Aireen masuk ke bilik Affan. " Encik Affan, dua minggu dari sekarang, akan ada majlis. " kata Aireen. " Kalau macam tu, kita mula Ahad ni. " kata Affan. " Baik, Encik Affan. " ucap Aireen. " Ada, apa - apa lagi ke? " tanya Affan. " Itu saja. Saya keluar dulu ya. " pinta Aireen lalu keluar.
***********************
Natasha seperti biasa menjalankan tugasnya sebagai seorang juruwang. Kemudian, dia teringat akan kejadian kemarin. Waktu itu, jam menandakan pukul 11 malam. Dimana waktu itu cuma dia dan Khalid.
************************
" Awak nak bawa saya pergi mana ni? " tanya Natasha. Khalid terus menampar pipi Natasha. Lalu, dia pun memegang kepala Natasha dengan kasar. " Aku dah cakap kan, kau jangan dekat dengan lelaki tu! Yang kau dekat dengan dia tu dah kenapa, hah!? Nak minta tolong dari dia?! Nak menggatal?! " tengking Khalid. Natasha pun mula menangis. " Saya tak nak dekat dengan dia pun. Dia yang nak dekat dengan saya. Sumpah! Saya tak pernah nak cintakan dia. Saya cuma sayangkan awak seorang je. " kata Natasha.
" Baik, kalau macam tu. Tapi, aku tak nak siapa - siapa tahu pasal ni. Kalau tak, pecah muka kau! Keluarga engkau pun aku bunuh! " kata Khalid. Dia pun melepaskan cengkamannya di kepala Natasha. Natasha menangis kesakitan. Mungkin, memang sudah takdirnya dia hidup seperti ini. Khalid pun menghantar Natasha pulang.
**************************
Natasha ingin melupakan kejadian kemarin. Secara jujurnya, dia teringin sangat hendak melaporkan pada polis. Tetapi, dia tidak mahu keluarganya terancam oleh Khalid. ' Mungkin, memang aku perlu hadap semua ni. Aku sanggup buat apa - apa saja asalkan keluarga aku bahagia. Tapi, maruah aku sebagai perempuan aku tak akan cemarkan. ' bisik hati Natasha.
Dia merapikan tudungnya. Kemudian, Aqil ingin menghampirinya. Natasha yang sedar akan hal itu segera ka tandas. Ariana hairan. " Ana, kenapa dia tu macam nak mengelak je? Dia macam tak nak abang dekat dengan dia. " kata Aqil. " Nanti saya beritahu abang. Sekarang bukan masanya. " kata Ariana. Aqil pun berlalu pergi lalu masuk ke biliknya. ' Apa jangan - jangan, ni semua pasal boyfriend dia ke? ' bisik hati Aqil.
' Kenapa dia mengelak je setiap kali aku nak jumpa dia? Aku ada salah apa - apa ke? ' bisik hati Aqil. Dia ingin tahu apa yang terjadi pada gadis malang itu. Mahu sahaja Aqil membelasah Khalid kerana melayan Natasha dengan buruk. Tapi, dia tetap bersabar.
*********************************
Ayuni seperti biasa sedang bekerja. ' Macam manalah dengan Aireen sekarang ni? Semoga dia baik - baik je. Atau, aku call dia je ke? Tapi, mana boleh. Manalah tau dia sibuk bekerja sekarang ni. Nanti mengganggu pula kan. ' bisik hati Ayuni. Ayuni pun keluar untuk minum diluar. Ayuni pun menelefon Adi. Telefon Adi berdering. Tertera nama ' Sweetie ' di skrin telefon itu. Dia pun segera menyambutnya.
" Helo, abang! " kata Ayuni dari dalam telefon. " Ya, hello, baby! Ada apa? " tanya Adi. " Saya nak keluar minum. Abang, nak tak kita minum sama - sama? " tanya Ayuni. " Eh, mestilah boleh. Nak kita minum kat mana? " tanya Adi. " Ikut abang jelah. Abang bawa jelah saya minum kat mana - mana. " jawab Ayuni. " Baby sekarang kat mana? " tanya Aqil. " Saya kat tempat kerja sayalah. Nanti, abang ambillah saya kat sini. " jawab Ayuni. " Okey. " kata Aqil. Ayuni pun mematikan telefon bimbitnya.
Ayuni pun menunggu kedatangan kelibat Adi muncul. Selang beberapa minit, Adi pun sampai. Ayuni segera masuk ke dalam kereta. " Jadi, kita nak minum kat mana? " tanya Ayuni. " So, kita minum kat Starbucks. " jawab Adi. " Kenapa pula? " tanya Ayuni. " Sebab, disitulah kali pertama kita berjumpa kan. " jawab Adi. Ayuni teringat akan masa lalu dimana pertama kali dia bertemu dengan Adi.
*********************
Waktu itu, Ayuni sedang minum keseorangan. Adi pula bersama - sama dengan sahabatnya minum di situ. Pertemuan mereka itu kira - kira tiga tahun lepas. ' Sekarang, Esha dah tiga tahun. Lelaki tu masih belum jumpa lagi. Ataupun, lelaki tu sengaja tak nak bertanggungjawab. ' bisik hati Ayuni. Adi melihat ke arah Ayuni.
Kemudian, Adi pun menghampiri Ayuni. " Hai! " sapa Adi. ' Apahal pula mamat sorang ni. ' bisik hati Ayuni. " Nama saya Rahadi, awak boleh panggil saya Adi. " kata Adi. ' Ish, dia ni sibuk nak perkenalkan diri pula. ' bisik hati Ayuni sambil menjeling ke arah Adi. " Awak ni siapa? Tiba - tiba datang kat sini? " tanya Ayuni. " Kan saya dah cakap nama saya Rahadi. Awak boleh panggil saya Adi. " kata Adi.
" Bukan tu maksud saya. Maksud saya, awak ni kenapa tiba - tiba datang sini? Awak ni sesat ke? " tanya Ayuni. " Saya cuma nak jadi kawan je. " kata Adi. " Kawan?! Boleh, tapi dengan syarat. " kata Ayuni. ' Aduh, bersyarat pula perempuan ni. ' bisik hati Adi. " Apa syarat dia? " tanya Adi. " Saya nak awak buat sesuatu perkara supaya ada seseorang marah awak ke, tampar awak ke. Tapi, saya tak nak kawan awak yang buat. Kalau tak, tak payahlah nak kawan. " kata Ayuni.
Ayuni sengaja mengenakan Adi. Tetapi, Adi bijak. Dia tahu bagaimana mahu menyelesaikannya. Dia pun meyuruh rakannya mengupah seseorang lelaki yang berumur 50-an. Dia hanya menggerakkan jarinya sebagai tanda dia perlukan bantuan. Adi pun sengaja mencari masalah dengan lelaki upahan itu. Lelaki itu sengaja mengajarnya dengan teruk sehingga membuatkan Ayuni menyuruhnya berhenti.
" Eh, stop! Baiklah, awak boleh jadi kawan saya! " tegas Ayuni. Rupa - rupanya, Ayuni cuma dikenakan. " Prank! Kalau macam tu, harini kita akan jadi kawan. " kata Adi. " Ish, awak jangan main - main dengan saya! " kata Ayuni. " Eh, awak sendiri yang nak kenakan saya dulu. Jadi, tolonglah! Saya minta maaf. Kita kawan eh. " pujuk Adi. Akhirnya, disitu lah persahabatan mereka bermula. Setelah lima bulan menjadi sahabat, mereka pun akhirnya memutuskan untuk membawa hubungan mereka ke peringkat yang lebih tinggi.
**********************
Ayuni ketawa kecil teringat akan masa lalu. " Baby ni dah kenapa? " tanya Adi. " Tak ada apa - apalah. " jawab Ayuni. " Mana boleh. Ni mesti ada apa - apakan? " tanya Adi. " Yalah, yalah! Saya teringat akan first time kita jumpa. Yalah, kat Starbucks dulu. Luculah! Saya memang tak boleh nak lupakan hal tu. " jawab Ayuni. " Dulu, kita cuma sahabat. Lama - lama bercinta, lepas tu pula kahwin. " kata Adi.
Share this novel