Waktu itu, Aireen sedang mengerjakan pekerjaannya. Tiba - tiba, Yusrina pun datang. " Eh, Cik Yusrina. Nak jumpa Encik Affan ke? Encik Affan.....' percakapan Aireen dipotong. " I tak nak jumpa dia. But, I nak jumpa you. " tegas Yusrina. " Kenapa Cik Yusrina nak jumpa saya? " tanya Aireen. " Kau memang perempuan tak gunakan. " kata Yusrina. Dia sengaja meninggikan suaranya untuk mempermalukan Aireen.
" Kita cakap tempat lain. " kata Aireen. " Eh, perempuan! Kau dah buat apa dengan Affan sampai Affan suka dengan kau hah?! Dasar orang ketiga. Perempuan perampas boyfriend kelas atas. " kata Yusrina. " Cik Yusrina ni kenapa?! Saya tak pernah nak cari gaduh dengan cik. Dan, Encik Affan tak pernah pun nak sukakan saya! Saya cuma anggap dia sebagai majikan saya. Dia pun anggap saya cuma sebagai PA dia je. " tegas Aireen.
" Kau ni memang tak malu kan?! Dah diambil bekerja, nak mengorat boyfriend kita pula. Oh, ataupun jangan - jangan kau ni kena bayar dengan dia supaya tidur satu malam dengan kau. Dasar pelacur! " kata Yusrina. Aireen terkejut dia disebut sebagai ' pelacur '. Dia pun marah lalu menampar Yusrina.
Semua orang disana terkejut. Affan ternampak Yusrina dan Aireen sedang bertikam lidah. Yusrina ingin menampar Aireen. Aireen memegang tangan Yusrina. " Kenapa, nak tampar saya. Saya rasa, Cik Yusrina memang layak ditampar. Sebab apa?! Sebab mulut Cik Yusrina yang kurang ajar! Eh, Cik Yusrina! Saya ni pun, ada maruah dan perasaan! Kalaulah ada orang yang hina Cik Yusrina macam tu, mesti Cik Yusrina marah juga kan?! Ya, saya sedar saya ni perempuan yang tak guna! Saya dah berdosa pada keluarga saya! Saya dah mencoteng arang di muka! Tapi, Cik Yusrina tak ada hak nak hina saya macam tu! " Aireen pun berlalu pergi. Dia keluar lalu menangis.
" Yusrina, kau buat apa kat sini?! Boleh tak kalau tolong jangan ganggu hidup saya! Suka hati akulah aku nak buat apa! Kau sibuk kenapa?! " tengking Affan. Yusrina terkejut. Selama hidupnya, belum ada seorang pun berani menengkingnya. Lebih - lebih lagi Affan. Dia berasa malu lalu keluar.
Aireen masih lagi menangis. Affan pun menghampiri Aireen. " Aireen, dah lah tu. Yusrina tu memang macam tu. Dia tak nak satu perempuan pun dekat dengan saya. " kata Affan. " Mungkin, memang dah patut dia cakap macam tu. Apa yang dia cakap tu ada betulnya juga. " tangis Aireen. " Awak tak payahlah nak pedulikan dia tu. " kata Affan. Affan pun memeluk Aireen dengan erat.
********************
Malam itu, Aireen tidak tidur. Dia masih teringat akan kejadian siang tadi. ' Malunya, aku!!! Tak sangka aku berpelukan dengan Encik Affan. Aku ambil kesempatan ke pada dia siang tadi?! Ah, apalah kau ni Aireen. Kau kena sedar diri. Kau kena ingat kalau dia tu cuma majikan kau. Kau tu cuma PA dia je. Harap, Encik Affan lupa akan kejadian siang tadi. ' bisik hati Aireen.
*********************
Affan sedang menyiapkan tugasannya. Kemudian, dia teringat akan kejadian siang tadi. ' Tak sangka, Aireen memang betul - betul berani tampar Yusrina. Kalau tak silap, dia cakap dia malukan keluarga dia sendiri. Menconteng arang ke muka. Apa, esok aku tanya dia soal semua tu? Aku perlu buat Aireen cintakan aku. Aku yakin, Esha tu anak aku. ' bisik hati Affan.
**********************
Keesokannya, Aireen meminta izin dari Affan untuk ambil cuti satu hari. " Maafkan saya, Encik Affan. Saya nak ambil cuti satu hari je, boleh? Sebab harini anak saya ada buat persembahan kat sekolah dia. Jadi, boleh ke? " tanya Aireen. " Harini saya ada meeting dengan klien ke? " tanya Affan. ' Apalah Encik Affan ni. Kita tanya dia, dia tanya kita balik pula. ' bisik hati Aireen. " Tak ada. " kata Aireen.
" Kalau macam tu, saya nak ikut sekali tengok dia buat persembahan tu. Jomlah naik kereta saya je. " ujar Affan. " O...okey. " kata Aireen. Mereka pun menuju ke sebuah sekolah. Mereka pun masuk ke dalam dewan sekolah. Aireen melihat anaknya ada di pentas. Esha melambaikan tangannya pada Aireen sebaik sahaja melihat kelibat Aireen disitu. Persembahan pun dimulakan.
- Oh, mama! Pengorbananmu sangat tulus untukku. Meski kubawa bintang dan bulan untukmu. Takkan sebanding dengan cinta kasihku. Yang mengandungkan ku sembilan bulan sepuluh hari. Yang merawatku, menjagaku dengan penuh kasih sayang. Membantuku jika dalam kesusahan. Merawatku jika aku sakit. Mama ibarat telaga yang menenangkan, meneduhkan dan tempat pulang bagi anaknya.
Oh, papa! Oh,....papa.
Esha berhenti lalu menangis. Dia mengundurkan diri dari pentas. Aireen yang melihat hal itupun terus mengikuti anaknya. Affan mengikuti Aireen. " Mama, Esha tak bolehlah. Esha tak ada papa. Semua kawan Esha ada papa. Kenapa Esha tak ada papa? Papa benci Esha ke mama? " tanya Esha. " Esha, Esha janganlah cakap macam tu. Kalau Esha nak tahu, papa Esha sayang Esha tau. " kata Aireen sambil menangis. " Mama tipu. Esha tau papa tak sayang Esha. " kata Esha.
Affan sedih melihat Aireen dan Esha. " Esha, boleh tak kalau Uncle Affan jadi papa Esha? Uncle bila - bila masa je boleh jadi papa Esha. " ujar Affan. " Betul ke Uncle Affan? " tanya Esha. " Betul. Takkanlah uncle nak main - main dengan Esha pula. Mulai sekarang, Esha boleh panggil Uncle Affan, papa. " kata Affan. " Baik, papa. " kata Esha. " Esha pergilah sambung persembahan Esha tu. " pinta Aireen. " Baik, mama! " kata Esha teruja. Esha pun kembali ke atas pentas. Aireen dan Affan pula kembali ke tempat duduk mereka masing - masing.
- Oh, papa! Cinta papa menguatkan, ketika aku hampir gagal, ia hadir meyakinkan bahawa kamu boleh menghadapinya. Kerana di setiap keluhan kita, ia hadir meyakinkan bahawa semua akan baik - baik saja. Jujur aku belum pernah mengatakan, " Esha sayang dengan papa dan mama. " I love you papa dan mama. Esha sayang dengan papa dan mama.
Semua penonton pun bertepuk tangan. Ada diantara mereka yang sedih. Esha pun menjadi juara pada hari itu. Mereka bertiga pun menuju ke kereta. Esha tertidur di dalam kereta kerana kepenatan. Affan menghantar Aireen dan Esha pulang ke rumah. " Saya nak ucapkan banyak - banyak terima kasih pada Encik Affan. Sebab, Encik Affan yakinkan Esha. " ucap Aireen.
" Sama - sama, Aireen. Esha memang perlukan kasih sayang seorang ayah. Kalau saya nak tahu, siapa papa Esha? " tanya Affan. Aireen terkejut apabila mendengar soalan yang ditanya oleh Affan. " Oh, papa Esha......papa Esha tu......" Aireen tidak tahu mahu menjawab apa. " Aireen. Soalan senang je pun. Siapa suami awak? Siapa papa Esha? " tanya Affan sekali lagi. " Eh, Esha! Bangun sayang! Kita dah sampai rumah! " Aireen mengejutkan Esha.
Esha pun terbangun. Kereta Affan berada dihadapan pagar rumah Ayuni. Mereka pun segera keluar dari kereta. " Terima kasih Encik Affan. Saya minta diri dulu ya. " kata Aireen. " Eh, Aireen tunggu kejap. " kata Affan. Tapi sayangnya, Aireen sudah pun masuk ke rumah bersama - sama Esha. Soalan yang ditanya Affan tidak terjawab. Affan pun memandu keretanya menuju ke Abu Bakar Holdings. ' Kenapa Encik Affan tiba - tiba tanya soalan macam tu pula?! ' bisik hati Aireen.
*******************
Malam itu, Affan masih tertanya - tanya. Aireen tidak pun menjawab soalannya itu tadi siang. ' Aku rasa, dia sembunyikan sesuatu. Aku yakin Esha tu anak aku. Aku kena siasat hal ni. ' bisik hati Affan.
Share this novel