Rate

BAB 8-FOCUS SPM DAN TINGGALKAN SI MONYET

Romance Series 10492

Sampai sahaja Khairil di rumah , terkejut Puan Sri Khalidah melihat wajah tampan anaknya itu . Pagi tadi bukan main bersih muka , ni bila dah balik rumah tiba-tiba je muka bertampal sana sini siap aku lebam lagi tu .

" Airil , kenapa dengan muka anak ibu ni ? "
" Ermmm....."
" Airil gaduh lagi ? "
Lambat-lambat Khairil mengangguk .
" Sebab Aira ? "
Khairil mengangguk lagi sekali .
" Macam-macamlah anak ibu ni , dah lah pergi mandi lepastu turun bawah makan okay ? "
" Okay ibu . "

Terus Khairil mendaki tangga rumahnya dan masuk ke dalam bilik kepunyaan . Puan Sri Khalidah hanya menggeleng , dah biasa dah . Bukan sekali dua Khairil gaduh sebab Aira tapi dah berkali-kali .

.......................

Aira masuk ke dalam bilik dan mengambil tuala mandinya terus berlalu ke dalam bilik airnya agar kemarahannya pada Khairil dapat dilegakan . Selesai mandi , Aira memakai baju t-shirt dan seluar sukan , alah pakaian kat rumahlah . Kamudian , Aira membentang sejadah , dia memakai telekung dan menjalankan tanggungjawabnya sebagai orang islam .

Selepas beberapa minit , dia sudah selesai solat Zohor . Saat dia ingin menanggalkan telekungnya . Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi , menandakan ade call masuk . Sape lagi kalau bukan jiran sebelah yang buat dia menyampah sangat . Tak nak je jawab tapi terpaksa jawab jugak , kang monyet tu ganggh dia seharian pulak .

" Assalammualaikum Encik Monyet ! "
" Waalaikummusalam Cik Panda . "
" Nak ape ? "
" Keluar jom , mesti kau free kan ? Aku tahu dah . "
" Eh hello ! Aku busy bye ! "

Beberap minit ketika , telefon Aira berbunyi lagi terus dia mengangkat call itu .

" Apa yang busy sangat ? Sampai takde masa nak keluar dengan aku . "
" Dari pagi sampai lah pukul 2.30 petang tadi kita berdua , bagilah aku rehat ! Penat tau , aku nak tido . Dah lah bye ! "

" Haih perempuan ni , kalau nak tido tu cepat aje . Kalau aku ajak keluar , macam-macam alasan dia bagi aku . Haihlah panda , nasiblah kau tu crush aku . " omel Khairil seorang diri .

.....................

' TOK ' , ' TOK ' , ' TOK '

Pintu bilik Aira diketuk dari luar . Aira tersedar kerana ketukan pintu itu . Aira masih mamai-mamai , ' sape pulak kacau aku tido ni . ' omel Aira .

' TOK ' , ' TOK ' , ' TOK '

" Yer kejaplah ! Takde iman ke ? Tak reti menyabar . " bebel Aira , fuh pedih mat dengar minah ni bebel .

Aira membuka pintunya , dia masih mamai-mamai . Matanya belum segar lagi .

" Dah asar dah cik kak oi ! "

Apabila Aira melihat empunya suara itu , terus dia berkata , " Khairil ? What are you doing here ? "
Pelik , kenapa Khairil boleh ade dekat rumahnya ?

" Woi cik adik ! Angau ape ? " jerit Aidan kuat sehingga tingkat bawah boleh dengar .
" Ha ? Abang Aidan ? "
" Abang sendiri pun dah tak ingat ke ? Sampai ingat kita ni Khairil pulak , Khairil dekat rumah sebelahlah . "
" Mana ade angau , ish abang ni . "
Mereka berdua mendengar ade tapak kaki yang yang sedang menuju ke arah mereka , siapa lagi kalau bukan abang dia lagi sorang tu .
" Kenapa jerit-jerit ni abang long ? Adik ? " tanya Airan risau.
" Iran , adik kita ni tengah angau dengan jiran sebelah . " ujar Aidan .
" Jiran sebelah ? Maksud abang long ? " tanya Airan pelik .
" Siapa lagi kalau bukan jiran yang dia rapat sekali , mestilah Khairil Nizam . " jelas Aidan .
" Lah Khairil rupanya , adik sejak bila official ha ? " usik Airan dengan muka yang penuh curiga .
" Ma.....naa....ade...." ujar Aira , muka dah merah .
" Mana ade konon , padahal dalam hati bukan main berbunga-bunga . Silap hari bulan , dalam hati tu dah jadi taman bunga dah . " usik Aidan .
" Abang Idan ni ish suka sangat sakat Aira , dia tu dah lah monyet . "
" Alah yang monyet tu jugak awak pilih . " ujar Airan seperti menyokong abang longnya tu , boleh tahan jugak perangai , dingin-dingin pun menyempat jugak menyakat adik bongsu dia tu .

Tiba-tiba telefon bimbit Aira berbunyi , Aira terus mengambil telefon bimbitnya itu dari koceknya itu . Nama Khairil tentera , Aira sudah teragak-agak untuk menjawab panggilan itu .

" Khairil call lah tu . "
" Ish abang ni . " marah Aira geram . Terus dia menjawab tanpa segan silu walaupun muka dah merah-marah .
" Ha kau nak ape ? "
" Keluar jom . "
" Tak nak aku , aku nak pergi date dengan abang aku so kau tak payah nak menyemak okay . "
Telefon Aira dirampas oleh Aidan , terkejut Aira dengan tindakkan Aidan .
" Hello Khairil , Abang Idan ni . "
" Hello Abang Idan , Abang Idan sihat ? "
" Alhamdulilah , abang sihat je . Ril jangan terpedaya ape yang Aira cakap tu , Abang Idan takde pun ajak dia keluar . "
" Ril tak terpedaya pun , Ril tahu yang si Aira tu saja cakap macam tu sebab tak nak keluar dengan Ril . "
" Ril keluar jelah dengan Aira ni , Abang Idan tak larang pun , okaylah nak suruh Cik Panda Ril ni bersiap dulu , bye . " Aidan mematikan panggilan .

Muka Aira sudah masam mencuka , geram giler dengan abang sulung dia tu , suka hati je main bagi-bagi macam ni .

" Nah telefon Aira. "
" Tunggulah Abang Idan , nanti Aira balas balik . "
Airan sudah tergelak .
" Abang Iran pun sama , Aira balas balik . Just wait and see ! " kata Aira terus dia masuk kedalam biliknya dan menghempas pintu dengan kuatnya . Geram giler dapat abang yang kuat menyakat ni , telinga Aira terdengar abang-abangnya itu gelakkan dirinya walaupun dia sudah mengugut abang-abangnya .

..............

" Kau ajak aku keluar semata-mata nak bawak aku pergi tasik ni je ? Baik aku study dekat rumah . "
" Nak bagi kau tenangkan fikiran . "
" Yelah tu . "
Khairil tidak membalas , kasi Aira menang pulak . Lama jugak mereka berdua berdiam , Aira memulakan perbualan .
" Khairil . "
" Ape ? "
" SPM dah nak dekatkan ? "
" Haah , kenapa ? "
" Aku nak focus dan aku nak sambung belajar dekat luar negara , aku tak nak hubungan fake kita ni jadi penghalang aku nak focus study . "
" So kau nak putus ? " walaupun berat benar soalan ini dilontarkan tapi dia perlu menyoal agar Aira tidak syak ape-ape.
" Haah , kita boleh je kan jumpa tapi jumpa sebab kita kawan bukan sebab kita ni fake couple . Boleh ke wahai fake boyfriend ? "
" Boleh je lah Aira , aku tahu impian kau nak sambung belajar kat luar negara kan ? "
" Haah , thank you Ril . So this is last day as fake couple , apa kata kita luangkan masa bersama ? "
" Boleh , jomlah tapi nak pergi mana ? "
"Apa kata kita pergi fun fair ? "
" Okay let's go . " ujar Khairil walaupun dia sebenarnya sedih jugak .

' Aira , aku buat semua ni sebab aku sayang kau . Kita akan berjumpa semula suatu hari nanti kan ? ' bisik Khairil .
' Ril , aku gembira sebab lepasni aku terlepas dari kau . HAHAHAHA . ' bisik Aira dalam hati sambil senyum kegembiraan .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience