Rate

BAB 94

Romance Series 10493

4 bulan kemudian

Begitu pantas masa berlalu , pejam celik pejam celik kandung dia sudah cukup bulan . Tengah tunggu masa sahaja .

Alhamdulilah , semua berjalan lancar . Selepas beberapa hari malam suaminya buat kejutan itu , dia , Khairil dan juga ibunya , Puan Errin Dhia pulang ke tanah air mereka .

Mama terlalu teruja dan sungguh gembira dapat jumpa madu kesayangannya setelah 23 tahun berlalu . Papa ? Papa jugak sudah jernih hubungannya dengan ibu yang tergantung . Papa menerima ibu seadanya .

Abang Airan ? Selama beberapa minggu dia di UK rupanya Kak Ayuni mengandung dan sekarang kandungan Kak Ayuni sudah mencecah hampir 4 bulan . Abang Aidan dan Tiara seperti sebelum ini , sentiasa hidup bahagia dan tiada sesiapa yang cuba runtuhkan rumah tangga mereka .

Khaina Nabila ? Baru je tunang sebulan lepas , bukan main happy adik iparnya . Tak sangka , dalam rumah tanggany dulu hampir rentak , adik iparnya sudah lama mempunyai hubungan istimewa bersama seseorang .

Aiman dengan Kiara ? Tu lah love bird paling bahagia , bukan main sayang Aiman pada sahabatnya itu . Walaupun Tengku Aiman Zarif tu selalu busy dengan kerja di pejabat tapi dia bijak bahagikan masa kerja dan masa bersama family . Kalau dia kena outstation , dia akan bawak isteri dan anaknya sekali . Tak sanggup berjauhan katanya , sayang sangat dan bertambah sayang bila mereka dikurniakan anak pada pasangan tu yang bernama Tengku Atif Zaril . Hensem bolehlah .

Edwin dengan Elyana ? Adik sepupunya di UK ? Kalau boleh , hari-hari nak facetime dengan dia . Katanya rindulah , tak ada kawan buallah , sunyilah , macam-macam alasan . Ni minggu depan katanya nak holiday dekat Malaysia . Excited nak jumpa tu .

Daniel dengan Natasha ? Alhamdulilah , mereka sudah diijab kabul selepas sebulan bertunang . Daniel menerima kelebihan dan kekurangan Natasha termasuklah yang Natasha itu sebenarnya pernah diperkosa tapi Daniel tetap menerima . Daniel langsung tak kisah . Dia turun gembira terhadap sepupunya .

Syed Harraz Al-A'qif dengan Nurul Suraya ? Selepas dia dua minggu dia pulang ke Malaysia , mereka diijab kabul jugak di rumah Nurul . Keluarga Qif yang kaya raya itu pun sungguh baik dan tidak kisah langsung tambahan mereka lebih suka kerana dapat melihat suasana kampung .

Dia dengan Khairil ? Alhamdulilah , makin happy , makin bahagia , makin sayang dan makin bertambah rasa cintanya pada suami dia . Walaupun hari-hari jumpa tapi tetap hari-hari rindu .

" Good moring angel . "

" Good morning too king . "

" What are you doing ? Kenapa tak kejut abang ? " soal Khairil yang baru sahaja bangun dari tidurnya . Terus dia duduk di kepala katil sebelah isterinya .

" Tak ada apa cuma tersedar pastu dapat tengok muka king Aira so Aira nak tataplah muka dia puas-puas . " ujar Aira sambil senyum nakal pada suaminya . Dia lentokkan kepalanya pada bahu kiri suami dia yang turut duduk di kepala katil dengannya .

" Dah puas ke belum ? "

" Belum hmm... "

" Tak payah sedih sangat , besok-besok ada lagi . "

" Kalau tak ada ? "

" Insya Allah , ada punya . Doa-doa yang baik-baik sudah lah . " ujar Khairil sambil memegang jari-jari isterinya .

" Okay...err...auw... " adu Aira tiba-tiba .

" Kenapa ni sayang ? " soal Khairil gelabah .

" Sak..it..macam...nakkk...ber...sa.. lin...je..." ujar Aira sekat-sekat kerana menahan rasa sakit diperutnya .

" Sayang tunggu kejap . " ujar Khairil . Dia turun dari katil lalu dia mengambil kunci kereta Lamborghini birunya , dompet dan handphonenya dimasukkan ke dalam poket . Dia berlalu ke pintu , dia membuka luas pintu itu .

Kemudian , dia berlalu ke arah isterinya yang sedang menahan sakit diperut itu . Dia mendukung isterinya , kedua belah tangan isterinya memeluk lehernya . Dia terus melangkah keluar dari biliknya .

Walaupun perlu cepat tapi dia dia perlu turun tangga berhati-hati agar tidak jatuh tambahan berat badan isterinya bukan main berat sekarang .

" Woi ! Nak pergi mana ? " soal Airan yang sedang bermain game di handphone di ruang tamu . Hujung minggu begini , semua ahli keluarga yang duduk rumah sendiri perlu pulang ke rumah keluarga agar tidak dilabelkan lupa keluarga .

" Aku rasa Aira nak bersalin . " ujar Khairil , tangannya cuba membuka pintu rumah itu .

Airan yang dengar itu terus matikan game dan masuk ke dalam poket seluarnya . Nasib dompet dibawa sekali tadi . Dia terus lompat sofa dan berlari ke arah pintu .

Pintu dibuka olehnya apabila Khairil susah hendak bukaknya .

" Aku pandu , mana kunci kereta kau ? " soal Airan . Khairil hanya menunjukkan bibirnya pada poket srluar dia . Airan mengambil terus memakai selipar dan berlari ke arah garaj untuk hidupkan enjin kereta . Diikuti oleh Khairil dibelakang .

Masuk sahaja Khairil dalam kereta , kereta Lamborghini birunya terus melucu keluar dari kawasan rumah itu dan menuju ke jalan raya .

Khairil sudah ketakutan disisi Aira yang terserlah wajah isterinya mula pucat , berpeluh serta merah-kemerahan .

' Ya Allah , tolong selamatkan anak dan isteri aku Ya Allah... '

........

Khairil kulur-kilir di pintu hadapan wad kecemasan itu . Airan beriak tenang sahaja tapi hatinya macam nak pecah tengok wajah adik kesayangan dia tadi tu pucat habis macam tak ada darah dalam badan .

" Kau dah call yang lain " soal Khairil .

Airan tidak menjawab , dia hanya mengangguk kepalanya .

" Khairil , Airan . " laung seseorang .

Khairil berpaling ke arah orang yang memanggilnya . Seluruh ahli keluarganya sudah datang .

" Macam mana keadaan Aira ? " soal Puan Errin .

" Masih dalam wad lagi ibu , Airil risau ni . " ujar Khairil . Hidung tak dapat bernafas dengan tenang lagi . Seperti sesak nafas tiba-tiba .

" Sabarlah Airil , doa yang baik-baik untuk bini kamu . " ujar Tan Sri Aidil sambil menepuk perlahan bahu menantu lelakinya . Khairil mengangguk lemah , hatinya resah .

Khaina melangkah ke abang kesayangannya , " Relax abang , doa yang baik-baik je . Kak Aira tengah berjuang tu , kita kat sini mampu doa je untuk dia . " nasihat dia sambil mengenggam kedua belah tangan abangnya .Khairil mengangguk lagi , lidahnya kelu .

Setelah tiga jam menunggu , barulah pintu wad kecemasan yang dimana pintu itulah bilik rawatan Aira .

Seorang doktor perempuan bersama seorang jururawat disebelahnya keluar dari bilik rawatan itu .

" Macam mana isteri saya doktor ? " soal Khairil .

" Ahli keluarga Puan Aira Qasha ? "

" Saya suami dia dan yang lain ahli keluarga . Macam mana isteri saya doktor ? " jawab Khairil .

" Congratulations encik , isteri encik bersalin anak kembar . Seorang lelaki dan seorang perempuan . " ujar doktor itu setelah dia membuka mask yang dia pakai tadi .

" Serious ke doktor ? "

" Saya pun tak ada masa nak main-main encik . "

" Alhamdulilah tapi macam mana isteri saya ? "

" Puan Aira pun selamat , tak ada apa-apa yang merbahaya selepas bersalin . " ujar doktor itu .

Khairil mengangguk , dia tersenyum lebar . Sungguh dia sangat bersyukur , anak-anak dan isterinya selamat .

' Ya Allah , terima kasih selamatkan mereka . '

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience