" Semua sekali RM20.75. " kata Natasha kepada pelanggan itu. Pelanggan itu pun mengeluarkan duit kertas RM20 berserta dengan duit syiling 75sen. Pelanggan itu memberikan duit itu kepada Natasha. " Terima kasih, encik! Sila datang lagi! " kata Natasha lalu tersenyum kepada pelanggan lelaki itu. " Amboi, bukan main lagi ya, awak senyum dengan dia. Dengan saya tak ke? " perli Aqil. " Eh, bos! Biasalah. Dengan pelanggan, kita mestilah senyum, baik - baik. Hah, barulah pelanggan sentiasa jadikan tempat ni nombor satu. Dengan makanan kat sini lagi sedap. Layanan pun bagus. " ujar Natasha panjang lebar.
" Hmm, yelah tu! Oh ya, ada tak Khalid Whatsapp awak, maksud saya dia ugut awak ke, apa ke? " tanya Aqil. " Tak adalah bos. Dia dah tak ganggu saya pun. Saya ucapkan banyak - banyak terima kasih sebab bos dah tolong saya haritu. " kata Natasha. " Terima kasih awak ni memang tak habis - habis kan?! Sama - sama, Tasha. " balas Aqil. " Bos, saya nak tanya sikit boleh? " tanya Natasha. " Tak boleh. Bolehlah. Apa dia? " balas Aqil. " Bos ada adik - beradik lain lagi ke? Sebab, saya ada nampak gambar perempuan lain kat frame yang terlekat pada dinding. Siapa perempuan tu? " tanya Natasha.
" Shh, perempuan tu ke? " soal Aqil. Natasha mengangguk dengan laju. " Kenapa, siapa dia tu? " tanya Natasha. " Dia tu, hantu! Ha ha ha! Tak lah. Dia tu kakak saya. " jawab Aqil. " Ish, bos ni! Betul - betullah! Saya tak main - mainlah. " kata Natasha. " Eh, memang betullah. Dia tu kakak saya. Kakak kandung saya. " jelas Aqil. " Dia kat mana sekarang? Kenapa saya tak nampak dia pun selama saya tinggal kat rumah tu? " tanya Natasha. " Panjang ceritanya. " ujar Aqil. " Ceritalah bos. " pinta Natasha. Aqil pun menceritakan segalanya kepada Natasha. Natasha sedih mendengar semua yang diceritakan oleh Aqil.
' Tak sangka juga ya. Kesian bos. Mesti dia rindu masa dia dengan kakak dia. Handsome dia ni pun, rupanya ada cerita juga. ' bisik hati Natasha. " Saya minta maaf ya, bos. Saya tak tahu pun soal keluarga bos. " kata Natasha. " Tak ada yang nak dirisaukan pun lah. " kata Aqil. " Jadi, bos tak pernah dah ke jumpa kakak bos tu? " tanya Natasha. " Saya ada jumpa dia juga baru - baru ni. " kata Aqil.
*********************************
Esha keluar dari tadika dengan wajah yang penuh dengan keriangan. Dia terus menuju ke arah Kiki. Aireen sudah pun memberitahu Kiki agar menjemput Esha setiap hari. Hal ini kerana, Aireen tidak mahu menyusahkan Affan. " Aunty Kiki, boleh tak kalau lepas ni kita pergi beli aiskrim? Esha teringin sangat nak makan aiskrim. " pinta Esha. " Hmm, bolehlah. " kata Kiki. " Yay! Esha sayang, Aunty Kiki! " kata Esha. " Oh, sekarang tiba - tiba pula Esha cakap sayang dengan Aunty Kiki ya! " kata Kiki lalu mencubit pipi Esha. Kiki pun memesan Grab Car. Kereta pun sampai. Kiki dan Esha pun masuk ke dalam kereta.
Sesampai sahaja mereka di destinasi yang ditujui, Kiki dan Esha pun keluar dari kereta. Kiki pun memberikan wang kepada pemandu Grab itu. Kemudian, Kiki dan Esha pun masuk ke salah sebuah kedai. Kiki pun membeli aiskrim yang Esha inginkan. Selesai sahaja membayar aiskrim yang dibeli, Esha keluar dari kedai. " Esha, tunggulah dulu aunty! " panggil Kiki. Esha keluar sambil makan aiskrim yang dibeli tadi. Secara tidak sengaja, Esha berlari ke arah jalan raya. Tanpa dia sedari, kelihatan sebuah kereta menuju dari arah kanan. Seorang lelaki yang melihat Esha disitu segera mendapatkan Esha. " Esha! " jerit Kiki.
Esha menangis. Dia dipeluk dengan erat oleh lelaki itu. Kemudian, keluar seorang lelaki melayu yang memakai t-shirt berwarna hijau. " Tak apa - apa ke? Saya minta maaf ya. " ucap lelaki itu. Lelaki itupun masuk kembali ke dalam kereta. Kiki menarik nafas lega. Aiskrim Esha jatuh di tengah jalan raya tadi. " Adik tak apa - apa ke? "tanya Dato' Yusof. Rupanya, lelaki itu Dato' Yusof. Dialah yang menyelamatkan Esha daripada dilanggar kereta. Kiki segera menuju ke arah mereka berdua. " Terima kasih, ya! Esha, kenapa tadi lari macam tu je? Bahaya tau! " tegur Kiki. " Maafkan Esha, Aunty Kiki. " ucap Esha. Kiki pun memeluk Esha dengan erat.
" Jadi, awak ni bukannya mak dia kan? " tanya Dato' Yusof. " Ya, dia anak majikan saya. " jawab Kiki. " Siapa nama adik ni?" tanya Dato' Yusof kepada Esha. " Esha! " jawab Esha. " Nah, ambil duit ni, Esha pergilah beli aiskrim baru. Aiskrim Esha yang tadi kan dah jatuh. " kata Dato' Yusof sambil menunjukkan duit itu kepada Esha. " Eh, tak apalah. Saya boleh belikan Esha aiskrim yang baru dengan duit saya. " kata Kiki. " Tak apalah. Nah. " kata Dato' Yusof. Kiki mengambil duit itu dengan perasaan ragu - ragu. Dato' Yusof pun berlalu pergi.
***********************************
Yusrina menuju ke Abu Bakar Holdings. Memang seperti itulah dia. Tetap tidak mahu mengalah. Dia tetap berdegil mahu Affan menjadi miliknya hanya dia seorang. Dia pun masuk ke dalam bilik Affan. Terkejut dia melihat Aireen pun berada disitu. " Hah, perempuan hingusan ni lagi?! " kata Yusrina. Aireen pun menoleh ke belakang, menoleh ke arah Yusrina. ' Tamatlah riwayat aku harini. Mesti dia ni nak cakap aku itulah, inilah. " bisik hati Aireen. " Awak buat apa lagi kat sini, Yusrina?! " tanya Affan. " Salah ke kalau I just want to visit you? Kenapa? You tak nak I tahu ke yang you sekarang ni tengah berdua - duaan dengan perempuan ni?! " kata Yusrina. Affan mendengus geram.
" Aku lagi suka kau tahu aku sekarang ni dengan Aireen. Lagipun, supaya kau sedar yang kau bukan untuk aku. Aku memang dah pilih Aireen. " kata Affan lalu memegang tangan Aireen dengan sengaja. Aireen hairan lalu menoleh ke arah Affan. Affan mengukir senyuman lalu menaikkan keningnya. " Hei perempuan! You ingat, I akan biarkan je you miliki Affan?! You kena sedar yang Affan ni I punya! " herdik Yusrina. " Correction! Saya milik mak ayah saya. Bukan kau punya. " kata Affan. " Ya, milik parents you. Nanti kalau kita dah kahwin, you milik I lah. " jelas Yusrina.
" Eh, aku pun tak inginlah nak beristerikan kau! Aku rasa, lebih baik aku beristerikan Aireen daripada kau. Aku tak pandang dia sebab dia cantik. Aku pandang dia sebab sikap dia yang baik. " balas Affan. " Jadi, you ingat you tu baik sangatlah! Dah lah ada banyak crush! " kata Yusrina. " Mengungkit pula. Eh, kalau kau nak tahu sangatkan, diorang semua tu tak boleh dipercayai. Diorang semua tu pergunakan aku je. " kata Affan. " I, akan tunjukkan pada you yang perempuan ni pun, sedang gunakan you! " kata Yusrina lalu keluar dari bilik. " Heh, merajuklah tu! Merajuklah dengan mak kau! " kata Affan. ' Macam budak - budak pula kan diorang berdua ni bergaduh. ' bisik hati Aireen. " Dah lah tu, Encik Affan. " kata Aireen lalu ketawa kecil.
Share this novel