BAB 31

Romance Completed 55259

Aireen sedang menyiapkan tugasannya. Affan pun keluar dari biliknya. " Aireen, awak lapar ke? " tanya Affan. " Ya, tapi nanti saya makan. " jawab Aireen. " Sekarang ni, saya nak awak ikut saya makan kat luar. " kata Affan. " Baik, Encik Affan. " balas Aireen. Mereka pun sampai di sebuah restoran. Mereka memesan makanan mereka masing - masing. Affan pun memulakan perbicaraannya dengan Aireen. " Aireen, boleh tak kalau saya tanya awak, saya tak nak awak mengelak, awak mesti jujur dengan saya. " pinta Affan. " Baiklah, Encik Affan. " jawab Aireen.
" Saya nak tanya awak ni. Siapa ayah kandung Esha? Awak dah bercerai atau suami awak dah meninggal? " tanya Affan. Aireen tidak tahu bagaimana hendak menjawab soalan Affan. Dia mulai takut untuk bercerita tentang dirinya yang hina. Yang, sudah tidak bermaruah. ' Kenapa Encik Affan tiba - tiba tanya aku soal ni, ya? ' bisik hati Aireen. " Aireen, saya tanya dengan awak sekali lagi. Siapa ayah kandung Esha? Awak dah bercerai atau suami awak dah meninggal? Ataupun....jangan - jangan awak....." percakapan Affan dipotong.
" Macam nilah, Encik Affan. Saya tak kisah Encik Affan nak tanya soalan apa - apa. Tapi, tolong Encik Affan bagi kerjasama dengan saya. Semua tu hal peribadi saya dan Encik Affan tak ada hak nak tahu semua tu. Maafkan saya sebab kalau saya cakap ni, buat Encik Affan marah dengan saya. Tapi, saya tak boleh nak beritahu soal semua tu. " jelas Aireen.
" Maafkan saya, Aireen. Saya cuma rasa kasihan dengan Esha. Yalah, dia tak ada ayah. Tak pernah dapat kasih sayang seorang ayah. Saya harap awak faham apa yang saya cakap ni." ujar Affan. ' Aku cuma nak tahu tentang dia dari dia sendiri. ' bisik hati Affan. " Baiklah, Encik Affan. " jawab Aireen. ' Encik Affan memang pelik. Mungkin, memang dia nak tahu kot sebab kasihan dengan Esha. Tapi, aku takkan beritahu kalau Esha tu anak diluar nikah. Macam ni kah rasanya tecabar apabila ditanya soalan yang boleh buat aku rasa tak selesa? ' bisik hati Aireen.
Yusrina baru sahaja hendak bertemu dengan Affan. Secara tidak sengaja, dia ternampak Affan dan Aireen sedang makan di sebuah restoran. ' Hish, perempuan ni! Perempuan ni memang keras kepala kan?! Kan aku dah cakap haritu kalau Affan tu boyfriend aku. Bukan main lesra lagi diorang makan bersama - sama!' bisik hati Yusrina. Dia pun segera menghampiri Affan dan Aireen. Dia sudah tidak tahan melihat mereka berdua bersama lagi. " Hoi, perempuan! Kau ni memang tak sedar diri kan?!" sergah Yusrina. Aireen terkejut dengan kehadiran Yusrina disitu. ' Sabar jelah. ' bisik hati Aireen.
" Eh, Yusrina! Kalau dia perempuan, kau tu pun perempuan jugakan?! Jadi, panggil nama dialah, Aireen! " Affan mempertahankan Aireen. Kali ini, dia tidak akan membiarkan Yusrina menghina Aireen. Dia tidak mahu lagi melihat air mata dan wajah Aireen yang sedih. Cukup - cukup sajalah tempoh hari. " Kenapa you nak bela sangat perempuan ni, hah?! Istimewa sangat ke dia dari I?! Cantik sangat ke dia dari I sampai you nak bela perempuan ni?! " tanya Yusrina.
" Kalau kau nak tahu, dia memang istimewa dan cantik. Cukup istimewa dan cantik sangat hati dan budinya. Bukan macam kau! Yusrina, sekarang ni aku minta dengan kau tolonglah berubah. Jadikan Aireen ni sebagai contoh. Kau mesti terima kenyataan kalau aku takkan cintakan kau. Aku cuma sayangkan kau sebagai sepupu. " kata Affan. Dia cuba membuat Yusrina sedar.
" You sekarang nak beza - bezakan I dengan dia pula?! What's wrong with you, Affan?! Saya sangat sayangkan awak! Ataupun jangan - jangan, mungkin perempuan ni dah sihir awak agaknya sampaikan awak tergila - gilakan dia. Sedarlah, Affan! " ujar Yusrina. " Excuse me, saya tak pernah sesekali pun nak buat macam tu dengan Encik Affan. Saya sedar diri saya. Dia cuma majika. saya je. " balas Aireen.
Affan pun berterus terang dengan Yusrina. " Kalau kau nak tahu sangat, aku sendiri yang tergila - gilakan dia! Dia tak pernah pun sihir aku. Secara jujurnya, saya memang betul - betul dah jatuh cinta dengan awak, Aireen. " tegas Affan. Aireen dan Yusrina tersentak mendengar kata - kata Affan itu. ' Mungkin, dia cakap macam tu supaya Yusrina tak ganggu dia lagi kot? ' bisik hati Aireen. Mana mungkin kan kalau Affan benar - benar jatuh cinta padanya.
Yusrina pun mengambil air Affan untuk disimbah ke Aireen. Malangnya, Affan cuba melindungi Aireen dan dia yang terkena. " Gosh! I'm so sorry, Affan! I tak ada niat pun. " kata Yusrina. Affan sangat marah dengan tindakan Yusrina. " Aku nak, kau pergi sekarang! Pergi! " tengking Affan. Yusrina pun berlalu pergi. Dia terkejut ditengking oleh Affan tadi. Baru hari ini Aireen melihat majikannya segarang itu. Dia juga takut dan terkejut.
Aireen pun mengambil tisu untuk mengelap kot Affan yang basah itu. Affan mahu mengambil tisu itu dari Aireen. Dia tidak sengaja memegang tangan Aireen yang mengelap kot yang dipakainya basah. Aireen pun melihat Affan. Begitu juga dengan Affan. Aireen tersedar lalu memberikan tisu itu pada Affan. Aireen pun duduk. Affan duduk sambil mengelap kotnya yang masih basah.
" Awak takut ke? Awak tak payahlah nak risau. Yusrina tu memang layak di marah macam tu. Barulah dia sedar sikit. Daripada diq asyik ganggu saya terus. Ini je caranya supaya dia tak ganggu saya lagi. " ujar Affan dalam nada yang sederhana. " Ya, Encik Affan. Biasalah tu. Encik Affan handsome sangat sampaikan Yusrina tak berhenti ganggu Encik Affan. " balas Aireen. Aireen mula berasa lebih tenang. " Awak cakap saya handsome ke? Awak suka saya eeh. " usik Affan. " Tak adalah. Saya cuma anggap Encik Affan sebagai majikan saya je. " jawab Aireen.
' Awalnya, saya rasa macam tersuka dengan Encik Affan. Tapi, tak boleh. Saya tak sesuai nak peneman hidup Encik Affan. ' bisik hati Aireen. Lain di mulut, lain di hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience