Aqil tersenyum - senyum sendirian di biliknya malam itu. Wajah Natasha masih dalam ingatannya. Kemudian, seseorang mengetuk pintu biliknya. Aqil tidak sedar ada orang mengetuk pintu biliknya kerana dia masih berkhayal tentang siang tadi. Rupanya, Ariana yang mengetuk pintu itu. ' Kenapa abang ni? Dia dah tidur ke? ' tanya Ariana dalam hati. Setelah dia puas mengetuk pintu itu, dia pun masuk kerana Aqil tidak menyahut.
Ariana melihat Aqil sedang termenung, tersenyum - senyum sendirian. ' Mesti ada sesuatu ni. Kalau tak, takkanlah abang Aqil boleh duk termenung, tersenyum - senyum kan. ' bisik hati Ariana. " Abang! " panggil Ariana. Dia sengaja meninggikan suaranya supaya Aqil tersedar kehadirannya disitu. " Ah! Oh! Ah! Ariana rupanya. Kenapa? Kalau masuk, ketuklah pintu dulu. " kata Aqil.
" Dah ketuk. Tapi sia - sia je sebab abang dari tadi saya tengok mengkhayalkan. Lepastu tersenyum - senyum sendirian pula tu. Macam orang sakit mental. Abang ni dah kenapa? " tanya Ariana. " Oh, abang.....abang tak ada apa - apalah. Hah, kenapa jumpa abang ni? " tanya Aqil. " Oh, soal Kak Aireen lah. " jawab Ariana.
" Kalau soal Kak Aireen kita bincang esok jelah kat kade abang. Lagipun, kalau kita cerita kat sini, mesti mama dengar lepastu nak sibuk. Mama tu perlukan rehat yang cukup. " ujar Aqil. " Jadi, bila abang nak atur perjumpaan mama dengan Kak Aireen? " tanya Ariana. " Abang, akan bagitau Kak Aireen soal mama dulu. " kata Aqil.
******************************
Affan menunggu Aireen dan Esha dihadapan pagar rumah Ayuni. Aireen dan Esha pun keluar. Esha terus berlari menghampiri Affan. " Mmm, wanginya anak papa ni! Dah siap nak pergi sekolah? " tanya Esha. " Dah! " jawab Esha. " Let's go!" kata Affan. Esha pun masuk ke dalam kereta. Begitu juga dengan Aireen. Affan pun menghantar Esha ke sekolah. Kemudian, mereka pun menuju ke tempat kerja mereka.
" Aireen, awak dah okey? " tanya Affan. " Okey kenapa, Encik Affan? " tanya Aireen. " Yelah, semalam kan Yusrina.....awak pun tau lah apa dia cakap dengan awak semalam kan. " kata Affan. " Saya okey je, Encik Affan. Lagipun, apa yang dia cakap tu semuanya betul. " ujar Aireen lalu keluar dari kereta sebaik sahaja sampai di tempat kerja.
Aireen sedang menyiapkan tugasannya. Mesej Aqil pun masuk.
******************************
Kak, macam ni. Mama dia teringin sangat nak jumpa kakak. - Aqil
Kakak, memang nak jumpa dia. Tapi, buat masa sekarang ni kakak tak ada masa. - Aireen
Tak apa kak. Akak tak payahlah nak risau. Nanti, biar Aqil uruskan perjumpaan kakak dengan mama. - Aqil
Okey. - Aireen
Kakak sekarang kat mana? - Aqil
Kakak kerjalah. Tempat kerja kakak Abu Bakar Holdings. - Aireen
Pukul berapa kakak balik dari kerja? - Aqil
Adakalanya kakak pulang petang, adakalanya kakak pulang malam - Aireen
Okey, kak! - Aqil
*******************************
Waktu itu, Aqil dan Ariana di dalam bilik. " Macam mana bang?" tanya Ariana. " Kak Aireen memang nak jumpa mama. Cuma tak ada masa. " jawab Aqil. " Jadi, macam mana sekarang ni? " tanya Ariana. " Macam tulah. " jawab Aqil. " Eee, abang! Ana betul - betul, abang main - main pula. " kata Ariana.
" Macam nilah. Nanti abang aturkan perjumpaan Kak Aireen dengan mama. Abang akan cuba cari cara supaya esok, lusa atau hari lain diorang akan berjumpa. " kata Aqil. " Bila abang nak mula? " tanya Ariana. " Harinilah. Ariana boleh tolong abang kan? " tanya Aqil. " Soal Kak Aireen dengan mama, mestilah boleh. " jawab Ariana.
Share this novel