Rate

BAB 71-PERTOLONGAN

Romance Series 10493

" SORRY aku lambat . " ujar Aira yang baru tiba di Starbuck di Pavillion Mall . Dia sudah berjanji dengan Syed Harraz Al-A'qif untuk berjumpa dengan lelaki itu kerana ada sesuatu hendak bincangkan.

" Kau ni memang suka eh buat orang tertunggu-tunggu . " bebel Syed Harraz .

" Alah bukan selalu Qif . "

" Bukan selalu ? Eh hello , aku dah kenal kau 9 tahun tau , dekat UK aku selalu lambat ke kelas disebabkan kau . Nasib tak kena notis . "

Aira sudah mengaru kepala , specheless . Tak tahu nak cakap apa .

" Alah , lek lek so kita dekat sini nak bincang kan ? Bukan nak dengar kau membebel . " ujar Aira .

" Kau pun kuat bebel . " balas Syed Harraz . Masih lagi tak nak mengalah .

" Dah lah , nanti aku tak tolong kau pikat Nurul untuk kau . " ugut Aira . Well , kegemaran ni ugut-ugut orang .

" Okay-okay , tolonglah aku Ra . " pujuk Syed Harraz.

" Tapi kena balas balik tau . " balas Aira sambil senyum . Itu senyum manyak makna loh...

" Boleh tapi kalau kau berjaya buat dia tu suka aku . "

" Okay deal . "

" Tapi kau nak aku tolong kau apa ? "

" Lepas Nurul tu suka kau , barulah aku bagitahu . "

" Okay Ra . " mengalah Syed Harraz Al-A'qif .

' SNAP ' , ' SNAP ' , ' SNAP ' , ' SNAP ' , ' SNAP '

..........

DI suatu parking lot Pavillion Mall , seorang lelaki yang sudah diupah untuk senangkao gambar Aira bersama Syed Harraz . Dalam gambar tersebut , Aira sedang tersenyum pada Syed Harraz , begitu juga Syed Harraz . Sesiapa sahaja melihat gambar itu , pasti akan salah faham .

" Bagus kerja kau , aku suka . Jelas , dekat dan terang . " ujar Hani . Ye , dia lah yang mengupah lelaki itu untuk menangkap gambar Aira Qasha dengan Syed Harraz di Starbuck .

" Boss , mana duit aku boss ? "

" Kau ingat aku tak bawak sekali ke ? Tak sabar betul . " ujar Hani . Kemudian , dia mengeluarkan sampul surat berwarna coklat dari beg tangannya dan beri kepada lelaki itu , " nah . "

Lelaki itu menyambut huluran itu , dia membuka sampul surat itu untuk mengira wang yang diberi setelah dia membuat kerjanya.

" Cukupkan ? So lepas ni aku tak nak kau muncul lagi depan mata aku atau kau bagitahu kerabat-kerabat dia pasal kau buat kerja ni , jangan rosakkan rancangan aku ! " amaran Hani kepada lelaki itu .

" Selama ni , aku tak pernah pun cari kau tapi kau cari aku dan mintak tolong kau . " jelas lelaki itu .

" Apa-apa je lah . " ujar Hani . Terus dia menutup cermin keretan honda sivic nya , menghidupkan enjen dan melucur laju keluar ke parking lot itu .

" Hani , Hani , Hani , Hani , Hani...kau ingat aku takut ke dengan perempuan psycho macam kau ? Dah lah gila , ada hati nak ugut aku yang otak masih waras ni..." ujar lelaki itu seorang diri .

Kemudian , dia pun menuju ke arah keretanya yang tidak jauh dari situ .

...........

HANI memberhentikan keretanya di perkarangan villanya . Sebelum masuk ke dalam Villa Tan Sri Hanif , dia mahu lihat semula gambar-gambar itu tadi , dia mahu puaskan hatinya .

Kemudian , dia tersenyum sinis , " Aira , Aira , Aira , Aira...kau tunggu kau . Aku tak akan biarkan hidup kau bahagia , aku akan pastikan sengsara selepas ni . Kau tak ada hak nak memiliki Khairil Nizam . Aku lebih berhak , dasar perempuan jahat . Aku tahu kau sebenarnya dengki dengan aku sebab sukakan Khairil . " ujar Hani seorang diri sambil melihat gambar itu .

" Aira Qasha , cerita sedih kau akan bermula tak lama lagi . Wait and see , madam ! " ujar Hani lagi . Kemudian , dia ketawa . Ketawa spesies orang jahat yang nak balas dendam . Kalau dapat bayangkan , ha itu lah ketawa dia .

Kemudian dia matikan enjin kereta honda sivic nya , dia mengambil bag tangan , telefon bimbit serta sampul surat berisi gambar itu .

Dia berlalu ke ruang tamu kerana tangga untuk naik ke tingkat atas di belakang ruang tamu . Hani mencebik dan membuat muka menyampah apabila abang angkatnya , Doktor Azri sedang menonton televisyen .

Baru je lepas lalu belakang sofa , Doktor Azri menegurnya , " Baru jumpa jalan pulang ke ? "

" Haah , kalau iye pun kenapa ? Ada masalah ke dengan kau ? "

" Takde . "

" Dah tu , tak payah nak menyibuk hal aku . "

" Dah solat ? Kejap lagi nak masuk isyak , pergi solat maghrib cepat . "

" Kan aku dah kata , tak payah nak menyibuk hal aku . Aku dengan hal aku , kau dengan hal kau . " ujar Hani tegas . Geram !

" Aku ni abang kau , so aku kenalah menyibuk hal kau tu . "

" Excuses me , abang aku ? Eh hello , aku ni ada kakak sorang je tau and kau tu cuma abang angkat aku je atau lebih kepada anak pungut . "

Doktor Azri sudah menundukkan mukanya , sungguh dia terkilan setiap kali Hani memanggilnya ' ANAK PUNGUT ' tapi dia cuba abaikan perasaan terkilan itu . " Even aku anak pungut sekalipun , aku tetap abang kau yang kena jaga kau , didik kau . Tu amanah arwah daddy pada aku untuk membentuk kau jadi manusia yang beragama dan sentiasa ada ilmu agama dalam diri . Mana amanah kau sebagai orang islam ? "

" Okay , kau cakap pasal amanah ? Kenapa kau sekatkan cad credit aku ? Bukan tu salah satu amanah arwah daddy ke ? Cakap orang , padahal diri tu pun tak jalankan amanah jugak . " ujar Hani dengan penuh sinis .

" Selama ni , aku tak pernah sekat cad credit kau . Aku baru je sekat , kau dah cakap macam-macam eh ? Apa selama ni , daun ke kau guna pergi shopping , makan , clubbing tu ? Duitkan kau guna . "

Hani rasa tercabar . Niat dia mahu abang angkatnya sakit hati dengan kata-kata dia tapi dia pulak terkena .

" Dah aku penat , nak naik atas . "

Doktor Azri melihat Hani berlalu kemudian dia baru teringat sesuatu , " kau dah makan ubat ke belum ? "

Hani yang baru sahaja mahu jejak kakinya ditangga , dia berpaling pada abang angkatnya , " ubat ? Apa kau merepek malam-malam ni ? Aku sihat walafiat okay , kau tu aku rasa kena makan ubat sebab manalah tahu ada fius putus ke . " ujar Hani kemudian dia senyum sinis pada abang angkatnya .

Doktor Azri hanya mengeleng dengan adiknya . Langsung tak berubah perangai sejak dia jejak kaki di Vill Tan Sri Hanif ini . Iye , adik angkatnya membenci dirinya sejak kecil lagi .

" Azri..." panggil Puan Sri Kamila .

" Ye mommy . " ujar Doktor Azri selepas berpaling ke arah ibu angkatnya yang masih lagi bertelekung berwarna putih . Alhamdulilah , mommynya menerimanya dengan hati yang terbuka di villa ni .

" Kenapa dengan Hani tu ? Tadi mommy tanya dah solat ke belum , tiba-tiba je dia naik angin . Kenapa tu nak ? "

" Biasalah mommy , kad kredit dia Az sekat , tanya dia dah solat ke belum lepas tu tanya dia dah makan ubat dia ke belum . "

" Lah patutlah dia naik angin semacam rupanya Az buat macam tu...." ujar Puan Sri Kamila kemudian di duduk di atas sofa sebelahan dengan anak angkatnya...

" Mommy , tadi Doktor Aryana call Az sebelum Hani balik. "

" Dia cakap apa ? "

" Dia kata dah banyak kali Hani tak datang appoiment dan haritu dia pernah nampak Hani cakap sorang-sorang dalam kereta , dia takut mental Hani makin lama makin teruk . "

" Jadi , kita nak buat apa ni Az ? Mommy takut jadi apa-apa dekat Hani lagipun sejak arwah daddy meninggal , mommy tengok sakit dia tu makin teruk . "

" Az tahu , Az pun takut jadi apa-apa dekat Hani . "

" Mommy... " panggil Hani tiba-tiba..

" Ye ? Hani nak apa sayang ? "

" Where is kakak ? I means Hana , where is she ? "

Puan Sri Kamila dan Doktor Azri berpandangan antara satu sama lain . Kelu lidah nak berbicara .

" Jawablah , orang tanya ni !!!" ujar Hani dingin .

" Hana ? Hani lupa ke ? Hana kan duduk dengan suami dia . "

" Ouh , iyelah Hani lupa akak dah kahwin . Okaylah , Hani naik atas dulu . " ujar Hani terys dia mendaki tangga untuk menuju ke biliknya .

Puan Sri Kamila berpaling pada Doktor Azri selepas dia memastikan Hani hilang dimatanya .

" Az , apa perlu kita buat ni ? Sakit Hani makin teruklah Az. "

" Az pun rasa macam tu , takpe mommy jangan risau ye . Nanti Az berbincang dengan Doktor Aryana . "

" Tolong ye Az. "

Doktor Azri hanya mengangguk tanda iye . Kemudian dia memeluk bahu ibu angkatnya , pasti hati tua itu susah hati melihat anak yang dikandung selama 9 bulan , disayangi , dikasihi menjadi seperti itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience