BAB 24

Romance Completed 55259

Aireen bersiap - siap untuk keluar bersama Ayuni. Hari ini, dia akan bertemu dengan tunang Ayuni. " Aireen, kau dah siap ke? " tanya Ayuni. " Dah, jomlah! " jawab Aireen. Ayuni pun memandu keretanya menuju ke sebuah restoran. " Oh ya, kau dah beritahu ke dengan tunang kau jumpa kat mana? " tanya Aireen. " Aku dah beritahu dia sebelum kau. " jawab Ayuni. Mereka pun sampai. Mereka pun memilih tempat duduk.
" Dia belum sampai lagi. Kita pesan minumlah dulu. " kata Aireen. " Okeylah. " balas Ayuni. ' Ish, tadi kata pukul 10.00. Sekarang dah pukul 10.30. ' bisik hati Ayuni. Kelibat Adi masih belum kelihatan. " Sekarang dah pukul 10.30. Mana dia? " tanya Aireen. " Tak tahulah. Tak lama lagi nak pukul 11. Kelibat dia pun belum nampak - nampak lagi. " kata Ayuni. Ayuni ternampak kelibat Adi yang sedang mencari - cari Ayuni. Ayuni pun segera menghampiri Adi.
" Rahadi! Tadi kata pukul 10. Tengok, sekarang dah nak pukul 11. " tegur Ayuni. " Sorrylah, sayang. Saya jumpa kawan sekejap. Borak lepastu baru saya sedar rupanya dah pukul 10. Lepastu, jalan sesak. " jelas Adi. ' Lelaki, kalau dah lambat macam - macam alasan diberi. ' bisik hati Ayuni. " Mana kawan awak tu? " tanya Adi. " Jomlah. " kata Ayuni. Mereka berdua pun menuju ke sebuah meja.
" Aireen, perkenalkan! Ni tunang aku. Nama dia Rahadi. Kau panggil jelah dia Adi. " kata Ayuni. Aireen pun berdiri. Aireen terkejut melihat wajah lelaki itu. Begitu juga dengan Adi. " Tunggu, awak bukan ke PA Encik Affan? " tanya Adi. " Dan kau kan pembantu dia. " kata Aireen. " Ni Aireen BFF saya. Tunggu, korang dah kenal? Baguslah kalau macam tu. " kata Ayuni. " Ya, kami sama - sama bekerja untuk Encik Affan. " kata Adi.
" Duduklah. " kata Aireen. ' Tak sangka betul. Rupanya, Adi ialah tunang Ayuni. Adi juga ialah pembantu Encik Affan. Kebetulan! ' bisik hati Aireen. " Dah lama ke, sayang berkawan dengan Aireen ni? " tanya Adi. " Sayang kawan dengan dia sejak sekolah rendah lagi. " balas Ayuni. " Kebetulan! Kita jumpa. " kata Aireen. " Oh ya, nanti masa perkahwinan kita, saya ajak Aireen. " kata Ayuni. " Okeylah kalau macam tu. Nanti saya pun nak ajak kawan juga. " kata Adi.

********************

Malam itu, Natasha sangat penat bekerja. Dia pun menunggu Khalid untuk menjemputnya dari kerja. Sebuah motor berwarna kelabu pun datang. " Kau memang tak sedar diri kan?! Selama ni aku dah tolong keluarga kau daripada hidup susah. Kenapa ya kau susah sangat nak dengar cakap aku?! " marah Khalid. " Saya,.....minta maaf. Sebenarnya, saya tak ada apa - apa hubungan pun dengan dia. Dia cuma bos saya je. " jawab Natasha ketakutan.
" Sebab dia bos orang kaya kan?! Aku ni pekerja biasa je kan?! Sebab tulah kau berani nak menggatal dengan dia kan?! " kata Khalid. " Saya......saya betul - betul sayangkan awak. Saya tak kisah kalau dia tu orang kaya ke, saya tak kisah. " balas Natasha. Khalid memegang kepala Natasha dengan kasar. Natasha kesakitan. " Eh, perempuan! Kau dengar sini! Selama ni, aku yang bagi kau duit, aku yang bagi kau pakai! Sepatutnya, kau hargai semua tu, faham! " tengking Khalid.
Khalid pun melepaskan tangannya dari kepala Natasha. Natasha kesakitan lalu menangis. Dia merapikan shawl yang dipakainya. Ini bukan sekali Khalid melakukan hal itu padanya, tetapi sudah pun berkali - kali. Natasha tetap bersabar atas kelakuan kasar Khalid. Ini kerana, jikalau bukan kerana Khalid, ibunya pasti akan mati kerana dia tidak ada duit untuk membayar kos rawatan hospital yang sangat mahal.

Dia redha atas semua yang terjadi padanya. Jikalau bukan kerana Khalid, adik - adiknya tidak akan dapat pergi ke sekolah, dia tidak akan ada duit untuk membeli keperluan dan pasti dia akan tinggal di rumah yang buruk dan usang itu untuk selamanya. Khalid pun memberikan topi keledar pada Natasha. Natasha pun mengelap air matanya. Khalid membonceng motosikalnya menuju ke rumah Natasha.

*******************

Affan keluar dari biliknya. " Aireen, tolong buatkan saya teh. Jangan lupa letak madu. " arah Affan. Aireen pun membancuh teh untuk Affan. Tanpa Aireen sedari, Affan diam - diam memerhatikannya. Semasa Aireen hendak menuangkan air panas, jari Aireen terkena air panas itu. " Ouch! " Aireen pun memegang jarinya itu. Affan segera menghampiri Aireen. Dia pun memegang jari Aireen.
Dia membawa Aireen ke sinki lalu mengalirkan air itu pada jari Aireen. Aireen melihat Affan yang sedang merawat jarinya. Dalam diam, dia tersenyum dan mengagumi Affan. ' OM to the G! Dia memang nampak cool! Tak, tak boleh! Kau tak boleh suka dengan majikan kau sendiri. Ingat Aireen, ingat! Kau tu cuma bekerja di bawah dia saja. ' bisik hati Aireen. " Terima kasih, Encik Affan. " ucap Aireen. Affan pun memandang ke arah Aireen lalu mengukir senyuman.

***********************

Adi sedang memandu keretanya. Ayuni pula duduk di sebelahnya. " Sayang, saya nak tanya boleh? " tanya Adi. " Tanyalah apa awak nak tanya. " balas Ayuni. " Mak ayah Aireen tu, dah tak ada ke? " tanya Adi. " Taklah! Masih ada. " jawab Ayuni. " Jadi, suami dia mana? Kenapa dia tinggal rumah sayang? Dia dah bercerai atau suami dia dah meninggal? " tanya Adi.
" Sebenarnya, dia tak kahwin lagi. " kata Ayuni. " Habis, budak perempuan tu siapa pula? " tanya Adi. " Anak kandung dialah. Dia tak kahwin lagi. Dia.....dah kena halau oleh ayah dia. Maklumlah, dia hamil di luar nikah. Sayang kesiankan dia, jadi sayang bawa lah dia tinggal di rumah sayang. Dia pun tak tahu siapa lelaki yang hamilkan dia. Sebabkan, masa tu dia mabuk, tak ingat apa - apa. Tulah pasal. Ayah dia tu Dato' Yusof. Awak tau kan Dato' Yusof, Pemilik syarikat Yusof Holdings tu. " jelas Ayuni. " Ya, saya tahu. " kata Adi.
Adi tidak menyangka, rupanya Aireen merupakan anak Dato' Yusof, usahawan yang terkenal di Malaysia. Orangnya yang kaya raya. Dia juga turut tidak menyangka bahawa gadis yang cantik dan ayu itu mempunyai masa silam yang kelam. ' Kena beritahu bos ni. ' bisik hati Adi. Dia pun menghantar Ayuni ke tempat kerja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience