BAB 11

Romance Completed 55259

Aireen melihat ke arah jam tangannya. " 1 jam lagi. " kata Aireen. " Apa yang 1 jam lagi? " tanya Affan. " Eh, Encik Affan! Takde apa - apalah. Kenapa, Encik Affan? " tanya Aireen. " Buatkan saya kopi. " kata Affan. " Baik, Encik Affan. " jawab Aireen. Aireen pun membancuh kopi. Affan senyap - senyap memerhatikan Aireen. Lantai dibahagian singki basah. Aireen tergelincir tetapi disambut oleh Affan. Aireen jatuh kepelukan Affan.
Mata Affan dan Aireen saling menatap. ' Handsome juga Encik Affan ni. ' bisik hati Aireen. ' Aireen, dia memang cantik. ' bisik hati Affan. Mereka pun tersedar. " Awak tak apa - apa? " tanya Affan. " Saya.......okey. Terima kasih, Encik Affan. " ucap Aireen. " Yelah. Hantar kopi tu atas meja saya. " kata Affan. " Baik Encik Affan. " balas Aireen. Affan masuk ke biliknya. Dia teringat perkara yang terjadi tadi sambil tersenyum.
Aireen pun mengetuk pintu lalu masuk. " Ni dia. Kopi Encik Affan. " kata Aireen lalu meletakkan kopi itu di atas meja. " Thanks. " kata Encik Affan. " You are welcome. " jawab Aireen. Dia kembali ke mejanya semula. Dia teringat perkara yang berlaku tadi. Dia pun tersenyum sendirian. ' Tak sangka, hot dia....OM to the G! Apalah kau ni, Aireen?! Dia tu kan majikan kau je. ' bisik hati Aireen.
Yusrina pun datang ke tempat kerja Affan. " Maafkan saya, saya Yusrina nak jumpa Affan. Saya girlfriend dia. " tegur Yusrina. " Baiklah, cik. " kata Aireen. " Tunggu dulu. By the way, who are you? " tanya Yusrina. " Oh, saya Aireen. PA baru Encik Affan. " ujar Aireen. " Okey. Pergilah. " kata Yusrina. Aireen pun masuk ke bilik Affan.
" Maafkan saya Encik Affan kerana mengganggu. " tegur Aireen. " Ya, ada apa Aireen? " tanya Affan. " Macam ni, girlfriend Encik Affan nak jumpa. Dia dah tunggu kat luar. " ujar Aireen. " Girlfriend?! Siapa? " tanya Affan. " Cik Yusrina. " jawab Aireen. " Suruhlah dia masuk. " kata Affan. Aireen pun keluar. " Cik Yusrina boleh masuk. " kata Aireen. " Okey, thanks! " balas Yusrina. ' Dia dah ada girlfriend rupanya. ' bisik hati Aireen.
" Ah, Yusrina. Ada apa? Kenapa kau nak jumpa aku sangat? Dan satu lagi, kita tak pernah bercinta. Aku tak pernah anggap kau lebih. Cuma sekadar sepupu je. " kata Affan. " Come on lah, Affan. Kalau you tak kahwin, I pun takkan kahwin tau. Sebab, cinta ni hanya untuk kita berdua je. " ujar Yusrina. " Kau gila ke?! Dah - dah. Lebih baik kau balik sekarang kalau kau tak ada perkara penting nak cakap dengan aku. " kata Affan.
" Apa pula takde?! Ada. Please lah Affan. Kenapa you tak nak terima I. What is lacking in myself?! " tanya Yusrina. " Sempurna. Kau cukup sempurna. " kata Affan. " So, kenapa you tak terima I?! " tanya Yusrina. " Aku tak nak kahwin dengan perempuan yang ada hubungan keluarga dengan aku walaupun cuma sepupu. Itu je. " kata Affan. " So, kalau I ni bukan cousin you, you kahwin ke dengan I? " tanya Yusrina. " Tak, sebab kau annoying. " kata Affan. Yusrina pun keluar dari bilik Affan lalu menuju ke keretanya. Dia marah.

********************

" Assalamualaikum! Assalamualaikum! " Ariana memberi salam. " Eh, Cik Ariana! Wah, bawa boyfriend nampak? " usik Kiki. " Dia bukan boyfriend saya, dia abang saya. Nama dia Aqil, adik Aireen. " kata Ariana. " Abang, ni Kiki. Kalau Kak Aireen kerja, dia akan jaga Esha, anak Kak Aireen. " kata Ariana. " Aireen ada tak? " tanya Ariana. " Dia takde. Dia kerja. " kata Kiki. " Oh, dia kerja kat mana? " tanya Aqil. " Kiki, kurang pasti. Maaf ya. " kata Kiki. " Oh takpe - takpe. Jadi kami nak baliklah ye. " kata Ariana. " Oh, baiklah. Hati - hati. " pesan Kiki. Dia pun masuk sambil memegang tocang rambutnya itu.
" Sorry ye bang. Bukan rezeki abang nak jumpa Kak Aireen. " kata Ariana. " It's okey, Ana. Takpelah. " kata Aqil. " Okey, bang. " jawab Ariana .

**********************

Affan pulang awal harini. Sebaik sahaja dia melangkah masuk ke rumahnya, dia ternampak Datin Ramlah dan Yusrina sedang berbual. ' Dia buat apa kat sini?! Mesti nak bagitau hal tengahari tadi kan? ' bisik hati Affan. Affan malas hendak melihat wajah Yusrina. Dia pun terus menuju ke anak - anak tangga. " Affan, nak pergi mana tu? Layanlah dulu Yusrina ni. " tegur Datin Ramlah. " Ya, jomlah Affan! Kita berbual. " kata Yusrina. " Oh, Affan mandi dulu. Nanti Affan turun. " kata Affan lalu menunjukkan senyuman paksa.
Selepas mandi, Affan pun turun. Jika diikutkan hatinya, dia tidak mahu turun melihat wajah Yusrina. Tetapi kerana ibunya, di terpaksa melakukannya. " Hai, Affan! " sapa Yusrina. " Mmm. Ya, hai. " jawab Affan. " Korang berdua berbual dululah ya. Mama nak ke dapur sekejap. " kata Datin Ramlah kemudian berlalu pergi dari situ. " You, tak duduk ke? " tanya Yusrina.
" Suka hati sayalah nak duduk ke tak, awak sibuk apa?! Hak saya sama ada saya nak duduk atau berdiri je. " balas Affan. " I minta maaf, kalau I sakitkan hati you. I datang sini, I just want to meet you. " kata Yusrina. " Kenapa nak jumpa aku? Kau cakap jelah apa kau nak cakap. " kata Affan. " So, sekarang ni umur kita pun 28 tahun. By the way, sebelum you masuk umur 30 - an, how about we marry? " tanya Yusrina.
" Jawapan aku sama je. Aku tak nak kahwin dengan kau. Takkanlah kau pekak kan?! " kata Affan. Dia sangat geram dengan perangai Yusrina. " You ni, I cakap baik - baik dengan you tau! Yang you nak marahkan I ni dah kenapa pula?! What's wrong with you? " tanya Yusrina.
" Yusrina, Affan! Tengah bual apa tu? " tanya Datin Ramlah. " Oh, tak ada apa - apa mama. Saja je. Kitorang bual kosong. " ujar Affan sambil mengukir senyuman paksa. " Ya, Aunty Ramlah. We're fine. Cuma bual kosong biasa je. " kata Yusrina. " Oh, okey. " balas Datin Ramlah. Affan menjeling tajam ke arah Yusrina. Yusrina membalas dengan senyuman manis. Dia tetap berkeras inginkan Affan walaupun Affan tidak menyukainya.

********************

" Kiki, boleh tak kita main? " tanya Esha. " Apa - apa je Kiki boleh main. Esha nak main apa? " tanya Kiki sambil memegang tocang rambutnya itu. " Kita main snake and ladder boleh? " Esha memberi cadangan. " Jomlah! " jawab Kiki.
" Aireen, dah 7 tahun berlalu. Sampai sekarang kau masih lagi tak jumpa lelaki tu. Anak kau pun dah besar dah. Umur pun 6 tahun. " ujar Ayuni. " Apa boleh buat, Ayuni. Tak apalah. Suatu hari nanti, aku yakin aku pasti akan jumpa dengan lelaki tu. " balas Aireen. " Oh ya, macam mana dengan kerja kau harini? Okey?! " tanya Ayuni. Aireen teringat dengan kejadian siang tadi dimana dia tergelincir lalu terjatuh dipelukan Affan.
Dia malas hendak menceritakan hal itu kepada Ayuni. " Oh, okey. Lagipun, aku seronok sangat dapat kerja kat sana. Aku bersyukur sebab gaji dia tinggi dan cukup untuk sara anak aku. " kata Aireen. " Alhamdulillah, kalau macam tu. Aku doakan semoga kau terus kerja kat sana dan kau dapat bertemu dengan lelaki tu. " kata Ayuni. " Terima kasih, Ayuni! " ucap Aireen.

**********************

Keesokan harinya, Aireen menghantar anaknya ke tadika. " Esha, belajar rajin - rajin tau. Kalau Esha belajar rajin - rajin, mama yakin papa Esha akan datang. Okey? " pesan Aireen. " Okey, mama! " balas Esha. " Dah, cepat pergi masuk kelas. " kata Aireen. " Bye, mama! " Esha melambaikan tangan kemudian berlalu pergi masuk ke kelas. Aireen pun meneruskan perjalanannya ke tempat kerja.
Dia pun sampai. Kelibat Affan tidak kelihatan. Selang beberapa minit kemudian, Affan pun datang ke tempat kerjanya. Dia pun masuk ke biliknya. " Aireen, tolong masuk ke bilik saya sekarang. " pinta Affan. Aireen pun masuk. " Ya, saya. Ada apa Encik Affan? " tanya Aireen. " Harini, saya ada klien ke? " tanya Affan. " Oh, buat masa sekarang ni belum ada lagi. " ujar Aireen. " Kalau macam tu awak boleh keluar. " kata Affan.
Aireen pun keluar. Dia menyambung pekerjaannya. Kemudian, Adi orang suruhan Affan pun datang dengan membawa sampul berwarna perang. " Ya encik. Ada apa? " tanya Aireen. ' Jadi, perempuan ni rupanya PA dia. ' bisik hati Adi. " Saya nak berjumpa dengan Encik Affan. Dia dah datang ke? " tanya Adi. " Sudah. Encik ni siapa ya? " tanya Aireen. " Oh, saya Adi orang suruhan Encik Affan. " ujar Adi. " Baiklah. Saya akan beritahu dia. " kata Aireen.
" Maafkan saya kerana mengganggu Encik Affan. Orang suruhan Encik Affan, Adi datang." kata Aireen. " Suruh dia masuk. " kata Affan. " Encik Affan nak berjumpa. " kata Aireen kepada Adi. Adi pun masuk.
" Ya, Adi. Ada apa? " tanya Affan. " Macam ni, dalam sampul ni ada maklumat tentang perempuan tu. Semuanya ada dalam sampul ni. " kata Adi lalu memberikan sampul itu ke Affan. " Baiklah, good job Adi. Sekarang, awak dah boleh keluar lah. " kata Affan. " Baik, bos. " kata Adi kemudian berlalu pergi. Affan melihat isi kandungan sampul itu.
' Dia pun belum kahwin. Apa maksudnya, budak perempuan tu anak aku ke? ' bisik hati Affan. " Kalau macam tu, aku kena siasat perkara ni sendiri. " kata Affan.

********************

Raziq membeli kek cawan di sebuah kedai kek. Kemudian, dia menuju ke Butik Asiah. " Assalamualaikum! " Raziq memberi salam. " Waalaikumussalam! Eh, abang. Kenapa datang sini? " tanya Shika. " Abang tau, tadi sayang tak sempat nak sarapankan?! Ni, abang ada bawa special untuk isteri kesayangan abang ni. " kata Raziq lalu memberikan kotak yang berisi kek cawan itu kepada Shika. " Terima kasih, abang! " ucap Shika. " Abang nak sambung kerja dulu ya. Bye! " Raziq pun berlalu pergi dari situ.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience