BAB 55

Romance Completed 55259

Nifail keluar dari sebuah kedai kopi. Dia keluar dengan dua gelas kopi. Satu untuknya dan satu untuk Affan. Tiba - tiba, datang Yusrina yang dari kanan secara tidak sengaja melanggar Nifail. " Eh, I'm so sorry! " ucap Yusrina. " Ouh, its okay. " balas Nifail. Yusrina pun melihat ke arah Nifail. " Oh, you. You buta ke apa langgar I je sesuka hati you?! Dah lah I nak cepat! Tepilah! " herdik Yusrina. " Eh, tadi dia dah kata sorry. Bukan dia ke yang langgar aku tadi? " kata Nifail sendirian.

Dia pun meneruskan tujuannya bertemu dengan Affan. Dia pun masuk. " Fan, ni aku ada beli kopi. Aku belanja kau harini. " kata Nifail. " Oh, thanks! Kau kenapa? " tanya Affan. " Apa lagi? Yusrina lah. Tadi, dia langgar aku. Dia dah kata sorry. Tapi, sekali dia tengok muka aku, terus dia herdik aku. Pelik betul lah dia tu. Kalau macam nilah, susah sangat aku nak buat dia jadi bini. " ujar Nifail.

" Jadi, kau dah move on ke dari dia? " tanya Affan. " Terpaksalah! Memang dia takkan pernah nakkan aku pun. Tak apalah! Banyak lagi perempuan dalam dunia ni. " jawab Nifail. " Syabas, bro! Kalau kau bergantung je dengan dia terus, susah pula jadinya kan. Jadi, apa tipe kau? " tanya Affan. " Manalah aku tahu. Tengoklah nanti. Mana yang dekat dengan aku kot. " kata Nifail.

" Wei, lebih baik kau yang dekat dengan diorang ke? Yang kau suka lah. Tapi, tu pun terpulang pada kau. " kata Affan. " Hmm, yalah. Aku keluar dulu ya. Kopi tu, sebagai tanda sahabat tau aku belanja kau. " kata Nifail. " Oh, thanks lagi sekali ya! " ucap Affan. Nifail pun keluar dari bilik. Kemudian, Yusrina pula yang masuk ke dalam bilik Affan. Dia tidak menghiraukan pun Aireen disitu. " Hai, Affan! " sapa Yusrina.

" Apa kau buat kat sini? " tanya Affan. " Semalam, I tal boleh nak cakap benda ni dengan you. Sebab ada gangguan yang datang dari mana entah! Tapi harini, I nak cakap benda ni pada you. " jelas Yusrina. " Aku tak nak dengar apa - apa. Baik kau baliklah sebelum aku panggil security. " kata Affan. " Dengarlah dulu apa yang nak I cakapkan ni. " pujuk Yusrina. " Yalah, yalah! Apa dia? " tanya Affan.

" Kenapa you nak kan Aireen sangat? You tau tak kalau dia tu, perempuan yang dah hilang maruah dia sebagai perempuan. " jelas Yusrina. " Oh, so kau datang harini sebab cuma nak cakap benda ni je ke? Aku dah lama tahu. Kau nak tahu tak kenapa aku masih nak kan dia walaupun aku dah tahu dia tu perempuan yang macam mana? Sebab, dia tetap masih lagi perempuan yang bersikap baik. Berbanding dengan kau, perempuan yang keji dan penuh dengan cemburu. Kau paksa aku supaya aku suka dengan kau. Tapi, semua tu takkan pernah terjadi. " kata Affan. Yusrina terdiam.

*************************

Fikri dan Fieya sedang duduk di ruang tamu sambil melakukan tugas sekolah mereka yang diberikan oleh guru. Cuti sekolah mereka gunakan masanya dengan baik dengan perkara - perkara yang berfaedah. Kemudian datang Teja, ibu mereka. Dia menghidangkan karipap kepada anak - anaknya. " Tengah buat kerja sekolah ke anak - anak ibu ni? " tanya Teja. " Ya, lagipun tak ada buat apa - apa juga. Jadi, masa nilah sesuai nak buat tugasan sekolah. " jawab Fieya.

" Ibu, Fikri nak tanya sikit boleh tak, bu? " tanya Fikri. " Tanyalah. Apa yang Fikri nak tanyakan tu? Soal apa? " soal Teja. " Ibu masih lagi tak simpan cincin peninggalan arwah ayah? " tanya Fikri. " Masih. Kenapa? " soal Teja. " Sebab kan, Fikri nampak dengan mata Fikri sendiri, cincin peninggalan ayah, rupanya serupa sangat dengan cincin Uncle Yusof. " jelas Fikri.

" Fikri, panggil dia dato lah. " kata Fieya. " Ye ke? Biasalah tu. Mungkin dia beli tempat yang sama. " kata Teja. " Oh, ye ke? Tapi, ibu tak pernah tak terfikir nak cari tahu tentang keluarga arwah ayah? Mustahil juga kan kalau ayah tak ada keluarga lagi. " ujar Fikri. " Ibu memang nak tahu juga. Tapi, ibu tak tahu nak cari tahu macam mana. Ibu ni pun dah tua. Dah separuh umur pun. " kata Teja.

" Fieya pun, teringin sangat juga nak tahu. Tapi, tulah. Fieya ni pula masih muda. Kalau boleh, kalaulah Fieya lahir awal, dah besar macam Kak Tasha, Fieya teringin sangat nak tahu, nak upah orang, cari tahu siapa keluarga ayah dan kenapa ayah sembunyikan pasal keluarga dia daripada kita semua. " ujar Fieya. " Amboi, amboi, amboi! Banyak duit. Dari mana pula Fieya nak dapat duit upah orang? " tanya Fikri.

" Kan kalau kerja dapat duit. Sebab tulah kalau Fieya ni, nak belajar bersungguh - sungguh supaya dapat sara keluarga kita. Kita tak boleh juga berharap sangat dengan Kak Tasha. Kesian dia. Mana tentang Abang Khalid lagi. Dia selalu sakiti kakak. Benci betul dengan Abang Khalid tu. " luah Fieya. " Fieya, kita tak boleh cakap macam tu. Sejauh mana pun kita benci dia, kita sepatutnya mendoakan dia supaya berubah dan menjauhi perkara yang dilarang Allah. Macam mana benci kita dengan orang tu sekali pun, kita doakan yang terbaik untuk dia. " nasihat Teja.

" Baik, ibu. Tapi, Fieya geram sangatlah dengan tindakan Abang Khalid. " kata Fieya. " Geram macam mana sekalipun kita dengan dia, nanti di masa lain, dia akan jadi yang lebih baik daripada kita tau! " ujar Teja. " Fikri pun geram juga dengan Abang Khalid. Tapi kalau ibu dah cakap macam tu, kitorang akan dengar nasihat ibu tu. Mungkin, Abang Khalid ada masalah ke? Sampaikan dia tak sengaja nak pukul Kak Tasha pun. " kata Fikri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience