalah nasib aku. Apa kurangnya aku ni? Handsome apa. Tak apalah, suatu hari nanti dia cari aku juga. Tunggu masa je. " ujar Nifail.
Aireen pun masuk. Dia melihat dua orang lelaki ada di dalam bilik itu. " Ini dia, kopi Encik Affan. " Aireen meletakkan kopi itu di atas meja kemudian berlalu pergi. " Tunggu dulu. Eh, Fan. Bukan PA kau Rani ke?! Rani mana? " tanya Nifail. " Rani dia dah berhenti kerja. Yelah, lagipun dia kerja sebagai PA jugat tempat kerja suami dia. Suami dia tu kan manager kat perusahaan tu. " jelas Affan. " Oh. Kalau macam tu Fan, aku nak sambung kerja aku dulu. " kata Nifail kemudian berlalu pergi. " Aireen, masuk bilik saya sekarang. " panggil Affan. Aireen pun masuk. " Ya, ada apa Encik Affan? " tanya Aireen. " Awak tau tak perempuan yang datang semalam kat sini? " tanya Affan.
" Tak tahu pula. Setahu saya, saya je perempuan yang datang ke bilik Encik Affan. " jelas Aireen. " Bukan awaklah. Kan ada perempuan yang datang semalam tu. Yang mengaku sebagai girlfriend bagai. " ujar Affan. " Oh, ya saya ingat. " jawab Aireen. " Lain kali kalau dia datang, jangan bagi dia masuk bilik saya. Dan lagi satu, dia bukannya girlfriend saya. Dia je yang tergila - gilakan saya sampai - sampai mengaku dia tu girlfriend saya. " kata Affan. " Baiklah, Encik Affan. " kata Aireen kemudian berlalu pergi. ' Pelik, jadi perempuan semalam tu bukan girlfriend dia ke?! ' bisik hati Aireen.
Waktu tengahari pun tiba. Aireen pun masuk ke bilik Affan untuk meminta izin keluar sebentar. " Maafkan saya, Encik Affan. Saya nak minta izin keluar sebentar, boleh? " tanya Aireen. " Selama awak kerja kat sini, awak kerap keluar setiap kali pukul 12.00. Kenapa? " tanya Affan. " Tak ada apa - apa encik. Boleh tak tolong izinkan saya, please? Encik Affan yang handsome dan baik hati, please? " rayu Aireen. " Baiklah. " kata Affan pun keluar.
Affan mengikuti Aireen. " Eh, Encik Affan kenapa ikut saya? Sesat ke? " tanya Aireen. " Awak tak payahlah nak pesan Grab. Tumpang je kereta saya. " kata Affan. " Eh, tak boleh encik. Saya ni kan cuma PA je. Girlfriend Encik Affan je yang berhak tumpang kereta encik. " ujar Aireen. " Sebab awak PA sayalah saya nak tolong awak. Dan lagi satu, dia bukan girlfriend saya." jelas Affan. Aireen akur lalu masuk ke dalam kereta. " Awak nak saya hantar awak kat mana? " tanya Affan. " Tadika Cempaka. Encik Affan tau ke mana tempatnya? " tanya Aireen. " Mestilah saya tahu. " jawab Affan.
Affan pun memandu keretanya menuju ke Tadika Cempaka. Mereka pun sampai. " Encik Affan boleh turunkan saya disini je. " pinta Aireen. Affan pun menurunkan Aireen disitu. Dia mencari parkir. " Esha! " tegur Aireen. " Mama! " balas Esha. Affan pun datang. " Mama, boleh tak kita jalan - jalan harini? Esha bosanlah tak dapat keluar jalan - jalan dengan mama. " kata Esha. " Maafkan mama, sayang. Bukan mama tak nak bawa Esha keluar jalan - jalan, tapi mama sibuk." jelas Aireen.
" Ibu macam apa awak ni? Sepatutnya, awak isi masa lapang awak dengan anak awak. " sampuk Affan. " Eh, kenapa Encik Affan ada kat sini?! Saya ingatkan, dah balik tadi. Cuma hantar saya je. Lagipun kan, saya ni kan kerja sebagai PA Encik Affan, jadi saya mestilah bekerja bersungguh - sungguh. Bukan makan gaji buta je kan. " balas Aireen. " Eh, anak manis! Siapa nama? " tanya Affan. " Nama saya Esha. " jawab Esha. " Encik Affan tak balik sambung kerja kat office ke? " tanya Aireen.
" Harini kan saya tak ada meeting dengan klien, kalau saya dalam bilik tu pun kadangkala saya tak ada buat apa - apa. " ujar Affan. " Mama, siapa uncle ni? " tanya Esha. " Dia bos....." percakapan Aireen dipotong. " Uncle kawan mama Esha. Kitorang sangat - sangat rapat. Jom, kita naik kereta uncle. Nak tak? " tanya Affan. " Wah, nak nak nak! " Esha teruja. Affan menggendong Esha.
Affan membawa Esha dan Aireen makan di sebuah restoran. " Esha nak makan apa? " tanya Affan. " Esha nak makan nasi goreng ayam. " jawab Esha. " Awak pula nak makan apa? " tanya Affan. " Sama jelah dengan Esha. " jawab Aireen. " Kalau macam tu saya pun sama jugalah. " kata Affan. Semasa mereka makan disana, Yusrina ternampak Affan, Aireen dan Esha makan di restoran itu.
Dia ingin menuju ke sana. ' Tak, aku tak boleh ke sana. ' Yusrina pun mengatur langkahnya ke kereta. Dia pun memandu keretanya menuju ke rumah Affan. " Assalamualaikum aunty! " Yusrina memberi salam. " Waalaikumussalam. Eh, Yusrina! Kenapa datang tak bagitau. Silakan masuk. " Datin Ramlah mempersilakan Yusrina masuk.
" Ada apa ni, Yusrina? " tanya Datin Ramlah. " Macam ni, aunty. Tadi, saya nampak Affan keluar makan dengan PA dia. " jelas Yusrina. " Affan tu memang macam tu. Dia memang suka ajak PA dia keluar makan. Takkanlah Yusrina tak tahu. " kata Datin Ramlah. " Tapi, tadi ada budak perempuan makan dengan diorang. " jelas Yusrina. " Mungkin budak perempuan tu anak PA dia ke. Yusrina janganlah cemburu ya. Kenapa, Yusrina fikir kalau budak perempuan tu anak Affan dan PA dia tu isteri dia ke. PA dia tu baru je kerja kat sana. " kata Datin Ramlah. Itulah hal yang ditakutkan Yusrina.
" Tak apalah aunty. Mungkin, betul juga apa yang aunty cakap tu. Yusrina nak balik dulu ya. Bye aunty. " Yusrina pun keluar menuju ke keretanya. ' Tak apa. Esok perempuan tu akan kenal siapa aku. ' bisik hati Yusrina.
********************
Petang itu, Affan menghantar Aireen pulang ke rumah. Aireen pun keluar dari kereta. " Oh ya Encik Affan. Saya minta maaf soal anak saya tu. Ni RM30 saya nak bayar balik duit Encik Affan. " kata Aireen. " Eh, tak apalah. Anggap jelah ni semua rezeki awak. Lagipun, Esha tu kan masih kecil, dia pun nak rasa kasih sayang dari mama dia. " jelas Affan. " Okey. Saya masuk dulu ya Encik Affan. " kata Aireen. Affan pun memandu keretanya pulang ke rumah.
" Assalamualaikum, Kiki! " Aireen memberi salam. " Waalaikumussalam! Eh, Esha! Lambat Esha pulang harini kan. " kata Kiki. " Mama dan Uncle Affan bawa Esha jalan - jalan. Best! " kata Esha. " Esha, naik atas mandi. Lepas tu buat kerja sekolah ya, sayang. " pinta Aireen. " Baik, mama! " kata Esha lalu menuju ke anak - anak tangga.
***********************
Affan pun sampai di rumahnya. " Affan, dah balik. Tadi, Yusrina ada datang. Dia kata, dia nampak Affan keluar makan dengan PA dan seorang budak perempuan. " kata Datin Ramlah. ' Perempuan ni, makin benci pula aku. ' bisik hati Affan. " Ah, ya. Tadi tu, anak PA Affan. Saya nak mandi dulu ya ma. " kata Affan kemudian pergi ke atas. Dia pun masuk ke biliknya. ' Perempuan ni kan, semua nak sibuk hal aku. ' bisik hati Affan.
************************
" Lambat kau balik harini. " tegur Aireen. " Oh, tunang aku dia ajak aku keluar. Lagipun, dah dua hari dia kerja. Harini, baru dia ada masa nak keluar dengan aku. " ujar Ayuni. " Kau tau kan aku tak pernah nampak muka tunang kau sebab aku tak pergi ke majlis pertunangan kau. Kau pun tahu lah kan waktu tu aku tengah kerja. " kata Aireen. " Kau, nak tengok muka dia ke? " tanya Ayuni. " Eh, tak payahlah. Nanti kalau kau ajak dia datang sini, tau lah aku. " kata Aireen.
" Assalamualaikum! Assalamualaikum! " seseorang memberi salam. Aireen pun keluar. " Waalaikumussalam! Eh, Ana. " jawab Aireen. " Kakak, ni saya ada bawa Aqil sekali. Sebab, dia teringin sangat nak jumpa kakak. " balas Ariana. " Aqil? " soal Aireen sambil melihat wajah lelaki itu. " Kakak? Kakak! " kata Aqil. Aireen dan Aqil pun berpelukan. " Dah lama Aqil tak jumpa kakak. " kata Aqil. " Kakak pun sama Qil. " balas Aireen.
" Korang, jemputlah masuk. " kata Ayuni. Mereka pun masuk. Ayuni menyediakan minuman untuk Aqil dan Ariana. " Ni, siapa kak? " tanya Aqil. " Oh, ni anak kakak. Esha nama dia. " balas Aireen. " Esha, ni Uncle Aqil. Kalau ni Esha dah kenal kan. Aunty Ana. " kata Aireen. " Hai, uncle. " sapa Esha. " Hai, Esha. " jawab Aqil. " Saya tak sangka, akhirnya selepas 7 tahun berlalu, saya dapat juga berjumpa dengan kakak. " kata Aqil. " Kakak, rindukan korang semua tau. Papa, mama, Aqil, Ana. " kata Aireen. Mereka pun berbual.
*************************
Keesokan harinya, Aireen seperti biasa bangun awal untuk bekerja. ' Alhamdulillah, selepas 7 tahun berlalu, akhirnya aku bertemu kembali dengan adik - adikku. ' bisik hati Aireen. Dia pun turun ke bawah untuk bersarapan. " Mama, esok Esha ada persembahan. Mama datang ke esok? " tanya Esha. " Tengoklah dulu. Kalau mama ada masa, mama datanglah. jelas Aireen.
Share this novel