Aireen mengambil cuti satu hari untuk bertemu dengan ibunya yang sudah lama dia tidak bertemu dengannya. Dia juga turut tidak menyekolahkan Esha untuk satu hari saja. Dia juga ingin membawa Esha berjumpa dengan ibunya yang digelar nenek. " Mama, kenapa Esha tak sekolah harini? Esha cuti ke? " tanya Esha. " Mama nak bawa Esha jumpa nenek. Yalah, lagipun dari dulu Esha nak sangat kan jumpa dengan nenek. " jawab Aireen. " Betul ke ni, mama?! Yay! Yay, yay dapat jumpa nenek! Yay, yay dapat jumpa nenek! " Esha bersorak dengan gembira.
Selama ini, dia teringin sangat hendak bertemu dengan datuk dan neneknya. Dia juga sering bertanya kenapa dia tidak pernah jumpa datuk dan neneknya. Aireen dan Esha pun menunggu kedatangan Ariana diluar pagar. Kereta Ariana pun sampai. Aireen dan Esha pun segera masuk. " Wah, kakak tak sangka rupanya Ana dah ada kereta sendiri rupanya. " kata Aireen. " Dah lama dah kak. " jawab Ariana. " Esha tak sabar betul nak jumpa nenek Esha! " kata Esha.
" Ye ke ni?! Kalau macam tu, sekarang juga kita pergi! " kata Ariana. Ariana pun memandu keretanya menuju ke Butik Asiah. Mereka pun sampai. " Kak, kakak mesti pakai ni. Nanti kalau dah masuk bilik, kakak bukalah. " Ariana memberikan kaca mata hitam itu ke Aireen. " Hmm, yalah. " kata Aireen. Aireen dan Esha pun masuk ke Butik Asiah. Sudah lama dia tidak menjejakkan kaki di butik itu.
Aireen ternampak Shika disitu. ' Tukan....isteri Encik Raziq. Oh, jadi dia kerja kat sini rupanya. ' bisik hati Aireen. Shika segera menghampiri Aireen. " Selamat datang, cik! Ada apa - apa yang boleh saya bantu? " tanya Shika. Dia tidak tahu kalau wanita yang berkaca mata hitam itu ialah Aireen. ' Dia tak kenal aku agaknya. ' bisik hati Aireen. " Saya nak jumpa dengan pemilik butik ni. Ada tak dia? " tanya Aireen.
" Dia ada dalam bilik. Boleh saya tahu kenapa cik nak jumpa dia? " tanya Shika. " Oh, saya nak minta kerja dari dia. " jawab Aireen. " Baiklah. Silakan ya, cik. " kata Shika. " Datin, ada orang nak minta kerja. " kata Shika. Aireen pun masuk. Shika meninggalkan mereka berdua di dalam bilik itu. " Anak awak ke? " tanya Datin Rossa. " Dia cucu mama. " jawab Aireen lalu membuka kaca mata hitamnya.
Datin Rossa terkejut melihat wajah itu. Dia segera berdiri lalu memegang wajah Aireen. Wajah yang sangat dia rindukan. " Kamu ni, Aireen ke? " tanya Datin Rossa. " Ya, mama. Saya Aireen....anak mama! " jawab Aireen. " Oh, Aireen! Anak mama! " Datin Rossa segera memeluk Aireen. Tujuh tahun berlalu. Aireen berasa sejuk sebaik sahaja dia dipeluk oleh Datin Rossa. Sudah lama dia tidak merasakn pelukan itu. Pelukan yang hangat diberikan untuk Aireen.
Datin Rossa sangat gembira lalu mengalirkan air mata. Begitu juga dengan Aireen. Sudah lama mereka terpisah dan tidak bertemu. Datin Rossa mengucapkan rasa syukur akhirnya dia dapat bertemu kembali dengan anak sulungnya yang paling dia sayang. Aireen ialah segala - galanya baginya. Hatinya yang dulu dilamun kesepian, kini tidak lagi setelah dia bertemu dan melihat wajah Aireen. Betapa besarnya rindunya pada Aireen.
" Mama, nilah anak Aireen. Cucu mama. " kata Aireen. " Hai, nenek, nama saya Esha. Kenapa mama dan nenek nangis? " tanya Esha. Aireen dan Datin Rossa hanya mengukir senyuman. " Ni cucu nenek, ya. " kata Datin Rossa sambil mencubit pipi Esha. " Nenek, kenapa Esha tak pernah jumpa nenek? " tanya Esha. " Nenek sibuk. " jawab Datin Rossa. " Bestnya, harini! Akhirnya, Esha dapat juga jumpa dengan nenek! Nanti Esha nak jumpa atuk pula. Mana atuk? " tanya Esha.
Air muka Datin Rossa pun mulai berubah sebaik sahaja satu soalan keluar dari mulut Esha. Dia tahu bahawa jikalau Aireen sudah tidak diterima di rumah itu, Esha pun turut dibenci. Di merasakan bahawa lebih baik dia merahsiakan hal ini dari suaminya. Aireen teringin memperkenalkan Esha pada ayahnya. Tetapi, dia tahu ayahnya pasti membenci Esha kerana Esha anak diluar nikah. ' Maafkan mama, Esha. ' bisik hati Aireen.
' Kesian, Esha. Kalau dia jumpa dengan atuk dia, pasti dia akan dihalau. ' bisik hati Datin Rossa. Datin Rossa pun memanggil Shika. " Shika, kesini sekejap. " panggil Datin Rossa. " Ya, ada apa datin? Eh, awak kan Aireen. Girlfriend Affan kan?! " kata Shika sebaik sahaja dia melihat Aireen disitu. ' Ish, rupanya Encik Affan beritahu kalau aku ni girlfriend dia?! Dia dah gila apa ke ya?! ' bisik hati Aireen.
" Salahlah. Saya bukan girlfriend dia. Saya cuma personal assistant dia je. Dah salah orang kot. Sebab, girlfriend dia tu Yusrina. Bukan saya. " jawab Aireen. " Kalau tak silap saya, masa tu kawan Affan kahwin, dia kata awak Aireen girlfriend dia. Cumanya, awak malu sangat nak mengaku. " jelas Shika. ' Encik Affan ni. Semalam dah pecahkan pasu kesayangannya aku. Lepastu, dia mengaku pula aku girlfriend dia. Tak malu. ' bisik hati Aireen.
" Shika, tolong bawa Esha keluar dulu. Mainlah duli dengan dia ke. Saya nak cakap sikit dengan anak saya. " pinta Datin Rossa. " Tunggu dulu, jadi.....awak anak datin?! Maaf, saya tak tahu pun. " kata Shika. " Eh, tak apalah. " balas Aireen. " Tapi, macam mana awak boleh jadi personal asistant Encik Affan? Encik Affan tak tau ke soal ni? " tanya Shika. " Nanti saya ceritakan semuanya pada awak ya. " jawab Aireen. " Saya bawa Esha keluar dulu ya. " Shika pun memegang lembut tangan Esha. Dia tidak menyangka rupanya selama ini Aireen ialah anak dato dan datin.
Share this novel