Rate

BAB 2-KAWAN TEMPAT MENGADU

Romance Series 10493

Selepas balik sekolah , terus Aira naik ke bilik dan pergi ke bilik air untuk membersihkan dirinya . Selesai solat zohor tanpa diduga , dia tertidur . Sedar-sedar sahaja sudah 4.30 petang . Terus Aira bingkas bangun dan berlalu pergi ke bilik air untuk mengambil air sembahyang . Selesai solat asar , terus Aira turun ke bawah untuk makan .

Semasa Aira sedang makan , Puan Sri Dahlia , mama Aira menegur .

" Baru bangun ke anak dara mama ni ? "
" Hehehehe....haah ma , Aira baru bangun . "
" Aira dah solat sayang ? "
" Sudah ma . "
" Erm Aira ! "
" Ye ma , kenapa ni ? "
" Aira ingat lagi tak kawan baik mama ? "
" Erm jap Aira pikir.....ha...Puan Sri Khalidah eh ? "
" Haah . "
" Kenapa ma ? "
" Malam ni Puan Sri Khalidah tu ade buat party birthday anak lelaki dia . So kita datang eh ? "
" Of courselah ma , i like party . "
" Aira ade dress ? "
" Ye tak ye eh , i think i don't have it . "
" Family Tiara dan Kiara tu dijemput sekali tau , ape kata Aira call salah seorang tu tanya diorang pergi ke tidak ? So kalau Aira nak cari dress boleh pergi dengan diorang . "
" Okay ma , thank you for your information ! "
" Welcome darling , dah cepat makan . "
"Okay ma . "

Selesai Aira makan , Aira terus berlalu ke dapur untuk membasuh pinggan makannya . Nak suruh bibik di rumahnya buat rasa kesian pulak jadi dia akan buat , alah sikit je tak banyak pon .

Aira baru memijak tangga pertama terys terhenti dan berpaling ke arah mamanya .

" Erm ma ? "
" Ye Aira ? Ade ape ? "
" Abang Aidan mana ? Dah dua hari Aira tak nampak pun dia kat rumah ? "
" Lah Aira ni , baru perasan ke ? Abang dia outstation baru balik . "
" Alahhh...baru nak upah abang jadi drive harini tapi takpelah...."
" Ke nak mama call kan Khairil ? Rasanya dia free je kot ? "
" Ha ? Khairil ? Monyet tu ? It's okay ma . "
" Ishhh Aira ni ! Ade ke patut panggil dia tu monyet , dia tu anak manusia okay . Dia baik ape mama tengok . "
" Baik ? Mama ni salah menilai ni , dia tu suka kacau Aira kat sekolah lepastu suka dia tu paksa Aira jadi fake girlfriend dia sebab tak nak fans dia kat sekolah tu terkejar-kejarkan dia je ma . "
" Baguslah tu , nanti Aira jatuh cinta dengan dia and korang boleh officialkan lepastu halalkan ."
" Mama ! I don't like him ! "
" You have another man ? "
" No ! "
" Ha dah tu ? "
" Aira tak percayakan cinta faham ! Bukan senang nak percaya lelaki zaman sekarang ni ! "
" Aira , benda tu dah berlaku lama dah . Arwah nenek dan atuk pun dah meninggal , kenapa Aira masih nak ungkit kisah lama ? "
" Arwah je takde tapi kisah yang arwah atuk lakukan tu ? Masih ade , masih wujud . Aira tak faham kenapa arwah atuk buat macam tu dekat arwah nenek ? Arwah nenek sayangkan atuk , sampai hati arwah atuk buat arwah nenek macam tu . Aira terkilan dengan arwah atuk dan benda tu susah untuk Aira accept cinta seorang lelaki kepada Aira . " kata Aira lalu terus berlalu ke biliknya .

Puan Sri Dahlia hanya mengeling kepalanya melihat perangai anaknya itu . Dia tahu anak gadisnya itu keras kepala , degil , manja .

..........

Sampai di bilik , Aira terus mencekam mukanya di bantal kerana dia ingin menangis . Terlalu trauma dengan kisah arwah neneknya .

" Kenapa aku mesti ingat kisah arwah nenek tu ? " ujar Aira pada dirinya.

Tiba-tiba telefonnya berbunyi . Menandakan ade panggilan masuk .

- Monyet -

' Ape lah mamat ni nak . ' omel Aira dalam hati .

Terus dia mengangkat panggilan Khairil .

" Ha nak ape ? "
" Kau ni memang takde adab eh ? Salam takde , terus serang macam tu je . Haih , sape lah jadi laki kau , mesti malang hidup laki tu kan . " ujar Khairil kemudian gelak .
" Assalammualaikum ! Puas ? " terus Aira mematikan panggilan Khairil itu .

Beberapa minit kemudian, Khairil menelefonnya semula dan dia mengangkatnya .

" Waalaikummusalam . Kau pahal ? Macam bad mood je ? "
" Nampaknya kau dah kenal aku lama..."
" Memanglah , dari kecik aku kenal kau . Takkan lah kalau kau bad mood pun aku tak tahu , ha asal ? Ape citer tetiba je bad mood ni ? Sepatutnya aku yang marah kau , ni kau pulak marah aku , pelik ! "
" Ish kau ni...nak tahu ke tak ? "
" Nak lah ayang , ha ape ? "
" Aku teringat pasal kisah arwah nenek aku sedang benda tu dah lama berlaku . Arwah pun dah takde . "
" Cuba kau pergi tingkap sekarang . "

Terus Aira turun dari katil dan menuju ke tingkap yang dimaksudkan oleh Khairil . Yelah , rumah sebelah je . Tengok dari tingkap je dah boleh nampak bilik Khairil , Khairil pulak dah boleh nampak bilik Aira .

" Merahnya muka kau Ra bila nangis , kalau aku kat bilik kau dah lama aku tangkap gambar kau yang merah tu . "
" Ish kau ni ..."
" Aira , sabarlah . Ada sebab kenapa Allah takdirkan semua ni . Perkara tu dah ditetapkan oleh Allah SWT . Kau kena redho walaupun arwah nenek kau meninggal dengan hati yang terluka . "
" Baik Ril , aku faham maksud kau . "
" Ouh kau free tak ? "
" Free je ni , asal ? "
" Aku ingat nak keluar pergi mall lah , nak beli baju untuk malam ni . "
" Untuk ape ? "
" Mama kau tak bagitahu eh ? Ke kau lupa ? "
" Ade kot pasal party . "
" Ha party tu kat rumah aku je lah woi ! Kau tak tengok laman aku ke ? Aku dari sini boleh je tengok laman kau . Jiran sendiri pun tak tahu , haih panda panda . "
" Aku lupalah ish kau ni . Aku ingat nak tanya Tiara dengan Kiara yang diorang dah beli baju ke belum . "
" Tiara baru je call tanya pasal kau sebab Tiara call kau , kau je tak angkat . "
" Ouh maybe time tu aku makan kot . Asal dia call ? "
" Dia kata dia dah beli dress untuk party birthday malam ni . Kau dah beli ke belum ? "
" Belum...hehehe..."
" Alang-alang , jomlah pergi sekali dengan aku . "
" Haah kol 5.30 aku tahu kau dah dekat depan rumah aku eh . Kalau takde , aku rosakkan party kau ! "
" Ish kau ni , party aku tu dah lah setahun sekali . "
" Kau ingat aku kesah ke ? "
"Kau ingat aku ni jenis mungkir janji ke ? Dah lah pergi siap sana ! "
" Yelah , bye sayang ! " ujar Aira sambil membuat muka buruknya kepada Khairil di tingkap rumahnya . Terus Aira menutup callnya bersama Khairil.

' Aira Aira kenapalah kau masih tak sedar kehadiran cinta aku , haih ! ' omel Khairil dalam hati .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience