" Encik Affan, ni...." Affan mencelah. " Awak tak payah nak jelaskan apa-apa pada saya lagi. Saya dah nampak semuanya. Depan mata saya sendiri! " kata Affan. " Oh, ye ke? Tapi, dari Encik Affan tahu? " tanya Aireen. " Saya memang tak sangka yang awak sanggup buat macam ni. " kata Affan. " Apa Encik Affan cakap ni? Saya tak fahamlah. " Aireen hairan. " Banyak lelaki kat dalam dunia ni, tua bangka nak mati ni juga yang awak pilih kan. Kenapa?! Oh, saya tahu. Awak cuma nak duit je kan. " Affan mengulas.
Aireen ternganga. Dia seakan-akan tidak percaya dengan apa yang didengarinya tadi. ' Laa, mesti dia ni dah salah faham agaknya. ' bisik hati Aireen. "Eh, tua! Kau ni memang tua tak sedar diri kan. Kalau kau nak tahu, Aireen ni PA aku! Dan aku dah lama dia lebih dulu. Patutlah dia tolak aku, sebab dia dah ada sugar daddy dia! " marah Affan. ' Boom! Sekarang, dah habis dah kisah cinta Affan dan Aireen. Sekarang, kisah cinta Affan dan Yusrina pula akan berbunga! ' bisik hati Yusrina.
Dia tersenyum puas. " Stop, Encik Affan! You're too much! Encik Affan ni memang tak reti nak hormat orang tua ke?! " marah Aireen. Dia mempertahankan ayahnya. " Kenapa pula nak hormat dia?! Oh, sorry. Saya lupa. Boyfriend tua kau kan. " ujar Affan. " Boyfriend, sugar daddy?! Eh, saya tak ada masa lah untuk semua tu! " marah Aireen. " Saya kesian dengan Esha tau! Ada mak yang mata duitan! Pisau cukur! Saya tahu, mesti awak dah buat hubungan tu dengan tua ni! " balas Affan.
Aireen yang marah lalu menampar pipi Affan. " Encik Affan Rizqin bin Dato' Fadzlee! Kalau tak tahu apa-apa, jangan main cakap je tau! Saya, Aireen Inara binti Dato' Yusof nak beritahu orang tua yang Encik Affan hina ni, ayah kandung saya! Dato' Yusof, pemilik Yusof Holdings! " ulas Aireen. Affan dan Yusrina ternganga. " Hey, kau tak payah nak tipulah! Orang kampung macam kau ni, ada hati bergelar anak dato! Jangan mimpilah! " sampuk Yusrina yang dari tadi hanya diam.
" Orang kampung ke, orang hutan ke saya tak kisah. Kita sama je! Sama-sama manusia. Tak lama lagi nanti balik ke tanah juga! " balas Aireen. " Dato' Yusof? Awak ni Dato' Yusof? " tanya Affan. " Ya, Encik Affan! Tadi saya nak beritahu terus mencelah. " kata Aireen. ' Biar betul?! Kenapa Aireen boleh jadi anak Dato' Yusof pula?! Adi tak beritahu ke aku pasal ni?! Aduh, matilah aku! Malunya aku! Mana aku nak letak muka ni?! ' bisik hati Affan.
" Aireen, papa tak suka lelaki ni! Kurang ajar! Tak reti nak hormat orang tua! Papa tak boleh nak terima dia! " marah Dato' Yusof. " Papa, saya minta....." percakapan Affan dipotong. " Siapa papa kau?! Datang-datang hina aku dengan anak aku! Sekarang, get out! Get out! " tengking Dato' Yusof. Yusrina dan Affan pun keluar dari bilik Dato' Yusof. " Eh, ni semua salah kau! " kata Affan. " Kenapa you nak salahkan I pula? You yang main hina je terus diorang tu. Use your brain lah before do anything! " balas Yusrina.
Affan pun masuk ke lif. Dia menekan nombor butang 1 dan butang tutup pintu lif. " Memang ni salah kau lah! Alaa, kau saja je kan supaya aku benci dengan Aireen. Aku, tak akan pernah benci dengan Aireen. Dalam hati aku, dalam hidup aku, cuma nama dia dan dia seorang sahaja yang aku cinta! Kau tak payahlah nak teruskan usaha kau tu nak pisahkan aku dengan dia! Baik kau putus asa jelah! Eh, Nifail tu pun dah cukup baik untuk kau! Selama ni, dia sukakan kau. Tapi, kau pura-pura tak nampak yang dia cintakan kau! " kata Affan.
" Eh, you pun samalah Affan! Selama ni, I cintakan you dari dulu lagi, tau tak?! Tapi you tak pernah nak hadap muka I ni! I cintakan you sebelum perempuan tu muncul lagi! " balas Yusrina. Pintu lif pun terbuka. Affan pun segera keluar meninggalkan Yusrina yang berada di dalam lif tersebut. " Eh, Affan! Tunggulah I! " kata Yusrina lalu berlari mendapatkan Affan yang sudah pun keluar dari Yusof Holdings.
**************
Aireen terdiam. Dia masih lagi teringat dengan kejadian yang berlaku tadi. ' Aduh, macam mana ni? Alaa, kau pun salah jugalah, Aireen! Kalau kau beritahu Affan awal-awal, pasti semua ni tak akan jadi. Aduh, apa aku nak buat sekarang? Tapi, macam mana pula dia tahu aku ada kat sini? Ataupun, mesti perempuan tu yang beritahu Affan. Kalau dia beritahu Affan, mesti dia fitnah aku. Lagipun, Affan cakap tadi aku ada hubungan dengan papa. Dia fikir, papa sugar daddy. Apa yang dia masih tak puas hati lagi, hah?! ' bisik hati Aireen.
" Aireen! " panggil Dato' Yusof. " Ya, papa! " jawab Aireen lalu duduk di atas sofa berwarna krim berhadapan dengan ayahnya. " Papa, tolong maafkan Affan. Dia tak tahu apa-apa pun, pa. Aireen lupa nak beritahu dia tentang parents, family Aireen. Lagipun, Aireen tak ada masa yang sesuai untuk beritahu Affan. Aireen yakin yang Yusrina fitnah Aireen yang bukan-bukan. Lagipun, dia cakap yang papa sugar daddy Aireen. " ulas Aireen panjang lebar.
Dato' Yusof ketawa kecil. " Ye ke? Datang je dia tadi, dia cakap macam tu pada papa dan Aireen, papa rasa macam nak gelak. Dah salah faham dah budak ni. Tapi, Aireen jangan risau. Papa saja je marah dia tadi. Papa nak tengok dia yang sebenar-benarnya. Papa nak tengok, dia nak buat apa pula lepas ni. " kata Dato' Yusof. " Laa, papa ni pula! Aireen pun tadi dah terkejut tau papa marah Affan macam tu! " kata Aireen.
" Kenapa, Aireen takut ke kalau papa takkan terima dia sebagai menantu papa. Dia tu, bagi papa dia okey. Tapi, papa tak tengok penuh lagi sikap dia tu macam mana. Jangan lah kamu beritahu Affan. Papa cuma nak uji dia saja. " kata Dato' Yusof. Aireen hanya mengangguk lalu ketawa kecil.
Share this novel