BAB 26

Romance Completed 55259

Aireen dan Ayuni sedang duduk di sofa sambil menonton televisyen. Mereka turut minum dan makan biskut. " Weh, sedih gila aku tengok drama ni. " kata Ayuni. " Tapi, endingnya diorang kahwin juga kan. " balas Aireen. " Cakap pasal kahwin ni, tak lama lagi, majlis perkahwinan aku akan berlangsung! " kata Ayuni. Ayuni dan Aireen berpelukan. " Congrats! " ucap Aireen. " Belum lagilah. Tapi, boleh tak kau tolong aku cari baju pengantin yang sesuai dengan aku? " tanya Ayuni.
" Alaa, mestilah boleh. Everything for my bestie! Tapi, nanti aku cuba minta izin dari Encik Affan dulu ya. Yalah, ambil cuti sehari ke hanya untuk cari keperluan kau. Itu saja. Lusa ya kita cari barang-barang keperluan kau tu. " kata Aireen. " Ouh, okey! Tak sabarnya aku! " kata Ayuni.

*******************

Aqil termenung di gazebo yang berwarna perang itu. Dia tidak menyangka bahawa Natasha sudah pun berpunya. ' Apa juga yang dia suka sangat dengan lelaki tu? Aku tengok, biasa je. ' bisik hati Aqil. " Abang Aqil! " tegur Ariana. Aqil tidak menjawab. Dia hanya termenung. " Abang Aqil, Abang Aqil kenapa ni? " tanya Ariana. " Hati abang sakit sangat, rupanya dia sudah pun berpunya. " kata Aqil.
Ariana hairan. ' Abang ni dah kenapa, tiber?! Putus cinta. ' bisik hati Ariana. Ariana ketawa mendengar kata - kata abangnya. " Abang, abang. Apalah abang ni. Kenapa, putus cinta atau cinta tak diterima? " tanya Ariana. " Ana janganlah ketawa. Abang tengah sedih sekarang ni. Abang minat dengan seorang perempuan ni. Tapi rupanya, sudah pun berpunya. " jawab Aqil.
Datin Rossa melihat Aqil dan Ariana di gazebo itu. Dia pun segera menghampiri kedua - dua anaknya itu. " Aqil, Ariana! Ada apa ni? " tegur Datin Rossa. " Abang Aqil minat dengan seorang perempuan ni, cinta dia kena tolak sebab perempuan tu dah berpunya. " jawab Ariana sambil ketawa. " Aqil, Aqil. Memang sah lah dia tolak cinta Aqil mentah - mentah. Dia dah ada orang lain. Banyak lagi perempuan dalam dunia ni. " ujar Datin Rossa.
" Mama cakap memang senang nak terima. Sebab mama tak ada kat tempat Aqil. " kata Aqil. " Kalau Aqil nak tahu, sebenarnya mama minat dengan papa. Tapi, papa tolak cinta mama. Akhirnya, papa cari mama dan kami pun berkahwin. " jelas Datin Rossa. " Maksud mama, suatu hari nanti, Natasha akan terima Aqil juga ke? " tanya Aqil.
" Mama pun tak tahu. Kadangkala, hubungan mereka akan berterusan sehingga akhir hayat, kadangkala, hubungan mereka akan berakhir begitu saja. Cinta tu ibarat angin, tak boleh dilihat tapi boleh dirasakan. Berkemungkinan, mama pasti perempuan tu minat kat Aqil. Dalam hati dia minat, cuma mulut ni je berat untuk mengucapkannya. Nanti, kamu siasat lah soal perempuan tu ke. Tapi, kalau memang ditakdirkan juga dia dengan lelaki tu, tabah jelah. " nasihat Datin Rossa.
" Terima kasih, mama atas nasihat yang diberikan. Mungkin, ada baiknya Aqil tak payahlah nak sibuk untuk menyatakan perasaan Aqil pada dia. Lagipun, Aqil tak nak jadi orang ketiga antara hubungan dia dengan boyfriend dia. " balas Aqil. Aqil berasa sangat lega.

***********************

Keesokan harinya, Aireen bertemu dengan Affan. " Encik Affan saya nak minta izin untuk ambil cuti esok. Satu hari je. Sebab, tak lama lagi kawan saya dah nak kahwin dah. Kalau Encik Affan tak teragak - agak nak potong gaji saya pun tak kisah. Yang penting saya dapat bantu kawan saya cari barang - barang keperluan dia. " kata Aireen.
Affan masih memikirkan sama ada memberikan Aireen curi ataupun tidak. " Saya, bukan tak nak bagi awak cuti. Saya......." percakapan Affan dipotong. " Encik Affan yang baik hati, berbudi bahasa dan yang kaya raya! Tolonglah! " rayu Aireen. Affan ketawa kecil. " Boleh tapi awak kena buat apa yang saya suruh. " ujar Affan. " Apa dia? " tanya Aireen. " Saya nak awak masakkan saya apa - apa makanan untuk saya. " arah Affan.
" Bila saya nak mula? " tanya Aireen. " Esok, awak masak, bawa makanan tu dari rumah. Sebelum awak jalan dengan kawan awak, awak kena hantar dulu makanan tu pada saya. ' kata Affan. " Baik, Encik Affan. " jawab Aireen. Aireen pun keluar lalu menuju ke meja kerjanya. Dia pun menghantar mesej pada Ayuni.

************************

Ayuni, Encik Affan dah izinkan aku untuk cuti esok. - Aireen

Betul ke ni? - Ayuni

Betullah. Tapi dengan syarat aku mesti masakkan makanan untuk dia. - Aireen

Wow, bukan main lagi bos kau suruh kau masak ya. - Ayuni

Alaa, aku okey je. Aku sanggup buat apa - apa je untuk kau. Kecuali, maruah takkan sesekali lah. - Aireen

Aku dah tak sabar - sabar untuk esok. Tunang aku pun macam biasalah, ikut sekali. Tapi, dia akan cari perhiasan, bunga apa semua tu. - Ayuni

Oh, okey. - Aireen

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience