Sebaik sahaja Datin Rossa membuka pintu, kelihatan Mak Jah berdiri dihadapan biliknya. " Mak Jah rupanya. Ada apa? " tanya Datin Rossa. " Puan Teja tadi baru je keluar. Dia kata, dia nak pergi pasar. " jawab Mak Jah. " Siapa teman dia keluar? " tanya Datin Rossa. " Sarah, pembantu rumah yang baru tu. " jawab Mak Jah. " Oh baguslah tu. Saya bimbang je tadi tiada orang teman dia keluar. Terima kasih ya, Mak Jah sebab beritahu saya pasal ni. " ucap Datin Rossa. " Sama - sama, datin. " balas Mak Jah.
Mak Jah pun berlalu pergi. Datin Rossa lekas menutup pintu lalu mengambil telefon bimbitnya di bawah bantal. Dia pun segera mendail nombor telefon Aireen. Panggilan itu tidak dijawab. " Mungkin, dia sedang sibuk dengan kerjanya. " kata Datin Rossa sendirian. Dia pun membuat keputusan untuk menghantar mesej kepada Aireen menggunakan aplikasi ' Whatsapp'.
*****************************
Aireen keluar dari tandas lalu menuju ke meja kerjanya. Dia pun membuka telefon bimbitnya lalu terpapar notifikasi di skrin telefonnya. " Eh, missed call? Mama call aku rupanya tadi. Noti Whatsapp dari mama?! " kata Aireen lalu membuka aplikasi ' Whatsapp '.
************************
_____________________________________________
l Aireen, boleh tak kalau esok mama nak l
l jumpa kamu? - mama l
l_____________________________________________l_
________________________
l Okey, mama. - Aireen. l
l________________________l
******************************
Malam pun menjelang tiba. Aireen sudah tidak risau lagi kerana Esha sudah pun dijemput oleh Kiki. " Aireen, jom! " ajak Affan. " Oh, baik Encik Affan. " balas Aireen. Mereka berdua pun masuk ke dalam kereta. Affan pun memandu keretanya. " Aireen! " panggil Affan. " Ya, Encik Affan. Ada apa? " tanya Aireen. " Awak pernah tak bercinta dengan seseorang, tapi dah putus? " tanya Affan.
" Mestilah pernah. Dia, satu sekolah menengah dengan saya dulu. Kitorang satu universiti juga. Tapi, dia sambung belajar kat Greece. Jadi, saya pun tak tahulah apa khabar dia sekarang ni. Last saya jumpa dia pun, lebih kurang macam tujuh tahun yang lalu. Dia dah tukar phone number. Encik Affan tanya saya ni kenapa? Macam mana pula dengan Encik Affan? Pernah tak? " tanya Aireen.
" Pernahlah. Dari saya sekolah menengah sampai saya masuk universiti. Saya dengan dia satu sekolah menengah sehinggalah ke universiti. Tapi sayangnya, dia meninggal dunia semasa berumur 19 tahun akibat heart failure. Saya redha. Seingat saya, dia ada kembar. Tapi, tak tahulah kat mana dia sekarang. " ujar Affan.
" Kalau awak nak tahu kan, saya ni ada banyak crush. Yang pertama tadikan dah cerita. So, yang kedua pula. Yang kedua...." belum sempat dia mahu menceritakan hal itu pada Aireen, seorang kanak - kanak lelaki yang memakai pakaian yang lusuh mengetuk tingkap kereta Affan. Affan pun membuka tingkap keretanya. " Bang, saya dah dua hari tak makan. " ucap kanak - kanak lelaki itu. " Ha, nah! Ni RM20 adik buat beli makanan ya! " kata Affan sambil menghulurkan wang kertas itu
Wang kertas RM20 itu dihulur oleh kanak - kanak lelaki itu dengan sopan. " Terima kasih, bang! " ucap lelaki itu. " Sama - sama. " balas Affan. Aireen tersenyum melihat hal yang baru sahaja tadi terjadi. ' Dah baik hati, handsome pula tu kan. ' dalam diam, Aireen mengagumi Affan. " Sorry ya. Okey, saya sambung ya cerita saya tadi. " kata Affan. " Tak payahlah, Encik Affan. " ujar Aireen. " Oh, baiklah kalau macam tu. " balas Affan.
" Selama saya bekerja dengan Encik Affan, saya dah kenal Encik Affan ni macam mana orangnya. Tapi, saya masih hairan. Macam ada yang tak kena dengan Encik Affan. " kata Aireen. " Ye ke? " tanya Affan. " Encik Affan ada sembunyikan sesuatu ke dari saya? Saya harap, Encik Affan mahu jujur dengan saya. " pinta Aireen. Affan terdiam. ' Apa, dia syak sesuatu ke pada aku? ' bisik hati Affan.
" Oh ya, mesti Esha tengah risau sekarang kan. Sebab awak pun balik lambat jadi dia mesti risau kenapa mama dia belum balik kan?! " Affan cuba untuk menukar topik perbualan. " Encik Affan, saya betul - betul ni. Tolong jujur dengan saya. Sebab saya rasa macam ada yang tak kena dengan Encik Affan. Dengan cara Encik Affan layan saya pun sangat baik. Tapi, saya tahu ada maksud disebalik semua tu. " rayu Aireen.
" Macam je kan?! Yalah. Saya....saya...........saya.......Saya sukakan awak! " ucap Affan. Tersentak Aireen mendengar apa yang keluar dari mulut Affan. " Sejak pertama kali saya jumpa dengan awak, saya dah mula jatuh cinta dengan awak. Tapi, saya tahu, saya tahu yang awak bukan perempuan biasa macam Yusrina, ataupun perempuan lain yang kat luar sana tu. First, saya suka awak sebab sikap awak. Second, saya suka awak sebab awak seorang yang jujur. Third, sebab awak cantik. Kecantikan awak memang sepadan dengan sikap awak, cara awak. Ya, saya tahu awak dah ada anak. " ujar Affan.
" Ye ke? Sebenarnya, saya tahu Encik Affan suruh Adi untuk cari tahu tentang latar belakang saya kan. " kata Aireen. " Awak....dah tahu? Maksudnya, awak dah tahu yang saya.... tahu tentang kehidupan awak di masa lalu kan. Saya buat semua ni sebab saya cintakan awak. Saya tahu, awak tak selesa dengan cara saya. Jadi, saya nak minta maaf untuk semua tu. " kata Affan. " Tak apalah, Encik Affan. " balas Aireen.
" Aireen, boleh tak kalau......izinkan saya untuk jadi....jadi...." Affan cuba untuk menyebutnya. " Jadi boyfriend saya? " tanya Aireen. Affan hanya mengangguk. " Maafkan saya, Encik Affan. Bukan saya tak nak terima Encik Affan. Tapi, tujuan saya ialah cari ayah kandung Esha yang sepatutnya. " jelas Aireen. Ingin sahaja Affan berterus terang kepada Aireen. Namun, berat mulutnya untuk mengatakannya ke Aireen. Dia takut kalau Aireen akan membencinya kerana sudah pun menidurinya lalu meninggalkannya keseorangan, menjaga anaknya sendirian.
" Baiklah, saya faham. Tapi, saya harap sangat kalau awak pun cintakan saya. " kata Affan. Kereta Affan dihadapan pagar rumah. Aireen pun keluar dari kereta lalu masuk ke dalam rumah. Kereta Affan pun berlalu pergi. Selalunya, Esha akan menunggu kepulangan ibunya dengan menunggu di ruang tamu. Tapi, kali ini berbeza. Kelibat Esha tidak kelihatan. " Kiki, Esha mana? " tanya Aireen.
" Oh, Esha dia dah tidur. Penat sangat dia harini. Tadi siang kan dia ada latihan sukan. " jawab Kiki. " Oh, okey. Saya naik atas dulu ya. " kata Aireen. " Puan Aireen, tak makan ke? " tanya Kiki. " Oh, saya.....dah kenyang dah pun. " jawab Aireen lalu ke atas. Aireen segera masuk ke dalam biliknya. Kata - kata Affan masih lagi terngiang - ngiang di telinganya.
" Kalau Encik Affan nak tahu, saya pun sukakan Encik Affan. Tapi, saya perempuan hina macam saya ni, bukan perempuan yang baik untuk Encik Affan. Saya harap, Encik Affan faham. " kata Aireen sendirian.
Share this novel