BAB 27

Romance Completed 55259

Aireen menyimpan makanan yang sudah dimasaknya ke dalam bekal lalu meletakkan bekal itu di dalam beg kertas. Dia dan Ayuni pun menyinggah di Abu Bakar Holdings. Aireen pun memberikan bekal itu pada Affan. " Encik Affan, seperti yang dijanjikan. " kata Aireen. " Awak masak apa ni? " tanya Affan. " Nasi goreng ayam dengan telur dadar. " jawab Aireen kemudian keluar. Dia pun menuju ke kereta. Kereta itu pun dipandu oleh Ayuni. Affan membuka bekal itu lalu mengambil bau makanan itu. Bau nya yang sangat sedap. Dia akan makan bekal itu untuk makan tengahari nanti.
Aireen dan Ayuni pergi ke sebuah butik pengantin. Aireen membantu Ayuni untuk mencari baju pengantin. " Oh ya, apa tema majlis tu? " tanya Aireen. " Oh, aku dan Adi pilih warna baby blue. " jawab Ayuni. " Selamat datang ke butik pakaian pengantin kami! " ucap salah seorang pekerja. Aireen, Ayuni dan Adi pun mencari pakaian pengantin.
" Awak, okey ke pakaian ni? " tanya Ayuni. " Saya tak tahu. Cantik! " kata Adi. " Aku rasa, tak okey! " balas Aireen. " Ayuni mencuba pakaian pengantin lima kali. Untuk kali yang kelima, pakaian pengantin yang dipakai oleh Ayuni membuat Aireen dan Adi terpesona. " Macam mana, okey ke? " tanya Ayuni. " Adi, apa pendapat awak? " tanya Aireen. " Cantik sangat! Sepadan dengan orang dia! " kata Adi. " Saya pun macam tu juga. " kata Aireen. Ayuni mengulir senyuman. Aireen dan Ayuni pun berpelukan kerana gembira! Mereka pun menyewa pakaian pengantin itu.
Aireen, Adi dan Ayuni turut mencari barang - barang keperluan yang berwarna biru seperti pelamin, bunga dan perhiasan. " Dah banyak kita beli ni. Tinggal pelamin je. " kata Ayuni. " Kalau nak pelamin yang cantik kat kedai tu. " kata Adi. Jari telunjuknya menunjuk ke arah sebuah kedai pelamin. " Cantik pelamin, cantiklah harga dia. " kata Aireen.
" Eh, tak apa. Duit saya masih cukup juga untuk sewa pelamin. " kata Adi. Mereka pun masuk kedai itu. Ayuni tertarik dengan sebuah pelamin yang berwarna biru itu. " Cantiknya, pelamin ni! " puji Ayuni. " Ya, memang cantik! " puji Aireen. Mereka bertiga kagum melihat pelamin itu. Adi pun menyewa pelamin itu.
" Oh, ya. Awak ada apa - apa idea ke untuk hias dewan tu nanti? " tanya Ayuni. " Saya nak bawa kawan - kawan saya untuk tolong saya hias dewan tu nanti. " kata Adi. " Saya, nak tolong hias jugalah. Bila? Esok ke? " tanya Aireen. " Ya, esok. " kata Adi.

**********************

Affan mendapat notifikasi mesej dari telefon bimbitnya. Tertera nama Aireen.

***********************

Encik Affan, saya minta maaf ya. Saya nak ambil satu hari cuti lagi boleh? Esok saya nak tolong kawan saya hias dewan. - Aireen

Okey. Kalau macam tu saya pun nak ikut tolong pembantu saya. Tak lama lagi dia nak kahwin. - Affan

Okey juga kalau macam tu. Sebab, dewan tu besar. Perlukan ramai orang untuk hias dewan tu nanti. - Aireen

Awak bagitau Adi, nanti saya akan upah orang. Kita sama - sama akan hias dewan tu esok. - Affan

Baiklah, Encik Affan. - Aireen

**********************

" Good news! Encik Affan cakap, dia akan upah orang untuk tolong kita hias dewan tu esok. Dia pun akan tolong kita hias dewan tu. " kata Aireen. " Wah, baguslah kalau macam tu. " kata Adi. " Mesti Encik Affan suka dengan kau kan. Sebab tulah dia nak ikut tolong juga. " usik Ayuni. ' Apa maksud Ayuni? ' bisik hati Adi. " Tak adalah. Dia tu, ikhlas nak tolong pembantu dia. Kan Adi ni dah banyak berjasa pada Encik Affan. " jelas Aireen.

************************

Keesokan harinya, Affan menjemput Aireen, Kiki, Esha dan Ayuni dari rumah. Adi memandu kereta itu. Sesampai sahaja di dewan, Affan membuat rencana untuk menghias dewan tersebut. Mereka dan pekerja upahan pun mula bekerja. Mereka mengecat dewan serta menghias dewan. Mereka menghias dewan itu dengan mengambil tempoh tiga hari.
Kiki pula bermain dan menjaga Esha. " Yang itu letak kat situ. Yang ni pula alihkan ke hujung sana. " kata Adi. Mereka bekerja dengan bersungguh - sungguh dan tekun.

*************************

Yusrina pergi ke tempat kerja Affan. Dia pun masuk tetapi tidak melihat kelibat Affan. Begitu juga dengan Aireen. ' Mana pula dia ni?! Entah - entah, dia keluar dengan perempuan tak guna tu ke?! ' bisik hati Yusrina. Dia pun bertanya kepada karyawan Affan. " Excuse me! Mana Affan? " tanya Yusrina. " Encik Affan kata dia ambil cuti beberapa hari. " jawab salah seorang pekerja Affan. " Kat mana? " tanya Yusrina.
" Kami semua pun tak tahu. Dia tak beritahu yang dia cuti pergi mana. Yang kami tahu, dia cuti dengan Aireen, PA dia. " jawab pekerja itu. " What a stupid workers! " kata Yusrina. Dia pun keluar dari Abu Bakar Holdings. Dia marah dan sangat benci dengan Aireen.

*************************

Aireen sedang memasang hiasan di dinding dewan itu. Dia menggunakan tangga untuk memasang hiasan itu. " Boleh ke tu? " tanya Affan. " Eh, apa pula tak boleh? Kerja senang je ni. Saya boleh buat. " jawab Aireen. " Betul ke senang? " tanya Affan. " Yap, senang. Cuma lekat je. Takkanlah susah sangat kan. " balas Aireen. Semasa Aireen mahu turun dari tangga itu, tiba - tiba dia tergelincir.
Affan yang berada di situ segera menyambutnya. Aireen ketakutan sehingga memegang Affan dengan erat. " Awak dah selamat. " kata Affan. Aireen masih lagi di gendong Affan. Mata Aireen dan Affan saling menatap antara satu sama lain. Esha menganga mulutnya lalu menutup mulutnya dengan kedua - dua tangannya. Kesemua mereka yang sedang menghias dewan, pekerjaan mereka berhenti.
Mereka melihat Affan dan Aireen. ' O M to the G! Sah diorang ada apa - apa ni kan. ' bisil hati Ayuni. ' Apa jangan - jangan, anak Aireen anak kandung Affan juga ke? ' bisik hati Adi. Mereka masih lagi saling berpandangan. Salah seorang pekerja pun sengaja bercakap supaya mereka berdua tersedar dari lamunan. " Kerja, kerja! " kata pekerja itu. Aireen dan Affan pun tersedar.
Aireen pun segera turun dari tangan Affan. Affan kemudian berpura - pura bekerja. Begitu juga dengan Aireen. " Reen, kau cakap kau tak ada apa - apa dengan Encik Affan. Nyatanya, yang dia sambut kau masa kau nak jatuh dari tangga tadi buktinya. " usik Ayuni. " Memang confirm lah dia sambut aku. Kalau tak, dah lama aku jatuh mati tadi. " balas Aireen.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience