Rate

BAB 29-MERAJUK SUDAH

Romance Series 10492

Aira dan Khairil tidur dan berehat di hotel pada malam ini oleh kerana bilik di hotel itu telah ditempah selama 2 hari .

Selesai Aira mandi , Aira berehat di atas katil sambil membalas mesej yang dihantar oleh kawan-kawannya yang tidak dapat hadir pada hari pertunangan , hari perkahwinan mahupun hari reception . Walaupun kawan-kawannya tidak dapat hadir tapi Aira gembira kerana mereka masih lagi mengucapkan tahniah , itu sangatlah membuatkan Aira gembira .

Khairil yang melihat Aira senyum-senyum sambil main handphone terasa cemburu terus dia duduk di sebelah Aira . Aira buat tak tahu je , dia masih lagi sibuk dengan handphonenya .

Khairil berdehem , masih lagi tiada respons dari Aira . Khairil cuba memegang tangan kiri Aira tapi ditepis . Khairil cuba memeluk lengan Aira tapi Aira mengelak . Khairil hairan , dia memandang Aira pelik .

" Aira kenapa ni ? "
" Entah . "
" Sayang , janganlah buat abang rasa serba salah . "
" Ye ke ? "
" Betul , cuba sayang bagitahu abang kenapa sayang layan abang macam ni ? "
" Abanglah . "
" Kenapa pulak abang ? "
" Rapat sangat dengan si Tasha tu . "
" Lah pasal Tasha ke ? "
" Yer lah , habistu pasal apa lagi ? "
" Takde apalah . Sayang ni , janganlah cemburu pasal si Tasha tu . Tasha dengan abang memang rapat dari kecik lagi , kitorang selalu kongsi cerita dan dia dah ada boyfriend dekat Australia tu . "
" Betul ? "
" Ye betul , lagipun Tasha tak suka kongsi-kongsi ni , klau betul dia suka abang dia dah bagitahu abang dah sebab Tasha tu klau suka orang ke , dia mesti cepat bagitahu orang tu and dia sentiasa dapat orang dia suka tu . "
" Lega Aira dengar , kalau dia cuba nak rampas abang dari Aira , ha siaplah dia tu . "
" Kalau dia cuba nak rampas abang dari Aira , abang sendiri akan tolak dia mentah-mentah so Aira janganlah risau sangat ye sayang . "

Aira mengangguk laju kepalanya sambil senyum gembira dan memandang suaminya itu . Dia bahagia sekarang ini dan selama-lamanya .

.............

Aira yang sedang sibuk menangkap gambar haiwan Koala di Australia itu dipandang oleh Khairil disebelah Aira .

Sebenarnya niat dia nak bawak Aira ke Korea tapi Aira teringin hendak honeymoon di Australia . Khairil ikut sahaja apa yang sang isteri inginkan .

Aira seperti lupa bahawa Khairil disebelahnya , Koala itu lebih penting baginya berbanding Khairil . Khairil sudah muncung . Kalau tak dibawak ke Australia , mahu Aira merajuk drngan dia . Kang tak jadi honeymoon.

Aira baru perasan Khairil sudah muncung , jujur sebenarnya dia terlalu teruja berjumpa dengan haiwan Koala itu . Aira dekatkan dirinya pada badan Khairil , Khairil buat-buat tak tahu je . Maklumlah , orang merajuklah katakan .

" Abang . "
"hmmm..."
" Abang merajuk ke ? "
" Dah tahu tanya pulak. "
" Sorry , Aira teruja dapat jumpa Koala tu . "
" Tak nak kawanlah , pergilah berkepit dengan Koala tu . " ujar Khairil terus dia berjalan meninggal Aira di belakang .

Sebenarnya saja je nak sakat Aira , biar dia pulak rasa macam mana nak memujuk , asyik dia je rasa dipujuk bukan memujuk . Aira menggeleng kepala sambil bercekak pinggang melihat Khairil berlalu pergi . Dah tua bangka pun nak merajuk , dengan Koala pulak tu nak merajuk macam tak ada benda lain nak merajuk , Cis !

Aira mengejar suaminya yang tidak jauh dari situ , nasib suaminya tidak laju jalan kalau tak termengah-mengah jugaklah nak mengejar . Dia memaut lengan kanan sado milik suaminya sambil memandang suaminya dengan muka cute .

Khairil tidak langsung memandangnya , lemah nanti terus tak jadi merajuk lama . Aira ni suka sangat bagi free view macam tulah , kang terpandang muka Aira yang sudah dia cutekan tu habis cair hati dia melihat Aira.

Khairil berjalan menuju ke kedai serbaneka , dia ingin membeli cenderamata untuk keluarganya serta keluarga Aira di Malaysia . Aira duduk di bangku di kedai serbaneka itu sambil memandang suaminya yang sedang sibuk memilih barang untuk keluarganya dan keluarga Khairil .

Dia mengalah , tak biasa kalau suaminya itu merajuk . Susah betul . Rasanya ni first time Khairil merajuk dengannya . Aisehh !!! Susah banggat.

Akal bijak Aira sudah mendapat idea untuk memujuk suaminya itu , ' tunggulah malam nanti ' desis Aira dalam hati sambil senyum nakal pada suaminya itu .

Khairil perasan dengan pandangan serta senyum Aira yang lain macam , berkerut dahi dia , pelik dengan Aira.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience