Rate

BAB 80-PENERANGAN

Romance Series 10492

>DI Malaysia

" Betul ke apa yang awak cakapkan ni Nurul ? Betul ke dia ada dekat Australia sekarang ? Betul ke dia gaduh besar dengan suami dia ? " tanya Syed Harraz Al-A'qif setelah mendengar cerita yang diujarkan oleh tunangnya , Nurul Suraya .

" Betul Qif , saya tak tipu awak pun . Kalau bukan sebab puan sri call saya , saya tak akan tahu cerita ni . Puan sri sedih sangat sekarang ni sebab nasib anak dia . " ujar Nurul penuh yakin .

" Saya rasa bersalah pulak sebab saya lah , suami Aira salah faham dengan dia . Aira tu dah banyak bantu saya untuk dapatkan awak dan saya akan bantu dia perbetulkan keadaan ni . "

" Kalau macam tu , saya nak ikut . Saya akan bantu awak jelaskan semua ni . Kita buat ni untuk kebahagiaan Aira ye . "

" Ye , untuk kebahagiaan Aira . "

Dia rasa kesal sangat dan bersalah . Kerana dia lah perbalahan dan salah faham antara suami isteri itu berlaku . Dan mungkin ada orang sudah merancangnya.

...........

PINTU rumah Tan Sri Aidil diketuk dari luar . Terus sahaja Airan berlari ke arah pintu dan membukanya . Sejak Aira bawak diri ke Australia , dia dan Ayuni tinggal bersama mama dan papanya . Ayuni setuju kerana sudah lama dia tidak berjumpa keluarga mertuanya .

" Assalammualaikum . " ujar Syed Harraz .

" Waalaikummusalam , ye cari siapa ? " tanya Airan .

Kemudian , pandangan dia jatuh pada gadis di sebelah lelaki itu . Itu PA adiknya , Nurul Suraya .

" Nurul , kenapa awak datang dengan lelaki ni ? " tanya Airan pelik .

" Dia tunang saya Tuan Airan . "

" Oh ye haritu awak bertunang , maaflah keluarga kami tak dapat datang . Takpe , nanti masa awak kahwin , kami datang ye . "

" Baiklah Tuan Airan . "

" Silakan masuk . "

' Abang kau baik , sama macam kau Aira . ' desis Syed Harraz dalam hati . Dia senyum segaris pada Airan .

Kemudian Syed Harraz Al-A'qif masuk ke dalam rumah itu diiringi oleh Nurul Suraya .

" Duduk dulu ye , saya mintak isteri saya buatkan air . "

" Terima kasih . " ujar Syed Harraz kemudian dia melabuhkan punggungnya di atas sofa . Nurul duduk di sebelahnya .

" Ayuni , awak buatkan air untuk tetamu kita . "

" Siapa tu ? "

" Saya pun tak tahulah , takpe awak buatkan air untuk diorang . Tetamu ni pembawa rezeki . "

" Baiklah . " ujar Ayuni sepatah kemudian dia membuat air seperti yang disuruh oleh Airan .

Airan melabuhkan punggungnya berhadapan tempat duduk Syed Harraz dan juga Nurul Suraya .

" Ha ada apa ye ? Encik ni siapa ? "

" Saya Syed Harraz Al-A'qif , anak kepada Syed Hamid . Mesti kenal kan ? " tanya Syed Harraz .

" Oh jadi kau lah lelaki dalam gambar tu ? "

" Ye saya . "

" Kenapa tiba-tiba je datang sini ? "

" Saya nak tolong Aira . "

" Tolong Aira ? Maksudnya ? "

" Saya nak jelaskan semuanya kepada suami Aira yang semua ni hanya salah fahan semata-mata . "

" Dah terlambat pun , Khairik tu tak akan patah balik . "

" Selagi hubungan diorang masih lagi suami isteri , saya akan tetap bantu Aira . Dia dah bantu saya banyak dan bila saya nak membalas , dia menolong . Dia kata , biarlah Allah balas segala pertolongan aku suatu hari nanti atau di akhirat nanti . "

" Allahu , Aira...Aira..."

" Jadi saya nak jumpa suami dia , saya mintak keluarga Aira jadi saksi . Saya nak keluarga Aira dengar penerangan saya nanti dan jangan lupa bawak gambar tu . "

" Baikah , kalau macam tu saya suruh keluarga saya bersiap pergi ke rumah suami dia . "

Syed Harraz hanya mengangguk dan tersenyum . Misi dia akan berjaya sebentar lagi . Dia tak sanggup sahabatnya itu menderita .

............

" SILAKAN masuk semua . " ujar Tan Sri Adam kepada tetamu yang hadir , iaitu keluarga Tan Sri Aidil .

Setelah Tan Sri Aidil dan yang lain sudah duduk . Minuman disediakan oleh pembantu rumah , Mak Timah dan Khaina Nabila .

Selesai air dituangkan ke cawan , Mak Timah berlalu ke dapur dan Khaina duduk di sebelah Puan Sri Khalidah . Khairil memandang tajam ke arah Syes Harraz.

" Ada apa ye datang ni Lia ? Dil ? " tanya Puan Sri Khalidah .

" Pasal budak dua orang ni , Khairil dengan Aira . " ujar Puan Sri Dahlia .

" Kenapa dengan diorang Lia ? Janganlah kau kata yang kau wakil Aira nak suruh diorang bercerai . " ujar Puan Sri Khalidah . Dia tidak mahu anaknya bercerai .

" Allahu Idah , apa yang kau cakapkan ni ? Aku tak terfikir pun pasal tu , kami datang ni sebab kami nak perbetulkan keadaan . " terang Puan Sri Khalidah .

" Nak perbetulkan ke memang nak suruh saya ceraikan perempuan tu ? " tanya Khairil penuh sinis .

Tan Sri Aidil sudah naik angin , mahu sahaja dia tumbuk Khairil sekarang tapi ditahan oleh anaknya , Airan .

" Kenapa kau tak sebut je nama dia ? " tanya Syed Harraz . Ni tak boleh jadi , dia sangat marah kalau lelaki panggil Aira 'PEREMPUAN' bunyi seperti jahat sangat Aira tu .

" Kau siapa nak tanya aku ? " tanya Khairil sambil menunding jari kanannya ke arah Syed Harraz . Matanya tetap tajam memandang Syed Harraz tu .

Syed Harraz mengeluarkan gambar dari sampul surat . Khairil mengangkat keningnya , iyalah pelik satu dan itu sampul surat yang dia dapat sebelum Aira balik KL dari Pahang tu .

Syed Harraz mengambil sekeping gambar dan menayangkan kepada Khairil , " do you know who is he ? "

" So kau lah boyfriend perempuan tu . " ujar Khairil . Begitu berani lelaki itu muncul dihadapan dia .

" Boyfriend ? Oh yah , BoyFriend is means 'KAWAN LELAKI' . " jawab Syed Harraz .

" Engkau ni , memang naikkan darah aku lah . " angin Khairil . Dia sudah bangun dari duduknya .

" Kau fikir darah kau je ? Habis tu darah orang lain ? Ada kau fikir ? Kau sakitkan Aira , naikkan darah orang lain , buat orang marah dengan kau , ada kau fikir ? Tak ada kan . " ujar Syed Harraz . Geram betullah dia dengan si Khairil ni . Harap je muka hensem tapi tak reti guna otak .

Khairil merengus geram .

" Okay , untuk siapa disini yang masih lagi tidak kenali saya . Nama saya ialah Syed Harraz Al-A'qif Bin Syed Hamid . Saya kawan baik Aira Qasha semasa kami sama-sama belajar di UK selama 9 tahun . " terang Syed Harraz .

" Apa yang kau nak bebel ni ? Just straight to the point . " marah Khairil .

" Airil , jaga adab ! " ujar Tan Sri Adam .

Khairil duduk semula apabila Tan Sri Adam mengisyaratkan menyuruhnya duduk .

" Okay memandangkan kau tak sabar nak tahu sangat . " ujar Syed Harraz kemudian dia mengenggam semua gambar dia dan Aira itu . Dia mengoyakkan semuanya sehingga kecil .

" Kau pahal koyakkan gambar tu ? " marah Khairil lagi .

" Kau tak gosok gigi kan pagi tadi ? " tany Syed Harraz .

' Mamat ni betul-betul cari nahaslah . ' desisi Khairil dalam hati .

" Aku gosok tau , kau pahal tuduh aku tak gospk gigi ah ? " tengking Khairil , kini suaranya lebih tinggi .

" Kau marah ? Ha macam tu lah Aira Qasha , isteri kau tu marah dekat kau . Dia marah dia lain , dia tak akan luahkan tapi marah dia , dia akan pergi jauh dari orang yang buat dia marah tu . " ujar Syed Harraz . Itulah Aira Qasha yang dia kenal .

" Boleh tak berhenti berkias-kias , cakap je lah apa yang kau ni bahlol !!! "

" Okay fine , aku akan stop berkias-kias sebab orang yang amnesia ni otak dia kurang bijak sikit . " sindir Syed Harraz .

" Eh kau ni ! " geram Khairil .

' Ibu dengan abah ni tak marah ke mamat ni cakap macam-macam pasal aku dekat depan diorang ni . Ish...tak reti bela anak betullah . ' omel Khairil dalam hati .

" Aku , Syed Harraz tak pernah ada apa-apa ikatan yang istimewa sejak kami kenal sehingga kini dan selamanya . Sebab dia ada suami dan anak . Aku , akan berkahwin tak lama lagi dengan Nurul Suraya . Kami cuma ikatan persahabatan sahaja . Dalam gambar tu , itulah kali terakhir aku jumpa dia . Dia mintak tolong aku carikan kawan kitorang yang doktor makmal sebab dia nak kawan kitorang tu , buat DNA tulisan . Dia nak cari mak kandung dia , kau sendiri tahukan Puan Sri Dahlia ni mak tiri dia . Mak kandung dia Errin Dhia yang 23 tahun hilang ke mana . " terang Syed Harraz panjang lebar .

" Mana Harraz tahu pasal tu ? " tanya Puan Sri Dahlia .

" Maafkan saya kalau saya sibuk hal keluarga puan sri , saya tanya semuanya pasal Aira dekat Nurul sebab saya nak kenal lebih dekat dengan Aira . "

" Maknanya abang dah fitnah Kak Aira lah . " ujar Khaina .

" Dah curang nak buat cerita pulak . " ujar Khairil . Masih lagi dengan kenyataan yang terang-terangan dah salah .

" Buat cerita ? Muka aku ni nampak main-main ke ? Kau cakap jelah yang kau tu dah tak suka Aira , kau sebenarnya nak ceraikan dia tapi kau kesian dekat dia . Wey , aku nak cakap ni . Kalau kau kesian dekat dia , baik kau buang perasaan kesian tu jauh-jauh sebab Aira tak akan pandang kau dah . Kau dah keluar dari hati dia ! "

" Aku tak pernah berlakon , dia tu memang kaki curang ! " jerit Khairil .

" KHAIRIL NIZAM ! JANGAN TERLALU BIADAP DENGAN ORANG ! " tengking Tan Sri Adam , lebih tinggi suaranya dari Khairil tadi .

" Abah , abah lebih percaya dan bela perempuan tu daripada anak sendiri ? Bapak jenis apa abah ni . "

" Woi , kau yang patut tanya soalan tu dekat diri kau , bukan bapak kau . Kau tu manusia jenis apa ? Lelaki dayus ? Lelaki gila ? Sewel ? " ujar Aidan dengan penuh marahnya .

" Eh Aidan , kau tak payah nak penyebuk hal aku lah . " tengking Khairil .

" Oh ye , kau seronok tak haritu video call dengan perempuan tu ? " sambung Khairil lagi . Antonasi suaranya sekarang ini , agak rendah .

" Video call ? Aku tak pernah video call dengan mana-mana perempuan dan perempuan yang kau maksudkan Aira Qasha . Jujur aku katakan yang aku tak pernah video call dengan dia . Mungkin dia luahkan dekat kawan perempuan dia kot tapi kau ada kesah ke dia buat apa ? " sinis Syed Harraz mengajukan soalan .

" Airil , kenapa Airil berubah nak ? Mana Khairil Nizam yang baik , bukan pemarah , tak cepat melenting yang dulu ? Mana Khairil Nizam yang dulu ? Ibu rindu sangat dengan Khairil Nizam yang dulu . " ujar Puan Sri Khalidah dalam sendu-sendu .

" Ibu , Airil dulu macam tu ke ? " tanya Khairil .

" Ye , Khairil dulu terlalu takut nak sakiti Aira Qasha , wanita yang dia cintai selama 12 tahun . Walaupun Aira layan Airil kasar , Airil tak lanhsung terasa hayi dengan Aira . Khairil dulu , kalau dia jadi penyebab kesakitan Aira , dia akan jadi penawar dan ubat untuk kesembuhan Aira . " terang Puan Sri Khalidah .

" Kenapa Khairil langsung tak ingat pasal dia ? " tanya Khairil yang sudah berdiri .

" Mungkin Allah nak uji kesungguhan Khairil mencintai Aira . Rupanya itu hanya perasaan sementara sahaja bukan kekal . " ujar Puan Sri Khalidah .

" Atau mungkin kau terlalu kejar cinta manusia , bukan cinta Dia . " tambah Syed Harraz .

Tiba-tiba kepala Khairil jadi pening , sakit dan berdenyut-denyut . Penglihatannya jadi kabur serta-merta . Wajah setiap orang disini , tidak dapat dia lihat . Akhirnya dia tersungkur atas lantai dan matanya perlahan-lahan tertutup rapat .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience