' Allahuakbar, Astaghfirullahalazim! Ya Allah, aku dah bohong pada sahabat aku sendiri. Tapi, ni kan cuma untuk kebaikan dia. Tak apa - apa kot kalau menipu dengan sahabat sendiri demi kebaikan dia. Kadang - kadang kan, menipu untuk kebaikan, bukan untuk keburukan. ' bisik hati Ariana. Ariana melihat Natasha sedang menunggu kedatangan Khalid untuk menjemputnya pulang dari kerja.
Khalid pun sampai. Kemudian, dia terus turun dari motorsikalnya lalu menampar Natasha. Ariana yang melihat kejadian itu lantas memanggil abangnya. " Abang! Sini kejap! " panggil Ariana. Aqil pun segera meluru ke arah Ariana. " Apa di....." belum sempat Aqil bercakap, Ariana segera menekup mulut abangnya itu. Jari telunjuknya di dekatkan di bibirnya. " Tengok tu. " Ariana menelunjukkan jarinya ke arah Natasha dan Khalid.
" Apa hal diorang tu? " tanya Aqil. " Abang tengoklah betul - betul. " jawab Ariana. Aqil geram apabila melihat Khalid melayan Natasha dengan kasar. Dia tidak tahan lagi melihat Natasha terus mengalirkan air mata. ' Lelaki tak guna! Dia ingat, dia tu siapa pukul Natasha ikut suka hati dia je! ' bisik hati Aqil. Aqil pun segera meluru ke arah Khalid. " Eh, perempuan! Kau ingat aku main - main dengan kau ke, hah?! Jangan sampai aku..... " belum habis Khalid bercakap, Aqil terus menendang Khalid dari arah belakang.
Aqil terus menendang dan menumbuk Khalid dengan sekuat hatinya. Ariana terus menenangkan Natasha. Natasha hanya mampu menangis. " Eh, ni last aku nak cakap dengan kau! Mulai malam ni, dan sampai bila - bila, aku tak nak tengok muka kau dan jangan pernah dekati Natasha lagi, faham! Kalau kau berdegil juga, aku takkan teragak - agak untuk report polis! " tengking Aqil. Khalid pun segera menuju ke motosikalnya lalu membonceng motosikalnya dengan laju. Badannya masih terasa sakit akibat dipukul Aqil tadi. ' Takpe, takpe. Aku akan balas balik. Tunggulah nanti. ' bisik hati Khalid.
" Awak tak apa - apa ke? " tanya Aqil. " Kenapa bos masuk campur urusan saya?! Kalau bos nak tahu, Khalid takkan berdiam diri je tau. Saya rasa keluarga saya sekarang ni dalam bahaya! " jawab Natasha. Dia sangat bimbang dengan keselamatan ibunya dan adik - adiknya. " Kalau macam tu, awak ikut saya sekarang! Awak bawa saya ke rumah awak. ujar Aqil. " Untuk keselamatan keluarga kau, Tasha. " pujuk Ariana.
Mereka bersama - sama menuju ke kereta Aqil. Aqil pun terus memandu keretanya. Natasha mengesat air matanya. Dia sangat berharap agar keluarganya selamat. Dia tidak menyangka semua ini akan berlaku. Natasha membuka aplikasi ' Maps ' di telefon bimbitnya lalu memberikannya pada Ariana. Ariana melihat skrin telefon itu yang terpapar aplikasi ' Maps '. " Abang, nanti kat depan tu belok kanan je. " arah Ariana.
" Lurus je. Nanti belok kiri. Lepas tu belok kiri lagi. " arah Ariana. Akhirnya, mereka pun sampai di rumah Natasha. Kelibat Khalid masih tidak kelihatan disitu. Natasha terus mengetuk pintu rumah itu dengan kuat sekali. Fieya pun membuka pintu. Sebaik sahaja pintu dibuka, Natasha terus memeluk Fieya dengan erat. " Kenapa ni, kak? " tanya Fieya. " Korang semua selamat kan? Syukurlah, Alhamdulillah! " ucap Natasha dalam tangisnya.
" Ibu, mana ibu? " tanya Natasha. " Oh, ibu tengah susun barangan dapur. " jawab Fikri. Natasha terus menuju ke dapur. " Ibu! Ibu okey je kan?! Kita mesti keluar dari rumah ni. Malam ni juga. " tegur Natasha. " Kenapa ni, Tasha? Mimpi apa sampai nak keluar dari rumah ni? Ataupun, jangan - jangan pasal Khalid lagi ke ni, hah? " tanya Puan Teja. " Memang pasal dialah. Sekarang, kemas semua barang, malam ni juga kita pergi. " jawab Natasha.
" Kalau kita keluar malam ni, kita nak tidur kat mana? " tanya Puan Teja. " Untuk malam ni, kita akan tidur kat hotel. " jawab Natasha. " Hmm, kalau kamu dah cakap macam tu, ibu tak boleh nak tolak lagi. " kata Puan Teja lalu menuju ke tingkat atas. Natasha pun segera menuju ke ruang tamu. Kelihatan Aqil sedang bermain ' Uno ' bersama Fieya dan Fikri.
" Fieya, Fikri. Pergi naik atas sekarang, kemas barang. Kita akan keluar dari rumah ni hari ni juga. " arah Natasha. " Alaa, keluar dari rumah ni! Kita nak pergi mana? " tanya Fikri. " Kita pindah rumah malam ni. Untuk malam ni, kita tinggal kat hotel dulu. " jawab Natasha. " Kenapa nak tinggal kat hotel pula?! Ni kan rumah kita. " kata Fieya. " Ni bukan rumah kita. Kita takkan tinggal lagi kat sini sampai bila - bila. " jawab Natasha. " Tapi, kenapa kak?! " tanya Fikri dan Fieya.
" Akak buat semua ni sebab kakak sayangkan korang, tau tak. Dah, pergi atas sekarang. " arah Natasha. Fieya dan Fikri pun pergi ke atas. Mereka sudah menganggap rumah teres dua tingkat itu seperti rumah mereka sendiri. " Saya minta maaf, ya bos. Diorang memang dah biasa tinggal kat sini. Lagipun, dah tiga tahun kitorang tinggal kat sini. Saya minta izin nak ke atas nak kemas barang. " pinta Natasha.
Beberapa minit kemudian, empat beranak itupun turun. " Jomlah, bos. Bos hantar jelah saya kat hotel bajet mana - mana. " pinta Natasha. " Okey. Jomlah. " kata Aqil. " Wah, besarnya kereta ni! " puji Fieya. " Cantik pula tu! " kata Fikri. Aqil pun memandu keretanya menuju ke rumah. " Turunlah. " ajak Ariana. " Saya nak bos hantar saya....." percakapan Natasha dipotong Aqil. " Saya rasa lebih selamat kalau awak tinggal kat rumah saya dulu. " kata Aqil.
" Eh, mana boleh, bos! Batas. " kata Natasha. " Apa batas pula ni? " tanya Aqil. " Maksud saya, saya ni kan perempuan dan bos ni pula lelaki. " jawab Natasha. " Awak tak payahlah nak risau sangat. Kita bukannya tidur sebilik pun. Lagipun, ada mama papa saya nanti saya perkenalkan pada awak. Ada adik saya, Ariana. Awak dah kenal pun kan. " jelas Aqil. " Ana ni,....adik bos? " tanya Natasha. " Emmm, yalah. " jawab Aqil selamba. Ariana terus masuk ke dalam rumah. ' Ish semua ni salah abanglah! Mesti nanti dia salah faham kat aku pula! ' bisik Ariana.
Share this novel