BAB 21

Romance Completed 55259

Ariana termenung. Dia teringat akan kakaknya, Aireen. ' Bilalah, keluarga ni boleh bahagia seperti dulu? ' bisik hati Ariana. Dia sudah bosan dengan sikap ayahnya yang belum siap menerima Aireen. Dia masih teringat kata - kata ayahnya pada Aireen.

*******************

" Tolonglah pa jangan halau Aireen. Aireen kena buat apa supaya papa terima Reen?! " tangis Aireen. " Kalau kau nak balik rumah ni dengan anak haram tu, kau kena kahwin dengan lelaki yang hamilkan kau! " kata Dato' Yusof.

*********************

Ariana pun membuat keputusan untuk menghantar mesej pada Aireen. ' Kak Aireen, sabar ya. Abang Aqil sedang cari cara bagaimana supaya kakak dengan mama boleh berjumpa. Sabar ya mama. ' bisik hati Ariana. Ariana inginkan keluarganya bahagia seperti dulu. Dengan penuh gurau senda, gelak tawa dan senyuman, bukannya kesedihan.

***********************

Assalamualaikum, Kak Aireen! - Ariana

Waalaikumussalam, ya Ana. Ada apa? - Aireen

Tak ada apa - apa pun. Ana cuma rindu dengan kakak. - Ariana

Mereka yang kat sana sihat ke? - Aireen

Kami semua disini sihat walafiat. Kakak dan yang lain pula macam mana? - Ariana

Alhamdulillah, kami semua disini sihat. - Aireen

Kak, kakak dah jumpa ke dengan lelaki tu? Maksud Ana, lelaki yang hamilkan kakak. - Ariana

Dah puas kakak cari lelaki tu. Tapi, tak juga jumpa. Dah 7 tahun berlalu. Kakak dah buat keputusan untuk berhenti cari lelaki tu. - Aireen

Adalah tu. Suatu saat nanti, kakak pasti akan bertemu dengan lelaki tu. Ana doakan semoga kakak dapat bertemu dengan lelaki tu. - Ariana

Terima kasih! - Aireen

Sama - sama! - Ariana

***************************

Keesokan harinya, Aqil seperti biasa menjaga kafenya. Dia turut mengambil kesempatan untuk melihat Natasha. Kemudian, salah seorang pekerjanya menegurnya. " Bos! " tegur pekerjanya. Aqil terkejut. " Ya, kenapa? " tanya Aqil. Semenjak Natasha kerja kat sini, bos selalu tengok dia. Jangan - jangan, bos dah mula minat dengan dia tak?! " usik pekerja lelaki itu.
" Sudah, awak tak payahlah nak sibuk. Lebih baik awak sambung kerja awak tu. " balas Aqil. Pekerja itupun meneruskan kerjanya. Aqil pun memerhatikan Natasha. Sebenarnya, Natasha sudah pun perasan bahawa Aqil sedang memerhatikannya. Tetapi, dia tidak berfikir kalau majikannya itu meminatinya.
Lagipun, dia berfikir bahawa diatidak sesuai untuk menjadi teman wanita Aqil sekiranya dia belum berpunya. Teman lelaki Natasha, Khalid seorang yang panas baran. Khalid selalu memukul dan menghina Natasha jikalau Natasha tersenyum pada lelaki lain, keluar dengan lelaki lain, bahkan berkawan dengan lelaki serta jika Natasha tidak mematuhinya.
Natasha tetap sabar dan redha atas apa yang terjadi padanya. Dia tidak peduli dengan keburukan sikap Khalid padanya. Dia berfikir bahawa suatu hari nanti, Khalid pasti akan berubah untuk menjadi lelaki yang lebih baik. Natasha sebenarnya tidak tahu bahawa Khalid mempunyai perempuan simpanan.
Dia tidak tahu apa yang Khalid lakukan dibelakangnya. Dia sangat berharap agar Khalid diberikan hidayah. Natasha seorang wanita yang baik hati, jujur dan peramah orangnya. Dia juga seorang yang sabar.

**********************

Shika dan Raziq sedang makan di sebuah restoran. " Abang, Shika nak minta maaf dengan abang. " kata Shika. Raziq hairan. Tiba - tiba sahaja isterinya itu berkata seperti itu. " Sayang ni kenapa? Ada masalah ke? " tanya Raziq. " Dah genap tiga tahun perkahwinan kita tapi kita masih belum mempunyai cahaya mata. " kata Shika. " Oh. Sayang sabarlah. Suatu saat nanti, kita pasti akan ada rezeki. " kata Raziq. Shika hanya mampu mengukir senyuman.
Shika teringin sangat hendak mempunyai seorang anak. Setahun yang lalu, dia hamil. Tetapi malangnya, dia keguguran. Dia masih tidak boleh menerima kenyataan soal kandungannya yang sudah gugur itu. Dia sangat sukakan dan sayangkan kanak - kanak. Shika masih tidak boleh melupakan hal tersebut. Raziq sentiasa memberi nasihat kepada Shika agar terus bersabar.
" Sayang, abang tau kamu nak ada seorang anak. Percayalah cakap abang! Suatu hari nanti, pasti kita akan ada rezeki. Lagipun, tentang kandungan sayang yang dah gugur tu, Allah pasti lakukan semua tu kerana sebab. Abang redha atas ujian yang diberikan. " kata Raziq. " Terima kasih, abang! Shika akan cuba untuk terima kenyataan. " balas Shika. " Macam nilah isteri abang! " usik Raziq.

***********************

Affan sedang menunggu maklumat tentang latar belakang Aireen. Dia merenung gambar Aireen bersama Esha di telefon bimbitnya. ' Kenapa awak tak nak saya tau soal ni? Awak malu ke sebab Esha tu anak diluar nikah? ' bisik hati Affan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience