BAB 37

Romance Completed 55259

" Aireen, mama tak sangka kalau anak kamu dah besar. " kata Datin Rossa. " Yalah. Dah tujuh tahun berlalu. Tapi, secara jujurnya saya tak kenal langsung dengan lelaki yang buat saya macam ni. Sebab, masa tu saya mabuk. Sampai sekarang saya tak jumpa lelaki tu. Mungkin, memang dah ditakdirkan nasib saya. Memang dah nasib saya papa bencikan saya. " ujar Aireen. " Janganlah kamu cakap macam ni. Mama yakin, kamu pasti jumpa apa yang kamu cari. Mungkin, fia ada disekeliling Aireen. Tapi, Aireen pun tak tahu. Mungkin juga, dia kenal Aireen ke, cuma tak berani nak mengaku. " kata Datin Rossa.
" Kalau jumpa pun, belum tentu dia nak mengaku kalau Esha tu anak dia. Mesti dia buang saya dengan Esha. Mungkin, dia dah kahwin, dah ada anak kan. " ujar Aireen. " Aireen fikirlah yang positif. Mungkin, dia pun mabuk masa tu, dan dia dijebak kawan - kawan dia ke. " kata Datin Rossa. " Mana - mana jelah. Oh ya, mama jangan beritahu papa soal ni ya. Yalah, nanti mesti saya tak dapat jumpa mama lagi kan. " pinta Aireen. " Mmm, yalah. " balas Datin Rossa.

*************************

Natasha termenung akan nasibnya. ' Bilalah aku nak bebas? Kalau tak bebas pun, aku harap semoga Khalid cepat berubah menjadi seorang lelaki yang baik. Bukannya asyik pukul, marah aku je terus. ' bisik hati Natasha. " Tasha! " tegur Ariana. Lamunan Natasha terhenti. Dia pun memandang ke arah Ariana. " Oh, Ana. Kenapa? " tanya Natasha. " Kenapa dengan kau ni? Asyik termenung saja ni kenapa? " tanya Ariana.
" Tak ada apa - apalah. Ni hah, aku tengah tunggu customer datang nak bayar ke. Tapi, tak ada lagi. Jadi, aku tunggu. Silap - silap, aku termenung pula. " jawab Natasha. " Ye ke ni tak ada apa - apa? Ataupun, Khalid buat macam - macam lagi. Dia pukul kau lagi ke? " tanya Ariana. " Tak adalah. " jawab Natasha.
" Eh, kenapa kau tak putus je dengan dia? Sepatutnya, sebelum kau nak jadikan dia boyfriend kau, kau mesti tau dulu latar belakang dan macam mana orangnya. Bukan pilih rupa. Kita pilih hatinya. Biarlah macam mana pun rupanya, asalkan hati dia baik. Bukannya macam Khalid, hati busuk. " ujar Ariana. " Alaa, nanti lama - lama berubah lah dia tu. " kata Natasha.
" Kenapa kau masih lagi tunduk dengan dia? Ataupun jangan - jangan, mesti ada sesuatu ni kan. " kata Ariana. " Betul ke kau nak tahu ni? " tanya Natasha. " Mestilah aku nak tahu. Aku sanggup lakukan apa saja demi kawan aku yang terseksa sekarang ni. " jawab Ariana. " Okey, so. Aku ni cuma orang miskin je. Seperti yang kau tahu, ayah aku kan dah lama meninggal.Mak aku pula ada kanser. Adik aku pula yuran belum bayar lagi. Masa tu, aku nak cari kerja. Jadi, Khalid datang nak hulurkan bantuan pada aku. Masa tu, dia baik sangat pada aku. Lepas je sebulan kitorang kenal jadi pasangan, dia pun berubah menjadi panas baran. Aku pun tak tahulah kenapa. " jelas Natasha.
" Pelik, tapi benar. Mungkin, dia memang panas baran. Ataupun, dia kenal dengan kau ni untuk pergunakan kau je. " kata Ariana. " Tak adalah. Aku tahulah dia tu macam mana orangnya. Tapi, aku kena sabar je dengan dia. Suatu hari nanti, dia pasti akan jado lebih baik. " ujar Natasha. " Sampai bila kau nak terus bersabar hah?! Sampai kau dah menyesal, tunggu kau sedar baru kau nak bencikan dia. " kata Ariana.
" Aku mesti dengan dia je. Lagipun, aku dah banyak berhutang budi pada dia. Dia dah tolong bayarkan kos rawatan pembedahan mak aku, dia dah bayar yuran sekolah adik - adik aku, dia pun dah bagi keluarga aku tempat tinggal yang selesa. Kalau tak, sampai sekarang mesti mak aku dah tak ada, adik aku dah tak sekolah dan mesti keluarga aku masih tinggal di rumah buruk tu. " jelas Natasha.
" Jadi, maksud kau.....kalau kau putus dengan dia, dia akan tarik balik ke semua yang dia dah bagi kat kau? " tanya Ariana. " Ya. Ada dua sebab kenapa aku tak boleh putus dengan dia. Pertama, untuk kebahagiaan keluarga aku. Kedua, aku cintakan dia. " jawab Natasha. " Kau cintakan dia sebab kau takut dengan dia atau kau cintakan dia sebab kau memang betul - betul cintakan dia? " tanya Ariana. " Aku.....betul - betul cintakan dia. " jawab Natasha.
Ariana sepertinya tidak percaya dengan kata - kata Natasha. ' Mana mungkin dia cintakan Khalid betul - betul kan?! Lagipun, Khalid dah banyak sakitkan dia. Pukul dia suka - suka je, marah dia untuk lampiaskan kemarahan dia je. ' bisik hati Ariana. " Kalau kau dah cakap macam tu, aku tak boleh nak halang kau lagi, nak nasihatkan kau lagi. " kata Ariana kemudian berlalu pergi.

*************************

Malam itu, Shika sedang minum di ruang tamu bersama suaminya. Dia masih teringat soal Aireen. Dia tidak menyangka bahawa Aireen merupakan anak Datin Rossa, pemilik Butik Asiah. Bagaimana Aireen seorang anak yang ibu bapanya berpangkat, bekerja sebagai pembantu peribadi Affan. Hal itu menjadi tanda tanya padanya.
" Sayang, tengah fikir pasal apa tu? " tanya Raziq. " Abang, tadi siang masa kat butik, Aireen ada datang. " jawab Shika. " Dia kesana nak buat apa? Ataupun jangan - jangan, dia nak kahwin tak? " tanya Raziq. " Bukanlah. Aireen tu, dia anak Datin Rossa. Pemilik butik tu. " jawab Shika. Raziq seperti tidak percaya. " Betul ke ni? Dia ada mengaku ke kalau dia tu anak datin? " tanya Raziq.
Dia masih lagi tidak percaya dengan barusan yang dia dengar tadi. " Datin tadi beritahu kalau Aireen memang anak kandung dia. Tapi, yang menjadi tanda tanya sekarang ni, kalau dia anak datin, macam mana dia boleh personal asistant Affan pula, kan?! " kata Shika. " Tak kisahlah dia anak raja ke, anak datin ke, dia nak kerja apa tu urusan dia. Mungkin, memang dia nak sangat jadi personal asistant. Nak kerja jadi tu ke, ni ke, tak kira pangkat ibu bapa dia. Memang tu minat dia kot. Memang cita - cita dia nak jadi personal asistant. " ujar Raziq.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience