Rate

BAB 91

Romance Series 10492

Khairil perlahan-lahan buka daun pintu berwarna putih itu . Dia menjenguk kepalanya ke dalam bilik itu . Tiada bayang sesiapa pun . Dia hairan namun kakinya tetap melangkah masuk ke dalam bilik itu bersama beg lunggagenya .

Kemudian dia tutup semula daun pintu itu . Beg lunggagenya ditarik letak ke tepi dinding .

Tiba-tiba....

" Asal tak ketuk masuk bilik orang ? " soal Aira yang tangannya masih memegang suis lampu itu . Sekarang ini bilik yang tadi gelap gelita kini menjadi terang menerang .

" Eerrr takut abang ganggu sayang tidur . "

" Aku tak ngantuk lagi , that's why aku tak tidur . " ujar Aira dingin . Wajahnya jelas tiada senyuman . Sungguh rindu lelaki dihadapannya tapi dalam masa yang sama , dia benci dan sangat marah pada lelaki itu .

" Ohhh kenapa tak ngantuk lagi ? Bukan sayang selalu ngantuk ke ? Waktu macam ni selalunya dah tidur . "

" Eh suka hati aku lah ! Kau menyibuk nak tahu pahal ? "

" Sebab abang risaulah . "

" Aku tak perlukan kerisauan kau . "

" Maafkan abang atas apa yang dah berlaku , abang kesal sangat . Abang dah sedar , abang dah ingat semuanya . "

" Maaf ? Senangnya cakap . Kesal ? Tu salah kau bukan aku . Dah ingat ? So kau kenalah tanggung atas apa yang kau dah buat . Aku tak bersalah dalam hal ni sebab tu diri kau bukan aku . Dah lah malas aku nak layan kau , baik aku rehat . "

" Okaylah tapi abang tak akan berhenti memujuk Aira Qasha Binti Tan Sri Aidil sebab abang dalam misi memikat hati isteri abang . "

" Lantak kau lah ! Nak pikat ke apa . Tak kisah yang aku kisahnya bila kau nak ceraikan aku ? Tu yang aku kisah . "

" I will never divorce you sayang . "

" Kalau aku boleh jatuhkan talak , dah lama aku buat tau . " ujar Aira lalu dia merebahkan badannya diatas katil . Selimut ditarik menutupi seluruh tubuhnya .

Khairil mengeluh perlahan mendengar kata-kata isterinya . Mungkin ini karma buat dirinya . Itulah Aira Qasha yang dia kenal , akan benci , susah memaafkan orang yang buat jahat dengannya dan akan keluarkan kata-kata yang menyakitkan hati .

Dia membuka beg luggagenya , dia mengeluarkan sepasang baju tidur , pakaian dalamnya serta tuala . Kemudian dia berlalu pergi ke dalam bilik air itu . Pintu bilik air ditutup dengan lembutnya .

Aira yang mendengar pintu bilik itu ditutup , dia melepaskan keluhan kecil , lega rasanya .

" Maafkan aku Khairil , aku sayang kau dan aku mengaku yang aku cintakan kau tapi aku terlalu ego . Susah aku nak maafkan kau , susah aku nak lupakan apa yang terjadi , susah aku nak terima kau semula dan susah aku nak percaya kau lagi sekali . " Aira mengumam perlahan . Cukup hanya dia yang dengar setiap bait kata-katanya . Lama-kelamaan kelopak matanya jadi layu dan akhirnya dia tertidur jugak .

Pintu bilik air dibuka dari dalam . Khairil keluar sambil mengeringkan rambutnya , dia melihat isterinya susah pun tertidur . Dia senyum nipis .

Dia pergi ke meja solek untuk menyikat rambutnya . Selesai itu , tuala yang dia sangkut di bahu kanannya dijemur di hanger yang terdapat disitu .

Dia berlalu ke suis lampu untuk menutup lampu . Apabila lampubsydah terpadam , barulah dia merebahkan badannya di atas katil bersebelahan dengan isterinya .

Dia meiringi isterinya . Tangannya terus memeluk gadis itu , dia rindu sangat-sangat pada isterinya .

" Sayang , maafkan abang . Abang tahu abang salah , abang bodoh sangat-sangat tapi abang dah sedar , abang dah ingat dah siapa sayang pada abang . Abang terlalu sayang dekat Aira , isteri abang ni . " ujarnya . Dia makin eratkan pelukannya lalu dia turun lena bersama isterinya .

........

Aira membuka kelopak matanya . Dia merasakan sedikit tidak selesa di pinggangnya , dia menoleh kebelakangnya . Wajah Khairil yang sedang nyenyak tidur itu .

Dia tersenyum tipis . Sungguh dia rindu tapi kerana ego , dia terpaksa bersikap dingin dengan suaminya .

" Abang tahu abang hensem . " ujar Khairil yang matanya masih terpejam itu lalu matanya terus dibuka . Senyuman menghiasi bibirnya lalu dia kenyitkan matanya pada isteri dia .

Terus tubuh sasa Khairil ditolak oleh Aira . Malu , marah , geram , sakit hati , suka , rindu , sayang , semua bercampur baur saat ini .

" Siapa kasi kau sentuh aku ? " jerkah Aira .

" Itu hak abang nak sentuh sayang , tak perlukan izin sesiapa pun . " ujar Khairil yang sudah duduk bersila di atas katil itu .

" Heh , get lost ! " ujar Aira kemudian dia mencapai tualanya dan berlalu ke dalam bilik air .

Khairil hanya melihat sahaja kerenah bini dia .

" Suka tapi ego haish Aira...Aira...Aira...nasib aku sayang kau . " omel Khairil perlahan lalu dia merebahkan badannya semula dan tidur .

.......

Aira menjeling sahaja Khairil disebelah kirinya . Bukan main rapat suaminya duduk disebelah dia .

" Auw sweet Kak Aira dengan Abang Airil . " puji Elyana tiba-tiba yang duduk dihadapannya kemudian dia mengangkat sudu yang terisi nasi goreng dan disuap masuk ke dalam mulutnya .

" Ye ke ? " soal Aira .

' Sweet kejadah kau lah El . ' omel Aira dalam hati .

" Iye kak . "

" Dah ramai sangat cakap kitorang ni sweet , well Kak Aira ni cantik bak bidadari and abang pula hensem bak bidadara untuk Aira Qasha . " ujar Khairil sambil memandang Aira . Aira membalas pandangan Khairil , jeling tajam dihadiahkan buat Khairil namun lelaki itu buat tak tahu sahaja malah dia mencium pipi kiri isterinya .

" Oh my god ! Agak-agaklah nak buat aksi begini . El masih muda dan mentah okay . " ujar Elyana , saja mahu mengusik . Ahli keluarga yang berada di meja makan itu menahan tawa sahaja .

Aira merapatkan mulutnya pada telinga Khairil , " How dare you man ? " bisiknya geram .

" Kenalah dare . Apa guna jadi lelaki kalau tak berani wahai sayangku . " balas Khairil , mulutnya turun berbisik di telinga isterinya .

Aira menjeling geram . Dah lah malu , suka hati je suami dia cium dia dekat ahli keluarga yang lain .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience