Rate

BAB 88

Romance Series 10492

Seperti yang dikatakan oleh Daniel Hakim , dia akan akan membawa Aira Qasha dan juga Natasha Alice jalan-jalan di sekitar bandar Sydney .

Setelah penat ke hulu , ke hilir , mereka berehat sekejap di satu taman yang tenang kerena taman tu boleh tengok sunset yang cantik . ( Entah ek , main hentam je . Ini rekaan semata-mata hehehe... )

Tiba-tiba telefon bimbit Daniel Hakim berbunyi .

' ELYANA MARIA '

Dia mengangkat panggilan adik sepupunya itu .

" Hello El... "

" Abang Niel bawak Kak Aira pergi mana ? Risau tau El , maksu , mak ngah , pak ngah and everyone ! "

" Chill sister , i just took she around Sydney . She say that she just bored . That's it ! "

" She's preggy ! Bahayalah Abang Niel ni . Kandungan Kak Aira tu masih tak kuat lagi , belum lepas 7 bulan kot . "

" Risau sangat dengan kakak sepupu dia tu , kita ni tak nak risau pulak hmmm..." ujar Daniel Hakim dengan nada suara yang seakan merajuk .

" Tak payah nak acah-acah merajuklah ! Balik cepat , El takut je Kak Aira pengsan sebab penat sangat . Kak Aira tak boleh penat sangat tau . "

Tiba-tiba...

" Niel , Aira pengsan . What should we do right now ? " ujar Natasha ketakutan melihat Aira yang sudah pengsan di pangkuannya dan muka Aira sudah pucat .

" Take her to the hospital now ! Send location where you go and yourself bro ! " ujar Elyana terus apabila mendengar seorang gadia mengadu kakak sepupunga pengsan . Lalu dia matikan panggilan dan bagitahu ahli keluarganya yang lain .

Daniel dan Natasha sudah bergerak ke kereta yang dipandu oleh Daniel . Daniel menghidupkan enjin dan bergerak apabila Aira dan Natasha sudah berada di dalam kereta .

Hospital Of Sydney menjadi destinasinya . Dia sudah share location kepada adik sepupunya . Dia menyesal bawak sepupunya itu sehingga lewat petang .

Dia redha kalau kena marah dengan ahli keluarganya yang lain . Itu mungkin balasan untuknya .

.......

" Kamu ni Niel , suka sangat buat kalut orang je ! Nasiblah si Aira tu tak apa-apa kalau kandungan dia gugur tadi , siap kamu mama kerja . " marah Puan Sri Erisya Yasmine .

" Dah lah ma , don't be so angry with abang . Maybe abang ikut je kot apa yang Kak Aira nak , well Kak Aira kan mengandung . Dia tak naklah kecewakan Kak Aira . Kak Aira pun dah sedar dah pun ma . " ujar Dellisya Haziqah , adik kepada Daniel Hakim sambil memegang bahu kanan mamanya .

" But Delly.... " belum sempat Puan Sri Erisya Yasmine .

" I'm fine makngah , don't worry too much . My baby want exsecise too . Lengguh asyik duduk je . " ujar Aira , cuba untuk membantu sepupunya .

" See , Kak Aira is fine with that . Nanti darah tinggi naik , siapa susah ? Papa jugak sudah . " ujar Dellisya .

Tan Sri Danish Halim memegang bahu kiri isterinya , " betul tu Yas , you ni selalu sangat naik angin hal orang lain padahal orang lain okay je . "

" You apa tahu ? You tu kerja , kerja , kerja , kerja je memanjang . " ujar Puan Sri Erisya Yasmine , mulutnya sudah muncung .

" Alaaa sayang i ni merajuk ke ? Janganlah merajuk , susah tau hati i nanti . Tak maulah masam muka , cuba tarik nafas hembus pastu senyum . " ujar Tan Sri Halim lembut , cuba memujuk buah hatinya .

Puan Sri Erisya Yasmine menjeling suaminya yang sedang senyum manis padanya .

Aira dan ibunya , Errin Dhia hanya tergelak sahaja melihat pasangan bahagia itu .

Tiba-tiba hati Aira jadi sebak dan dia menundukkan wajahnya tak nak sesiapa perasan wajahnya yang sedang sedih itu . Teringat kenangan bersama Khairil saat dia merajuk dan lelaki itu cuba memujuknya . Bahagia betul dia saat itu tapi itu semua tinggal kenangan sahaja .

Errin yang perasan akan perubahan wajah anaknya , dia mengeratkan pegangan ditangan anaknya . Aira mengangkat wajahnya dan memandang ibunya , ibunya mengangkat kening .

Aira faham isyarat itu , dia hanya menggeleng sahaja lalu dia tersenyum kelat . Errin seperti merasakan anaknya sorok sesuatu daripadanya , terus tangannya mengusap lembut pipi anaknya tanda memberi semangat kepada anaknya .

Aira mengangguk lalu dia kelipkan matanya banyak kali kerana matanya mula terasa panas dan mukanya sudah membahang . Dia cuba tahan daripada air mata mengalir .

......

Selepas Aira dibenarkan pulang , dia terus ke rumah keluarganya . Dia merebahkan badannya di atas katil . Tetiba rindu katil pulak .

' TOK ' , ' TOK ' , ' TOK '

Pintu diketuk tiga kali lalu Aira bangun dan dia duduk di birai katil .

" Masuklah , pintu tak kunci pun . " laung Aira .

Pintu dibuka , ibunya masuk ke dalam dan pintu ditutup semula serta dikunci . Dia mahu berdua-duaan dengan anaknya . Dia duduk di sisi anaknya .

" Ibu rupanya , ingatkan siapalah tadi . " ujar Aira lalu tersengih pada ibunya . Dia melentokkan kepalanya di bahu kiri wanita itu .

" Ibulah , Aira ibu nak tanya sesuatu boleh ? "

" Anything for you ibu . "

" Anything for me ? Promise ? "

" Yup , i promise ! "

" Siapa suami Aira ? Nama dia ? Kerja apa ? Kenapa Aira je ada ? Dia mana ? Please tell me dear . "

Aira terkedu . Kepalanya diangkat lalu dia memandang wajah ibunya . Specheless .

" Aira dah janjikan ? Anything for me right ? Please sayang . " pujuk Puan Errin Dhia . Dia benar-benar mahu tahu .

Aira menarik nafas kemudian menghembus nafas semula sebanyak tiga kali . Barulah dia jawab soalan ibunya dan ceritakan semua apa yang berlaku .

Tergamam . Terkedu . Terkejut . Ha semua ter lah .

Wajah Aira sudah basah dengan air mata . Hidung Aira sudah berhengus dek kerana menangis semasa ceritakan segala-galanya .

" Jadi betul ke Aira nak bercerai dengan dia ? Aira sanggup biarkan anak Aira membesar tanpa seorang bapa ? Aira sanggup buat macam tu kepada orang yang Aira sayang , cinta dan hari-hari rindu ? You will ? I don't think so sayang . Tolong jangan buat keputusan macam tu , it's so drastic sayang . " ujar Puan Errin .

" Apa lagi yang Aira boleh buat bu ? Dia dah lukakan hati Aira , sakitkan Aira dan dia dah tuduh Aira macam-macam ibu . Aira terlalu sedih sebab dialah antara lelaki yang Aira percaya , sanggup dia fitnah Aira macam-macam . Teruk sangat ke Aira ni ibu ? Lelaki tu cuma kawan baik Aira masa dekat UK je . " ujar Aira dalam sendu-sendu . Dia mengelap air matanya menggunakan tangan .

" Ibu faham , ibu tahu macam mana rasanya bila kita kena tuduh dan kena fitnah macam-macam dengan orang yang kita sayang dan cinta tapi perkara tu terjadi sebab ada hikmahnya . Mungkin nak kuatkan perasaan seseorang itu . Tengok ibu sekarang , walaupun 23 tahun hidup tanpa seorang suami dan keluarga sendiri tapi ibu bahagia ada family yang masih lagi sayangkan ibu dan anak ibu sorang ni datang cari ibu . Itulah yang sangatlah membahagiakan ibu . Aira Qasha kebahagiaan ibu . Kalau Aira sedih , ibu lun sedih jugak . Kalau Aira gembira dan bahagia , ibu pun ikut gembira dan bahagia . "

Terus Aira memeluk ibu kandungnya , ibunya membalas pelukkannya . Kemudian ibunya mengusap badan belakangnya .

" Dah jangan nangis dah ye , tak cantik anak ibu ni nangis . Kang kalau baby perempuan , susahlah nanti . Asyik tarik muka macam mama dia . " usik Puan Errin .

Aira tergelak kecil mendengar usikkan ibunya . Pelukkan sudah dileraikan .

" Dah tidur , besok teman ibu jaga kedai ye ? "

Aira mengangguk lalu dia baring selepas ibunya keluar dari biliknya .

' Airil , please back to me . I really need you until i died . ' ujar Aira dalam hati . Lama-lama matanya berat dan akhirnya tidur jua .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience