Aireen melihat telefon bimbitnya. Jam di telefonnya menunjukkan pukul 12.00. Dia pun segera masuk untuk meminta izin dari Affan. " Encik Affan, saya nak ambil Esha. " kata Aireen. " Oh, jomlah. " balas Affan. Sebaik sahaja mereka berdua keluar dari Abu Bakar Holdings, Yusrina datang. " Affan! You nak kemana? I baru je nak jumpa you. Kita bincang baik - baik ya. " pujuk Yusrina. " Sorry, Yusrina. Saya tak ada masa. Lain kali jelah. " balas Affan.
" How about, I tunggu kat dalam? Bolehkan? " tanya Yusrina. " Terserah kau lah. Aku nak cepat sekarang ni. " kata Affan. Dia pun segera masuk keretanya lalu memandu keretanya menuju ke tadika. " Apa yang dia nak kejar sangat tu? Memang perempuan ni sengaja nak ambil kesempatan betul. " kata Yusrina. Dia pun masuk ke dalam syarikat itu.
" Kenapa dengan Yusrina tadi? " tanya Aireen. " Tak ada apa - apalah. Aireen, saya nak tanya awak. Tapi, sekarang mwmang bukan masanya. Lain kali jelah. " kata Affan. " Encik Affan nak tanya apa? " tanya Aireen. " Nantilah esok. Lagipun, saya tahu mungkin awak tal boleh nak jawab soalan saya sekarang. " ujar Affan. " Saya okey je. Saya boleh je jawab. " kata Aireen. " Betul ke ni? " tanya Affan. " Ya, tengok lah kalau saya boleh jawab saya jawab. Kalau saya tak boleh jawab biarlah jadi tanda tanya buat Encik Affan. " jelas Aireen.
' Tengok tu. aku tahu dia memang tak boleh nak jawab pertanyaan aku. Sebab, ni soal peribadi dia. ' bisik hati Affan. Mereka pun sampai. Aireen segera keluar untuk menjemput Esha. Esha pun masuk ke dalam kereta. Begitu juga dengan Aireen. Affan pun terus memandu keretanya. " Esha, harini papa terus hantar Esha balik rumah ya. Sepatutnya, harini papa nak bawa Esha jalan - jalan. Tapi, tak jadi sebab papa sibuk harini. " kata Affan.
" Its okay, papa! Esha faham. Nanti lain kali kalau papa ada masa, bawalah Esha jalan - jalan ya. " balas Esha. Aireen tersenyum.
************************
Salah seorang pelanggan sedang membayar di kaunter pembayaran. Pelanggan itu pun berlalu pergi. Ariana segera menghampiri Natasha. " Tasha! " tegur Ariana. " Ana! Terkejut Tasha. Bagilah salam ke, bukan tegur macam tu. " ucap Natasha. " Alaaa, sorry lah. Ni, Ana nak tanya ni. Khalid masih lagi ke pukul Tasha ke, marah Tasha ke. Masih lagi tak? " tanya Ariana.
" Adalah sikit. Tapi, Tasha harap sangat semoga dia cepat - cepat berubah. Ana pun doakan lah yang terbaik untuk dia. " jawab Natasha. " Tak ada gunanya. Lagipun, dia tetap dengan pendirian dia. Kalau dia memang suka pukul tu, sampai bila - bila pun dia tak akan berubah. Tasha, lebih baik break up jelah dengan dia. Kalau Tasha nak ada boyfriend pun, dengan abang Ana lah. " kata Ariana.
" Bukan senang nak putus dengan dia macam tu je. Dia tu lain sikit. Kalau Tasha minta putus dengan dia, confirm dia akan pukul dan marah Tasha. Ana ni pun, janganlah pandai - pandai nak jodohkan Tasha. Ana carilah boyfriend dulu. Barulah jodohkan orang. " kata Natasha lalu ketawa. Ariana pun turut ketawa. " Hmm, mana - mana jelah. Terserah. Tapi, jangan menyesal tau. Ana dah nasihatkan Tasha. " balas Ariana.
" Hmm, yalah. Tasha nak tanya ni, Ana ada apa - apa ke dengan bos. Semalam, Tasha nampak Ana balik dengan dia. Lepas tu pula, Dah tiga kali tau Tasha dengar kau panggil bos tu abang. Jangan - jangan, kau ada apa - apa dengan dia? Ataupun, dia boyfriend kau kot?! " usik Natasha. " Apalah kau ni. Dia tu kan lagi tua dari aku. Mestilah aku panggil dia abang. Lagipun, memang patutlah dia hantar aku balik rumah sebab dia kata perempuan tak baik tau bersendirian di waktu malam. " ujar Ariana. " Tak baik bersendirian di waktu malam lah konon. Kalau dia tua dari kau pun, panggillah bos. Alasan je. Mengaku jelah yang kau ni ada apa - apa dengan bos kan. " kata Natasha.
" Ya Allah. Memang betullah aku tak ada apa - apa dengan dia. Lagipun, memang betul juga kan perempuan tak baik tau bersendirian di waktu malam. Takkanlah panggil abang je pun dah kira aku ada apa - apa hubungan dengan dia. Dahlah. Aku nak sambung kerja dulu. Nanti marah pula bos. " kata Ariana kemudian berlalu pergi. " Sekarang baru nak panggil dengan panggilan bos?! " kata Natasha.
*********************
Aqil sedang memandu keretanya pulang ke rumah. " Abang, Ana tak nak balik dengan abang. Nak pergi kafe abang pun tak nak lah. Biar Ana pergi balik pandu kereta sendiri. " kata Ariana. Aqil hairan. ' Kenapa pula?! Ni mesti ada apa - apa ke?! ' bisik hati Aqil. " Kenapa ni? " tanya Aqil. " Tasha, dia mula syak sesuatu. Jadi, Ana takut kalau rahsia kita.....yalah abang pun tahulah kan. " jawab Ariana.
" Oh, tu je?! Abang ingatkan apa tadi. Tapi, yalah. Kalau tak, nanti tak dapat lah abang nak tolong dia kan. Okey. Jadi mulai esok kamu pandu kereta sendiri kan. " ujar Aqil. " Abang, bukan tu saja. Minggu depan Ana ada photoshoot. Jadi, sorry lah ya." kata Ariana. " Its, okay. Sehari je kan. " kata Aqil. " Tak, bukan sehari. By the way, seminggu. Yalah sebab dah berapa kali Ana terpaksa cuti sebab nak tolong abang je. Abang pun kena fahamlah sikit. " ujar Ariana. " Seminggu?! O...okeylah tu. Abang faham. " kata Aqil. ' Seminggu! Tak apalah. Cuma seminggu je. Bukannya setahun. ' bisik hati Aqil.
Share this novel