Jam menandakan pukul 10.15 malam. Aireen pulang dengan menumpang kereta Ayuni. Dia pun melangkah masuk ke dalam rumahnya. Kelihatan ibu bapanya yang berada di ruang tamu berdekatan dengan pintu. " Tadi Aireen kata pukul 10.00 nak balik. Sekarang dah pukul 10.15. " tegur Datin Rossa. " Oh, jalan raya sesak tadi. Aireen nak ke atas dulu ye. " Aireen pun melangkahkan kakinya ke anak tangga. Dia terus menuju ke biliknya lalu mandi. Kemudian, dia menyiapkan tugasannnya.
Kedengaran bunyi ketukan pintu. Dia pun membuka pintu biliknya. " Hai, kak. Sorry sebab ganggu kakak. Kakak ada nampak tak powerbank saya yang warna hitam tu? " tanya Ariana. " Manalah kakak tau. Kenapa? Hilang? Manalah tau Ana terletak kat mana - mana ke. " jawab Aireen. " Oh, ye ke?! Ana pun lupa mana Ana letak. Tadi, Ana cuma letak kat bilik je. Boleh tak kalau kakak tolong Ana cari? " tanya Ana sambil membuat muka comel agar Aireen mahu membantunya. " Okeylah! Jom. " Aireen dan Ariana mencari powerbank tersebut di setiap sudut.
Akhirnya, Aireen menjumpainya di bawah katil. " Ana, ni kakak dah jumpa. Lain kali, jangan letak barang tu sembarangan. " nasihat Aireen. " Baik, kak. Terima kasih, kak! Sayang kakak! " kata Ariana dengan gembira. " Kakak pun sayangkan Ana! " balas Aireen lalu menuju ke biliknya semula.
****************
Bunyi deruman enjin motor yang ditunggang oleh Affan, Raziq dan Nifail kedengaran. Mereka menuju ke sebuah kelab malam di Bukit Bintang. " Fuiyoo! Jom kita enjoy! " jerit Raziq lalu memesan minuman keras. Hidup mereka bertiga penuh dengan kegelapan. Mereka tidak mengendahkan semuanya. Mereka cuma ingat bahawa dunia ialah tempat untuk mereka berseronok.
****************
Keesokannya, Aireen seperti biasa keluar untuk menuju ke kampus. Dia memandu keretanya. Sampai sahaja dia kampus, dia kemudian menemui Ayuni. " Hai, Yuni. " sapa Aireen. Oh, hai! " balas Ayuni. " Oh ya, malam ni aku betul - betul dah tak sabar tau! So, malam ni merupakan malam pertama aku pergi night club! " kata Aireen dengan gembira. " Betul ke kau nak ke sana ni hah? Aku takut kalau kalau terjadi sesuatu dengan kau. Lagipun, kau tu kan perempuan. Lagipun, semua lelaki yang pergi sana mereka tu cuci mata tengok perempuan yang entah apalah. " kata Ayuni. Dia merisaukan jika sesuatu berlaku pada sahabat baiknya.
" Alaa, kau tak payahlah nak risau. Aku okey je. Tapi, kau kena janji dengan aku, tolong rahsiakan hal ni, terutamanya ayah aku. " balas Aireen. Dia tidak peduli dengan nasihat yang diberikan oleh Ayuni bahawa nasihat itu merupakan amaran untuknya. " Yelah. " kata Ayuni. Dia mengeluh.
*****************
Malam pun tiba. Tepat pukul 12.00 tengah malam, Aireen pun menuju ke sebuah kelab malam di Bukit Bintang. Dengan perasaan teruja, dia pun masuk lalu memesan minuman keras. Dia minum banyak sehingga tidak sedarkan diri. " Wah, tak sangka seronok betul kat sini." kata Aireen tidak sedarkan diri. Tiba - tiba, seorang lelaki mendekatinya. " Hai, cantik. " tegur lelaki itu. " Mmm. Awak siapa? " tanya Aireen. " Yang itu, awak tak perlu tau. Jomlah ikut saya. " ajak lelaki itu.
Aireen yang ketika itu dalam keadaan mabuk pun menerima ajakan lelaki tersebut. Lelaki tersebut membawanya ke sebuah hotel. Disitulah bermulanya mimpi ngeri Aireen.
***************
Aireen terjaga dari tidurnya. Dia lupa dengan apa yang terjadi padanya semalam, kerana dia mengalami mabuk yang teruk. Dia juga tidak tahu dia berada dimana sekarang.
" Kau dah bangun? Kau okey ke ni? Semalam aku nampak kau terbaring kat tepi jalan. Aku pun bawa kau baliklah. " Ayuni risau dengan keadaan Aireen yang tidak terurus. " Aku okey. Cuma pening sikit je. " jawab Aireen dalam keadaan lemah. " Kau minum banyak ke semalam?! Eh, aku risaukan kau tau! " kata Ayuni. " Alaa, aku okey je. " balas Aireen.
Aireen mendapati bahawa lengan bajunya di bahagian bahu koyak. Aireen cuba mengingati apa yang telah berlaku padanya semalam, tapi gagal kerana dia terlalu mabuk ketika itu. " Oh ya, boleh tak kalau aku pinjam jaket kau? " tanya Aireen. " Nak buat apa? Kenapa lengan baju kau koyak? Betul ke ni kau okey? Nah, nanti esok baru kau bagi balik. " Ayuni meminjamkan jaketnya yang berwarna hijau pada Aireen.
Ayuni menghantar Aireen pulang ke rumahnya. " Kamu pergi mana semalam? " Aireen yang ketika itu hendak pergi ke biliknya terus ditegur oleh ayahnya. " Oh, semalam saya menginap di rumah Ayuni sebab profesor suruh kitorang buat kerja partner. Jadi, saya dan Ayuni satu partner. Sorry ya, sebab dah buat mama dan papa risau. Saya lupa nak bagitau papa dengan mama semalam. " Aireen membohongi keluarganya. " Tak apa. Tapi lain kali, jangan lupa lagitau. Papa risau dengan keadaan anak sulung papa. Dari semalam papa tunggu kamu tak balik-balik juga. " balas Dato' Yusof.
" Saya nak ke atas dulu ya. Nanti lambat pula sampai kampus. " Aireen meminta izin untuk ke biliknya. " Fuh, selamat. Nasib baik. " Aireen kemudiannya mandi. Dia pun menyarungkan pakaiannnya. Kemudian, dia turun untuk bersarapan. " Eh, bila kakak balik? " tanya Aqil, adik Aireen. " Oh, tadi pukul 6.45. " jawab Aireen. Selepas itu, Aireen memandu keretanya menuju ke kampus.
Share this novel