Beberapa jam kemudian, Ayuni pun sedar. Dia pun melihat ke arah Rahadi. Hairan dia sebaik sahaja melihat bibir dan ditepi mata Rahadi lebam. " By, kenapa dengan muka tu? " tanya Ayuni. Rahadi pun membantu isterinya untuk duduk dengan baik di atas katil itu. Rahadi pun memegang bibirnya yang lebam itu. " Honey, apa yang by nak beritahu honey ni, by harap honey tabah. " kata Rahadi. " Maksud by, apa? " soal Ayuni.
" Honey, bukan rezeki kita untuk dapat anak kali ni. Masih ada peluang lagi. Honey......honey keguguran. Sebab dia. Dia tikam honey sampai,...honey keguguran. By, harap, honey boleh terima semua ni. Honey lari macam mana pun, memang honey akan lalui juga. Ni semua takdir Allah. Ujian Allah pada kita. Polis dah tangkap dia. Lebam ni pun, sebab by gaduh dengan dia. " jelas Rahadi panjang lebar. Ayuni seperti tidak percaya dengan apa yang baru sahaja didengarnya tadi. Dia pun mula meraung dan menangis. Rahadi pun segera memeluk dan menenangkan Ayuni.
Akhirnya, Rahadi juga turut mengalirkan air mata. Aireen turut tidak sanggup melihat sahabatnya itu sedih. Air matanya mula mengalir di pipi. ' Sabar, Ayuni. Aku faham kalau kau merasa kehilangan. Aku faham selama ni apa yang kau nak kau tak dapat. Tapi, aku yakin. Aku yakin sangat kau akan dapat apa yang kau nak suatu hari nanti. ' bisik hati Aireen.
************
" Mama, macam mana dengan kafe Aqil? Siapa yang uruskan? " tanya Aqil. " Natasha dengan papa kamu bekerjasama uruskan kafe kamu tu. Kafe kamu tu dah di cat semula. " jawab Datin Rossa. Kemudian, kedengaran bunyi ketukan pintu.
" Masuklah, pintu tu tak kunci pun. " ujar Datin Rossa. Pintu bilik pun dibuka oleh Dato' Yusof. Dia datang bersama-sama dengan Ariana dan Natasha. Natasha pun menutup pintu bilik wad dengan rapat. " Doktor kata, Aqil dah boleh keluar esok. " ujar Dato' Yusof. Natasha pun mengeluarkan dua bungkusan makanan lalu diletakkan diatas meja bersebelahan dengan katil. Tanpa berfikir panjang, Aqil pun segera mengambil sebungkus makanan itu. Bungkusan makanan itupun dibuka. Dia pun menjamah nasi goreng tersebut.
" Lapar ke? " tanya Natasha. Aqil hanya mengangguk. Mulutnya masih lagi menguyah makanan. Kemudian, dia pun menelannya. " Awak dah makan? " tanya Aqil. " Dah. Dengan papa awak dan Ana. Kat restoran. Sekali bungkus nasi goreng untuk awak dan mama awak. " ujar Natasha. " Amboi, amboi! Dah kenapa pula dua ekor ni. " ejek Ariana. " Dua orang, pandai! Ekor tu untuk haiwan, binatang. " balas Aqil.
*************
Dua minggu kemudian...
Aireen memakai gaun pengantin berwarna hijau zamrud. Ayuni batu sahaja selesai menghiasi wajah Aireen dengan memakaikannya barangan kosmetik. Affan pula memakai baju melayu berwarna hijau zamrud dengan samping disisipkan keris. Dia juga turut memakai destar.
Aireen pun turun ke bawah dengan diiringi oleh Ayuni dan Esha. Terpegun Affan melihat Aireen yang sungguh cantik dengan memakai gaun berwarna hijau zamrud itu. Majlis akad nikah pun dimulakan. Affan membaca bismillah sebelum mula. " Aku terima nikahnya Aireen Inara binti Yusof dengan mas kahwinnya RM10000 tunai. " lafaz Affan dengan penuh yakin.
Aireen tersenyum sebaik sahaja mendengar lafaz dari Affan. ' Alhamdulillah! Bersyukur hamba mu ini kepada-Mu ya Allah. Kerana semuanya dipermudahkan. ' bisik hati Aireen. Affan pun memandang ke arah belakang lalu menyarungkan cincin permata di jari manis Aireen. Aireen pun mula menyalam Affan tanpa segan silu.
Esha pun segera mendekati ibunya yang kini sudah menjadi isteri kepada ayahnya. Tiba-tiba, kelibat Yusrina kelihatan dihadapan pintu rumah Aireen. Affan dan Aireen pun segera berdiri. " Selamat pengantin baru. Affan, Aireen. I nak minta maaf semua kesalahan I pada korang berdua. Ya, I memang perempuan yang tak sedar diri. Memang you bukan ditakdirkan untuk I. I tak nak lagilah gaduh dengan you Aireen. I nak ke London. Nak bawa diri tenangkan fikiran I kat sana. Tolonglah maafkan Yusrina! " ujar Yusrina. Esakan dan tangisannya mulai kedengaran.
" Saya dah lama maafkan perbuatan awak. Sebab, saya yakin sangat yang awak akan berubah. Saya doakan semoga awak teruskan macam ni. Jangan balik lagi dengan masa silam awak. " balas Aireen. Yusrin pun mengelap air matanya kemudian tersenyum. Dia pun melangkahkan kakinya keluar. " Yusrina, tunggu dulu. " panggil Affan. Yusrina pun segera menoleh ke arah belakang. " Aku sayang kau sebagai adik aku. Aku harap, kau dapat jumpa lelaki yang sesuai dengan kau. " kata Affan. " Terima kasih, Affan! " ucap Yusrina.
************
Tiga hari kemudian.......
Affan membawa Aireen dan Esha bercuti ke Pulau Langkawi. Tidak lupa juga untuk mereka mengambil gambar dan merakamkan video semasa berada disana. Kemudian, mereka pun menuju ke sebuah restoran. " Esha nak chicken chop! " ujar Esha. " Okey, kalau macam tu mama pun nak chicken chop lah juga. Awak pula nak makan apa? " tanya Aireen kepada Affan. " Sama jugalah. Chicken chop. " jawab Affan.
Selesai sahaja memesan makanan, Affan pun berniat untuk memberitahu Aireen sesuatu. " Aireen, sebenarnya saya ada jumpa ni dalam laci awak. " kata Affan lalu menunjukkan foto Aireen sewaktu kecil bersama seorang budak lelaki.
" Kenapa, awak jealous ke? Takkanlah pasal gambar ni pun awak nak jealous. Ni gambar saya dengan jiran saya. " kata Aireen. " Dia...hidup lagi ke? " tanya Affan. " Dah lama dah saya tak jumpa dia. Tak tahulah masih hidup ataupun dah tak ada. Kalau dia hidup pun, mungkin dia dah berkeluarga. Yang awak tanya saya ni pula kenapa? " tanya Aireen. Affan pun mengeluarkan gelang berwarna ungu-merah jambu lalu ditunjukkannya pula ke Aireen.
" Awak rasa, ni siapa yang punya? " tanya Affan. Aireen pun cuba mengingati kembali waktu kecilnya. Dia seperti pernah melihat gelang itu sebelum ini.
************
Lapan belas tahun yang lalu........
" Aireen, betul ke awak takkan pernah lupakan saya? Janji tau yang persahabatan kita tak pernah putus. " kata Affan. " Ya, saya janji yang persahabatan kita tak akan pernah putus tau. Nah, saya bagi awak gelang ni supaya awak sentiasa ingat saya. " ujar Aireen. " Aireen, bila dah besar nanti, saya akan cari awak. " kata Affan. " Saya juga akan cari awak, Affan. Awaklah satu-satunya sahabat yang paling baik saya pernah jumpa. " balas Aireen.
" Aireen sayang, cepat masuk dalam kereta. Kita dah lambat dah ni. " panggil Datin Rossa. Aireen pun segera masuk ke dalam kereta. " Jumpa lagi, Aireen! Bye! Jangan pernah lupakan saya tau! " Affan melambai ke arah kereta yang berjenama Proton Saga itu. Aireen pun turut melambai ke arah Affan.
***************
Baru Aireen ingat tentang gelang itu. " Gelang tu...saya yang punya. Ataupun, jangan-jangan.....awak jiran sebelah rumah saya dulu! " kata Aireen. " Kan. Saya tak sangka pula yang isteri saya ni ialah sahabat baik saya sewaktu kecil. Memang kita dah ditakdirkan untuk bertemu. Untungnya saya dapat jumpa awak dan kahwin dengan awak. " ujar Affan.
" Saya ingatkan, awak dah lupakan saya. Rupanya, terus ingat pada saya. " balas Aireen. " Aireen, awaklah permata yang paling bernilai dalam hati saya. " ucap Affan. " Mama dengan papa cakap apa ni? Esha tak faham lah. " sampuk Esha. Affan dan Aireen hanya tersenyum.
Share this novel
iya
Tamatkah?