BAB 63

Romance Completed 55259

Aireen memicit-micit bahunya yang sakit kerana seharian bekerja. Dia pun duduk di atas katil sambil memerhatikan Esha menyiapkan tugasan sekolah. " Esha, jomlah makan malam dulu. Dengan datuk, dengan nenek. " ucap Aireen. " Ok, mama. Nanti Esha turun. " balas Esha lalu menghadiahkan sebuah senyuman kepada ibunya. Dia pun segera mengemas alat tulisnya di atas meja belajar lalu turun ke bawah menuju ke ruang makan. Kelihatan ibunya dan neneknya sedang meletakkan makanan yang sudah siap dimasak diletakkan di atas meja makan. Pandangannya beralih ke arah datuknya yang sedang membaca surat khabar.

Perlahan-lahan dia menuruni anak-anak tangga tersebut. Tangannya memegang tiang-tiang tangga. Dia pun menuju ke meja makan. Dato' Yuaof pun menyimpan surat khabar. " Esha buat apa kat atas tadi? " tanya Dato' Yusof. " Esha buat kerja sekolah. Tapi belum siap lagi, sebab mama suruh Esha makan dulu, lepastu baru sambung buat kerja sekolah kat atas. " jawab Esha.

Dia meletakkan kepalanya di atas meja makan. Apabila makanan sudah siap dihidang, Esha pun bangun dari tempat duduknya untuk membasuh tangan sebelum makan. Dia pun kembali semula ke meja makan. Bacaan doa makan dibacakan oleh Aqil.

************

" Affan, mari kesini sekejap. " panggil Dato' Fadzlee. " Ya, papa. " sahut Affan lalu menuju ke ruang tamu. Dia duduk di sofa berhadapan dengan ibu bapanya. " Ada apa papa panggil Affan? " tanya Affan. " Semenjak kamu jadi CEO ni, kamu asyik sibuk je dengan pekerjaan kamu tu. " jawab Dato' Fadzlee lalu menghirup kopi yang masih lagi panas itu. " Takkanlah kamu tak ada masa untuk berbual, mengisi masa dengan mama, dengan papa. " kata Datin Ramlah.
" Laa, memang kebelakangan ni saya asyik sibuk je mama. Kalau boleh, memang saya nak mengisi masa dengan papa dan mama. Tapi, itulah. Masa saya ni penuh sangat dengan kerja, kerja, kerja. Asyik-asyik meeting dengan klien. Sampaikan saya sendiri pun bosan. Tapi, saya sanggup je buat semua tu untuk meningkatkan lagi syarikat kita ke tahap yang lebih tinggi. " kata Affan panjang lebar.
" Affan, mama nak tanya sikit boleh? Masa haritu mama dan papa pergi ke ofis Affan, kan Aireen ada cakap yang korang dah plan perkahwinan korang berdua. Bila korang nak kahwin? " tanya Datin Ramlah. ' Aduh, apa aku nak cakap dengan mama. Laa, ni semua salah Aireen lah ni. Yusrina pun salah juga. Sekarang, apa aku nak jawab dengan mama ni? Ataupun, aku jujur jelah. Eh, tak boleh! Lagipun, mama fah tertarik dengan Aireen. ' bisik hati Affan.

" Affan, dengar ke apa yang mama cakap tadi?! Mama tanya, bila kamu nak kahwin dengan Aireen? " Datin Ramlah mengulang soalannya untuk kali kedua. " Dah plan dah. Tapi, tak tahu lagi bila. Aireen tu, asyik-asyik kata belum sedia lagi. " balas Affan. ' Aku pasrah, ya Allah. Maafkan hamba mu ini kerana tidak bercakap benar dengan ibu bapaku sendiri. ' bisik hati Affan. "Habis tu, kenapa plan awal-awal kalau belum tetapkan tarikh perkahwinan. Ataupun, biar papa sajalah yang tetapkan tarikh perkahwinan kamu dengan Aireen. Kalau kamu ada masa nanti, ajak dia ke rumah. Jumpa dengan papa, dengan mama. " balas Dato' Fadzlee.

' Hadeh, tak sangka pula sampai macam ni! Tak apa, esok aku mesti juga bincang dengan Aireen tentang semua ni. ' bisik hati Affan. " Baik, papa. " jawab Affan. " Mama memang dah berkenan sangat dengan Aireen. Dah lah cantik, sopan santun, baik hati pula tu. Kalau boleh, percepatkanlah perkahwinan kamu dengan Aireen tu. Mama ni, asyik jealous je tengok Mak Long dah ada menantu. Cucu pun dah ada. Kembar lagi tu. Comel sangat. Macam mak ayah dia juga. Mama ni pun teringin sangat juga nak ada menantu, nak ada cucu. Nanti kalau kamu kerja, mama akan jaga mereka dengan baik. " ulas Datin Ramlah panjang lebar.

" Amboi, amboi, amboi! Teruja sangat awak nak bermenantukan Aireen tu, ya. Dahsyat angan-angan awak tu. Apa-apa sahaja urusan, mestilah dibuat dengan teliti. Jangan kelam kabut. Awak janganlah terlalu teruja sangat. Nanti, hilang entah kemana orang yang awak kagumkan sangat tu. " kata Dato' Fadzlee.

*************

Aireen sedang menyiapkan tugasan yang diberikan. Kemudian, telefon di atas meja berbunyi. Dia pun segera mencapai gagang telefon. " Ya, Encik Affan. Ada apa? " tanya Aireen. " Saya ada benda nak cakap dengan awak. Saya nak awak masuk ofis saya sekarang. Saya janji tak akan lama. Sekejap je. " jawab Affan. " Baik, Encik Affan. " balas Aireen. Dia pun meletakkan gagang telefon semula di tempat asalnya. Dia pun masuk ke ofis Affan. Affan segera berdiri lalu mengunci pintu. Jari telunjuknya menunjukkan isyarat senyap diletakkan di bibir Aireen.
"Shh! Mereka semua buat kerja ke? Sebab, diorang tak boleh dengar pasal ni. Penting sangat. " kata Affan. " Apa dia, Encik Affan? Cakaplah. " pinta Aireen. " Saya pun tak tahu macam mana nak cakap. Awak ingat lagi tak yang parents saya tiba-tiba datang ke ofis saya haritu. Sebenarnya, semalam parents saya tiba-tiba je tanya....tanya tentang kenapa kita belum lagi tetapkan tarikh perkahwinan kita. Saya tahu semua ni dah tak betul dah! Saya tak tahu nak cakap macam mana nanti. Say nak jujur pun tapi dah tak ada guna dah. " ulas Affan panjang lebar.

" Ya ampun, Encik Affan! Ni dah kira menipu ni. Jujur jelah. " kata Aireen. " Memang dari mula lagi kan kita menipu. Awak yang mula dulu. " kata Affan. " Sekarang Encik Affan nak salahkan saya pula?! Kenapa tak salahkan je Yusrina. Dia pun kan salah juga. " kata Aireen. " Okay, so lebih baik kita bincang semua ni elok-elok. Jangan gaduh-gaduh. " pesan Affan. " Sejak bila pula saya nak gaduh. Kalau adapun, dengan Yusrina je. " kata Aireen.

" Okay, so. Minggu depan saya nak bawa awak jumpa parents saya. Esok petang pula, kita akan bincang macam mana nak settle kan semua masalah ni. Okay! Deal? " tanya Affan. " Deal! " jawab Aireen. Aireen pun keluar dari ofis Affan. Dia pun melihat ke arah telefon bimbitnya. Jam menunjukkan pukul 12.30 tengahari. Aireen pun keluar. Dia ingin berjumpa dengan ayahnya.

************

Yusrina memarkir keretanya berdekatan dengan kereta Affan. Dia pun terus masuk ke ofis Affan. Affan yang hairan dengan kehadiran Yusrina disitu pun hanya mampu untuk diam. ' Mesti dia ni nak ganggu Aireen. ' bisik hati Affan. " Affan, you mesti ikut I! Sekejap je! Sangat penting! " tegur Yusrina. " You nak apa lagi? Tak cukup ke selama ni you ganggu Aireen?! " kata Affan. " You ikut I sekarang! Benda ni, sangat penting! Hal ni ada kena mengena dengan Aireen. " rayu Yusrina.

" Okay, fine! Tapi, ni yang last! " kata Affan. " Yes, yes, yes! " kata Yusrina. Affan pun mengikuti Yusrina menyeberangi jalan raya. Yusrina pun membawa Affan ke Yusof Holdings. " You gila ke?! Kenapa bawa I kesini?! " tanya Affan. Suaranya diperlahankan agar tidak kedengaran. " I nak you tau kalau Aireen bukanlah perempuan yang baik untuk you. " kata Yusrina. Yusrina pun lekas menuju ke lif. Pintu lif pun terbuka. Butang nombor 19 ditekan. Sebaik sahaja sampai ditingkat 19, Yusrina pun segera menuju ke bilik Dato' Yusof. Sebaik sahaja, membuka pintu, alangkah terkejutnya Affan melihat Dato' Yusof dan Aireen. Aireen sedang membetulkan tali leher ayahnya.

" Oh, so ni kerja kau, ya! Tak sangka rupanya kau perempuan macam ni. " kata Affan. Aireen hairan. ' Apa maksud dia ni? Macam mana dia boleh tahu aku kat sini. Yusrina? Mesti Yusrina yang beritahu. Alang-alang dia dah ada kat sini, mungkin ni lah masa yang terbaik untuk aku kenalkan Encik Affan pada papa. " bisik hati Aireen.

' Tak aku sangka, rupa-rupanya Aireen dengan lelaki tua ni! Dasar lelaki tua tak sedar diri! Memang confirm dia ni sugar daddy Aireen. ' bisik hati Affan. Yusrina tersenyum puas. Dia merasakan bahawa Aireen akan kalah dengannya. ' Padan muka kau, Aireen! ' bisik hati Yusrina.

Share this novel

GAMEX_X99
2023-02-05 15:12:42 

ni chapter baru ke


NovelPlus Premium

The best ads free experience