BAB 28

Romance Completed 55259

Selepas tiga hari bekerja untuk menghias dewan, dewan tersebut kelihatan cantik. " Sekarang, dewan dah siap. Minggu depan majlis perkahwinan kita akan berlangsung. " kata Ayuni. Mereka semua pun balik ke rumah masing - masing. Aireen menarik nafas lega. Esok, dia perlu menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang pembantu peribadi Affan.

*********************

Pagi itu, Aqil terserempak dengan Natasha dan Khalid. Dia melihat Natasha ditengking oleh Khalid. Aqil diam - diam melihat mereka. Mereka tidak sedar kalau Aqil diam - diam memerhatikan mereka dan merakam video mereka. Natasha pun masuk ke Kinz Cafe untuk menjalankan tanggungjawabnya sebagai juruwang. Khalid sudah pun berlalu pergi.
Aqil membuat keputusan untuk menghampiri Natasha. " Tasha, saya nak cakap dengan awak. Jumpa saya dibilik. " tegas Aqil. Natasha pun mengikuti Aqil ke bilik. Aqil duduk di kerusinya. Natasha pula duduk dihadapan Aqil. Aqil menunjukkan video yang dirakamnya pada Natasha.
' Eh, perempuan kau ingat sini ya! Kalau sekali lagi aku nampak kau dengan jantan lain, siap kau! Dasar perempuan gatal tak sedar diri! Tak tahu malu! ' hina Khalid pada Natasha.
" Macam mana bos boleh rakam ni? " tanya Natasha. " Tadi pagi, saya nampak awak dengan Khalid. Saya pun senyap - senyap perhatikan awak dengan Khalid. Saya pun rakamlah semua ni. Cuba awak ceritakan pada saya sekarang. Apa yang dah terjadi? " tanya Aqil. Natasha tidak menjawab. Dia hanya diam lalu menangis. ' Eh, aku tanya dia nangis pula?! ' bisik hati Aqil.
" Saya nak jawapan dari awak, bukan tangisan awak. " ujar Aqil. Dia pun menenangkan Natasha. Natasha mengesatkan air matanya. " Macam nilah, bos. Saya tak nak bos sibuk hal saya. Cuma satu tu saja saya nak minta dengan bos. Saya harap, bos tolonglah bagi kerjasama dengan saya. " ujar Natasha. Dia pun keluar untuk menyambung pekerjaannya.
' Kalau dia tak boleh nak ceritakan, aku mesti merayu pada dia. Nanti kalau dia dah bosan, pasti dia akan ceritakan semuanya pada aku. ' bisik hati Aqil.

**********************

Yusrina datang ke pejabat Affan. Dia tidak melihat kelibat Aireen di meja kerja. Dia pun segera masuk ke bilik Affan. " Oh, kau memang tak sedar diri kan?! Kau sepatutnya tahu kalau Affan ni........" percakapan Yusrina dipotong. " Mula mencintai Aireen! " kata Affan. Aireen dan Yusrina terkejut mendengar kata - kata Affan. Aireen pun meminta diri untuk keluar. " Saya nak keluar dulu. Cik Yusrina dan Encik Affan berbual dulu ya. " pinta Aireen. Dia tidak mahu hanya disebabkan dia hubungan mereka hancur.
Hubungan mereka hancur sebagai sepupu. " You.......you memang berani.........you sengaja kan cakap macam tu nak buat I jealous. You berani cakap macam tu depan I. " kata Yusrina. Dia masih tidak percaya dengan apa yang diperkatakan Affan tadi. " Secara jujurnya, saya memang dah mula jatuh cinta pada dia. Kenapa? Sebab dia baik. Dia cantik, hati dia pun cantik. Awak pula, cantik tapi hati busuk. " kata Affan.
Yusrina geram. Apa kurangnya dia dimata Affan. Selama ini, dia memperjuangkan cintanya hanya untuk Affan. " I, akan berubah untuk you. I sanggup buat apa saja untuk you asalkan you nak kahwin dengan I. " ujar Yusrina. ' Perempuan ni memang tak pandai berhenti kan? Sepatutnya dia tahu kalau aku takkan pernah cintakan dia. ' bisik hati Affan.
" Sorrylah, Yusrina. Saya cuma anggap awak sebagai sepupu saya je. Awak tak boleh nak paksa, nak desak saya untuk cuba cintakan awak, kahwin dengan awak. Semua takkan pernah berlaku. " jelas Affan. " No! You cuma kepunyaan I seorang je Affan. You cuma milik I. Tak akan ada perempuan yang boleh miliki you selain I. I tetap dengan pendirian I nak kahwin dengan you. " kata Yusrina.
" Dan saya juga akan tetap dengan pendirian saya takkan kahwin dengan awak. Awak kena faham soal tu. Banyak lagi lelaki dalam dunia ni. Saya tak sempurna macam lelaki - lelaki lain dalam dunia ni. " balas Affan. " No, you cukup sempurna. I jatuh cinta dengan you Affan. Sejak I bertemu dengan you kat UiTM dulu, I dah mula minat kat you. Tapi, you tolak I mentah - mentah. I takkan putus asa. For our love. " jelas Yusrina.
" Kau minat kat aku sebab rupa aku. Bukan kerana hati aku. " kata Affan. " Habis, perempuan tu pun minat kat you sebab wajah you yang macho, bukan?! " tegas Yusrina. " Kau tak perlu samakan diri kau dengan dia. Dia cukup berbeza dengan kau. Korang sama - sama perempuan. Tapi, bezanya dia seorang yang baik, bijak. " kata Affan. " Habis, I ni apa? Bodoh?! Kayu mati, tunggul?! " kata Yusrina. Dia makin cemburu dengan Aireen.
" Kau perlu faham. Kau perlu terima kenyataan kalau aku takkan pernah cintakan kau. " kata Affan. " Okay. If you don't want to marry me, I akan guna cara I sendiri. " tegas Yusrina. Yusrina pun keluar dari bilik Affan. Dia sempat menjeling tajam ke arah Aireen. Begitu bencinya dia terhadap Aireen. ' Dah kenapa pula dengan dia ni? Tak habis - habis lagi ke. Cemburu dia diluar batas. ' bisik hati Aireen. Dia juga takut melihat wajah Yusrina yang bengis itu.
Yusrina menuju ke kereta nya. " Tak, aku tak boleh kalah dengan perempuan macam dia. Dia tu miskin, tak macam aku. Ada segalanya. " kata Yusrina.

*********************

Ariana pergi ke kafe Aqil. Dia pun terus masuk ke bilik Aqil. " Assalamualaikum, Abang Aqil. " sapa Ariana. " Oh, Waalaikumussalam, Ana. " jawab Aqil. " Macam ni. Ni soal......" percakapan Ariana dipotong. " Soal mama kan? " tanya Aqil. " Bukanlah. Macam ni, esok Ana ada photoshoot macam biasa. Photoshoot Ana tu malam. " kata Ariana. " Jadi? Nanti bagitau mama ke? " tanya Aqil. " Yalah. " jawab Ariana. " Ana, abang nak minta tolong sikit. " kata Aqil.
" Tolong apa bang? " tanya Ariana. " Abang nak kamu tengok dulu video ni. " jawab Aqil. Aqil menunjukkan rakaman video yang dirakamnya tadi pagi. Rakaman video itu berisi tentang Khalid dan Natasha. Ariana menonton video itu sampai habis. " Jadi, abang nak saya buat apa sekarang? " tanya Ariana. " Perempuan dalam video ni Natasha. Lelaki ni pula boyfriend dia. Abang rasa, ada yang tak kena dengan diorang. Yalah, abang tengok boyfriend dia tengking dia. Abang nak kamu berkawan dengan Natasha. " kata Aqil.
" Oh, mestilah boleh. " kata Ariana. " Abang nak kamu kerja kat sini sebagai pelayan. Alaa, kamu tak payahlah nak risau. Sementara je. " kata Aqil. " Okey, boleh. " balas Ariana. " Abang nak kamu pakai baju dan apron ni. " kata Aqil. " Kalau macam tu, saya keluar dulu ya. " pinta Ariana. Ariana pun pergi ke tandas untuk menukar pakaian. Tertera nama ' Kinz Cafe ' di apron dan baju lengan pendek itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience