BAB 30

Romance Completed 55259

Natasha pun sampai di rumahnya. Sebaik sahaja dia melangkah masuk ke dalam rumah, adik kembarnya, Fikri dan Fieya masih belum tidur kerana menunggu kedatangan Natasha pulang dari kerja. " Kakak! " panggil Fikri. " Dah lewat dah ni. Kenapa tak tidur lagi? Nanti esok lambat pergi sekolah lagi. " kata Natasha. " Kami nak tunggu kakak datang juga. " ujar Fieya.
" Sekarang ni kakak dah balik. Kakak nak korang pergi tidur." kata Natasha. " Kitorang laparlah kak! " jelas Fikri dan Fieya serentak. Natasha pun pergi ke dapur untuk masak. Dia juga turut memasak makanan untuk ibunya. Dia pun memberikan adik - adiknya makan. Kemudian, dia pun pergi ke atas untuk memberi ibunya makan. " Ibu, makanlah! Tasha ada masak ni. Tasha tahu ibu laparkan. " tegur Natasha.
Teja, ibu Tasha pun bangun. Dia pun duduk di tempat tidurnya. Tasha pun menyuapkan ibunya nasi yang hanya berlauk telur dadar. " Terima kasih, Tasha! Kenapalah, Tasha susah - susah je ni nak tolong ibu? Ibu ni beban kamu. " kata Teja. " Ibu janganlah cakap macam tu. Tak pernah terlintas dalam hati Tasha, dalam fikiran Tasha nak anggap ibu ni bebanan Tasha. Lagipun, saya nak balas jasa ibu yang telah menjaga Tasha dari kecil. Ibu lah segala - galanya pada Tasha." jelas Tasha.
" Tasha, ibu tahu tentang soal kamu dengan Khalid. Ibu tahu kamu terseksa dengan dia. " kata Teja. ' Dari mana pula ibu tau soal ni? ' bisik hati Natasha. " Tak adalah, ibu. Kitorang baik - baik je. " kata Natasha. Dia cuba untuk meyakinkan ibunya itu. " Tolonglah jangan tutup semua ni dari ibu. Tolonglah jujur dengan ibu. Ibu faham situasi Tasha sekarang. " rayu Teja. Natasha kasihan melihat ibunya. Dengan berat hati, dia pun memberitahu ibunya soal dia dengan Khalid.
" Sebenarnya, apa yang ibu cakap tu semuanya betul. Tasha tak nak buat ibu risau. Lagipun, Khalid dah tolong keluarga kita. Dia dah tolong bayarkan semua kos rawatan pembedahan ibu, dia pun dah bayar yuran sekolah untuk Fikri dan Fieya. " jelas Natasha. " Ibu rela mati daripada melihat anak ibu ni dilayan kasar, dilayan seperti hamba. " kata Teja. Dia risau dengan keadaan anak sulungnya itu.

************************

Shika sedang bersiap - siap untuk kerja. Dia memastikan dirinya rapi. Dai memakai shawl berwarna krim. Kemudian, Shika pun turun ke bawah untuk ke dapur. Dia ingin menyiapkan dan menyediakan sarapan untuk suaminya. Raziq pun turun. Raziq dan Shika bersarapan bersama - sama.
" Abang, Shika rasa, Shika dah mula putus asa dah. Mungkin, memang Shika ditakdirkan takkan pernah hamil. Shika mula rasa kalau Shika....." percakapan Shika dipotong. " Mandul? Sayang, tak baik tau berfikiran macam tu. Cepat atau lambat, abang yakin. Allah pasti akan berikan apa yang sayang nak kan sangat tu. Suatu hari nanti, adalah tu rezeki kita nak ada anak. " jelas Raziq.
Tiba - tiba, Shika merasa loya. Dia pun segera menuju ke sinki lalu muntah. Raziq pun segera mengikuti Shika. Raziq menepuk - nepuk bahu Shika. Selepas itu, Shika mula rasa pening. Dia pun memegang kepalanya. " Sayang, sayang okey tak ni? " tanya Raziq. Dia risau dengan keadaan Shika. Pandangan Shika memudar. Shika pun pengsan di pangkuan Raziq. " Eh, sayang! Sayang! " panggil Raziq.
Dia cuba untuk mengejutkan Shika yang pengsan. Malangnya, Shika tidak sedarkan diri. Raziq pun segera membawa Shika pergi ke klinik berdekatan. Raziq mundar - mandir dihadapan pintu. Dia sedang menunggu isterinya. Seorang doktor wanita yang memakai tudung bawal pun keluar. Raziq segera menghampiri doktor itu.
" Encik ni siapa? Encik ni suami pesakit ke? " tanya doktor wanita itu. " Ya, saya suami dia. Macam mana dengan keadaan dia sekarang doktor? " tanya Raziq. " Kita bincang kat dalam ya. " pinta doktor itu. Raziq pun segera masuk ke dalam. Shika yang pengsan pun sedar. Dia lekas bangun lalu menuju ke sebuah kerusi untuk duduk. " Apa penyakit isteri saya ni doktor? " tanya Raziq.
" Macam ni encik. Tahniah saya ucapkan! Isteri encik mengandung tiga minggu! " kata doktor itu. " Abang, abang dengar ke apa yang doktor tu cakap, bang? Abang, Shika mengandung, bang! " Shika teruja. Shika dan Raziq pun berpelukan. Raziq pun meluahkan rasa syukur kepada tuhan. Perjuangannya bersama Shika untuk mendapatkan anak akhirnya termakbul.
" Encik mestilah jaga isteri encik dengan baik. Jangan bagi dia buat kerja banyak sangat, buat kerja yang berat - berat. Puan, puan mestilah jaga kesihatan puan. Kerana sekiranya puan menjaga kesihatan puan, kesihatan kandungan puan pun terjaga. Puan mestilah mengelakkan makanan segera. Banyakkan makan sayur - sayuran, buah - buahan dan makanan yang mempunyai banyak khasiat. " pesan doktor. " Baik, doktor! " jawab Raziq.
Raziq dan Shika pun keluar dari klinik menuju ke kereta. " Abang, Shika rasa bersyukur sangat! Akhirnya, perjuangan kita selama tiga tahun akhirnya tercapai. " kata Shika. " Kan abang dah cakap, tak kira cepat atau lambat, Allah pasti akan berikan apa yang sayang nak kan sangat tu. Mulai harini, sayang mestilah dengar nasihat doktor. Jaga kesihatan baby kita. Nanti, beritahu majikan sayang soal ni supaya dia boleh bagi kerjasama dengan sayang. Dan juga supaya dia tak bagi kerja yang berat kat sayang. " pesan Raziq.
" Baik, bang. Beanny, ibu bersyukur sangat sebab akhirnya ibu dapat mengandungkan kamu juga! " kata Shika. " Beanny?" tanya Raziq. " Panggilan manja untuk baby dalam perut ni. Hanya untuk sementara saja. Nanti, abang fikirkan lah nama yang sesuai untuk dia. " ujar Shika. " Okey! " jawab Raziq. ' Ada - ada sajalah, sayang ni! " bisik hati Raziq.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience