Ariana membawa beg - beg bagasinya turun dari bilik lalu diletakkan di kereta. Dia dibantu oleh Mak Jah. " Hah, terima kasih ya, Mak Jah sebab tolong Ana. " ucap Ariana. " Sama - sama. " balas Mak Jah. " Semua dah ada ke? Dah tak ada yang tertinggal lagi ke? Cek lah dulu barang - barang Ana lagi sekali. Nanti ada yang belum ada lagi. " ujar Datin Rossa. " Semua dah ada dah, mama. " jelas Ariana.
" Jam berapa flight Ana? " tanya Mak Jah. " Ouh, kira - kira pukul 3. 00 petang. " jawab Ariana. " Ouh, lama lagi tu. Sekarang kan batu pukul 1.30. " kata Mak Jah. " Ya, tapi kena juga pergi sana awal - awal. Sebab takut kereta sesak ke, apa ke. Lagipun kalau kereta dah sesak, ambil masa lama juga nak lepas dari kesesakan kereta. " jelas Ariana. " Jadi, Ana dah nak gerak ke sekarang? " tanya Datin Rossa. " Ya, Pak Cik Tahir pun dah tunggu kat luar. Jadi, Ana minta izin untuk pergi ya, mama. Mak Jah, jaga ya mama baik - baik. " pesan Ariana.
" Baik, Cik Ana. Mak Jah akan ingat pesanan Cik Ana. " balas Mak Jah. " Ana baik - baik ya, sayang. Kalau dah sampai sana nanti, beritahu mama ya. " pesan Datin Rossa. " Okey, mama! " jawab Ariana. Dia pun mencium tangan ibunya lalu memeluk ibunya dengan erat sekali. Dia pun keluar dari rumah lalu masuk ke dalam kereta. Kereta yang berwarna putih itu meninggalkan perkarangan rumah. Ariana menarik nafas lega.
**************************
Aireen seperti biasa melaksanakan tugasannya. Kemudian, Yusrina keluar dari bilik Affan. Sebelum meninggalkan syarikat itu, dia menjeling tajam ke arah Aireen. Dia pun pergi begitu sahaja. Aireen hairan melihat sikap Yusrina. ' Apa pula masalah dia kali ni ya? Aku lupa lah pula. Memang dah jadi kebiasaan dia sendiri benci tengok aku ni. Aduh, makin lama, makin seram juga aku tengok dia ni ya! ' bisik hati Aireen. Aireen hanya merenung melihat kehadapan.
Tanpa dia sedari, Affan keluar dari biliknya. Affan pun mendekati Aireen yang sedang merenung. " Renung apa tu? " tegur Affan. Aireen terkejut apabila tersedar Affan berada disitu. " Oh, Encik Affan! Tak ada apa - apalah! " jawab Aireen. " Betul ni tak ada apa - apa? " tanya Affan. " Ya, betul! Tak ada apa - apalah, Encik Affan. " balas Aireen. Kemudian, Affan ingin melangkahkan kakinya ke dapur.
" Encik Affan, tadi kenapa dengan Yusrina tu? " tanya Aireen. " Oh, dah jadi tabiat dia kan. Ganggu saya je. " jawab Affan. Aireen ketawa kecil. " Kenapa, lucu sangat ke? " tanya Affan. Aireen mulai serius. " Tak ada apalah, Encik Affan. " jawab Aireen lalu pura - pura fokus terhadap tugasannya.
**************************************
Malam pun menjelang tiba. Natasha membantu Aqil menutup kedai. Aqil pun melihat ke arah jam tangannya. Kelihatan jam menunjukkan pukul 10.40 malam. Natasha sedang menyapu bahagian dapur kafe itu. Pekerja Aqil yang lain ada yang turut membantu dan ada yang berpulangan. Natasha menguap seketika. Dia melihat ke luar. ' Kalau dulu, sekarang aku dah balik dijemput Khalid balik dari sekarang. Kalau sekarang, aku balik dengan Aqil. Mungkin, masa yang kedepan lagi, aku balik seorang diri pula. ' bisik hati Natasha.
Kemudian, lampu dan penyaman udara serta kipas pun dimatikan. Para pekerja pun pulang. Natasha dan Aqil pun mengatur langkah mereka menuju ke kereta. Tiba - tiba, datang sekumpulan geng motor yang datangnya entah dari mana. Mereka pun turun dari motorsikal lalu salah seorang dari mereka membuka helmet. Rupa - rupanya, sekumpulan geng motorsikal tersebut merupakan Khalid bersama - sama dengan lima sahabatnya.
Natasha mulai ketakutan. " Kau lagi? Kenapa, datang sini nak bantai aku ke? " tanya Aqil. " Kenapa, kau takut ke? " tanya Khalid. " Siapa takut. " jawab Aqil. Khalid pun menghayunkan tongkat besbol ke arah Aqil tetapi Aqil mengelak. Kawan - kawan Khalid yang lain pun turut sama membantu Khalid. " Tasha, masuk dalam kereta! " jerit Aqil. Dengan pantas Natasha membuka pintu kereta lalu menutupnya.
Dia mengunci dirinya di dalam kereta lalu mengeluarkan telefon bimbitnya. Kemudian, dia pun menghubungi polis. " Hello, saya dan kawan saya sekarang dalam bahaya! Ada sekumpulan geng motor datang mengganggu kami! Tolong kesini dengan segera! Diorang tengah gaduh dengan kawan saya sekarang! Saya dalam kereta! " ujar Natasha dengan perasaan cemas. " Baiklah kalau macam tu, berikan saya alamat tempat awak dan kawan awak berada sekarang. " kata pihak polis dari dalam telefon.
Natasha pun memberikan alamat kepada pihak polis. Kemudian, panggilan telefon pun dimatikan. Khalid serta kawan - kawannya masih lagi bergaduh dengan Aqil. Mereka cuba untuk menjatuhkan Aqil tetapi tidak berjaya. Kemudian, salah seorang kawan Khalid memukul badan Aqil dari arah belakang. " Adoi! Main pukul belakang pula! " jerit Aqil. Mereka pun terus bergaduh serta masing - masing tidak mahu mengaku kalah.
Aqil mulai rasa penat dan lelah. Namun, dia melawan rasa penatnya. Dia sangat membimbangkan keselamatan Natasha. Tiba - tiba, kedengaran bunyi siren kereta polis. Khalid dan kawan - kawannya pun pergi dari situ. Dua buah kereta polis semakin kelihatan. Sebuah kereta polis mengejar Khalid dan kawan - kawannya manakala sebuah lagi kereta polis menghampiri Aqil. Natasha terus keluar dari kereta.
" Saya, Natasha yang call polis tadi dari dalam kereta. " kata Natasha sebaik sahaja salah seorang polis lelaki mendekati mereka berdua. " Kalau macam tu, kamu berdua boleh ikut kami ke balai untuk terangkan semuanya pada kami apa yang telah terjadi sebenarnya. " kata polis itu. " Baiklah kalau macam tu. " balas Aqil. Aqil dan Natasha pun masuk ke dalam kereta. " Bibir awak berdarahlah! " kata Natasha lalu mengambil sehelai tisu dari dalam begnya. Dia pun mengelap darah pada bibir Aqil.
" Tak apa, biar saya buat sendiri. " kata Aqil. Dia memegang tangan Natasha lalu Natasha pun melihat ke arah Aqil. " Emm, saya minta maaf. Saya nak minta tisu tu dari tangan awak. " kata Aqil. Natasha pun memberikan tisu tersebut kepada Aqil. Aqil pun mulai mengelap bibirnya yang berdarah. ' Haduh, lembut betul tangan dia! ' bisik hati Aqil. ' Ni first time dia pegang tangan aku. ' bisik hati Natasha. Aqil pun mulai memandu keretanya menuju ke balai polis untuk memberikan keterangan kepada pihak polis.
Share this novel