Rate

BAB 42-SEPUPU YANG PRIHATIN

Romance Series 10492

Dalam perjalanan Khairil ingin balik semula ke biliknya , dia berfikir dengan pesanan yang pernah dia berpesan pada Aira . Sungguh pesanan itu dia tidak ingat langsung .

" Aduhhh...mana lah pergi otak genius aku ni , kenapa kalau pasal Aira je otak aku macam tak nak kawan aku ? Kenapa dia tak nak berkerjasama dengan aku ? "

Matanya berpaling pada seorang wanita yang berlari ke arahnya , dia kenal wanita itu . Pelik jugak sebab wanita itu mengelabah tak tentu pasal .

" Airil , mana bilik Aira ? Pintu nombor berapa ? " tanya Tasha setelab sampai di hadapannya .
" Tasha ? "
" Iyer aku , bagitahulah cepat ! "
" Nantilah aku bagitahu kau , sekarang ni mana bilik Aira ? " desak Tasha .
" Tu , bilik nombor 185 . "
" Okay thanks..." ujar Tasha terus dia berlari ke bilik Aira berada itu . Khairil hanya memandang Tasha berlari , belum sempat dia tanya apa-apa , sepupunya itu sudah pergi . " Cepat je minah nak blaaa..." baru dia hendak melangkah pergi dari level wad Aira , dia teringat sesuatu " tapi kenapa minah ni cari Aira ? Bukan aku ke dia perlu cari ? Macam mana dia tahu Aira masuk hospital ? Kenapa semua orang sayangkan Aira lebih dari aku ? Ah lantaklah...." omelnya seorang diri terus dia berlalu pergi dari level wad itu.

.............

Pintu biliknya dibuka dari luar . Dia terbangun semula dari perbaringannya . Terkejut dia , dah lah tak ada bagi salam ataupun ketuk dulu ke , ni tak main bukak je pintu tu lepastu bukak bukan perlahan-lahan , ada ke orang tu hempas pintu tu , dah lah kuat . Ingat rumah dia ke , nak hempas kuat-kuat , kalau rosak habis dia yang kena ganti .

Otak Aira beku tiba-tiba , otaknya seakan tak dapat nak proses . Tadi dah terkejut dengan kehadiran Khairil secara tiba-tiba , ni kehadiran sepupu mamat tu secara tiba-tiba jugak .

" Aira ! Kau okay ke ? Apa dah jadi ni ? Sampai kau kena stay hospital . "
" Tasha ? Kau buat apa dekat sini ? "
" Datang nak melawat kau lah . "
" Bila sampai Malaysia ? "
" Lunch tadi , niat memang datang nak melawat keluarga Khairil . Bila sampai depan rumah , diorang pulak tak ada . Aku pun call lah Aina , dia kata ada dekat hospital sebab ada dua orang masuk hospital . "
" Ouh...kau datang ni sebab nak melawat Airil ke ? "
" Ha ? Kenapa pulak aku nak melawat dia ? Dia bukan sakit pun . "
" Dia yang mula-mula masuk hospital sebelum aku . "
" Dia sakit apa sampai masuk hospital ? "
" Dia excident masa nak pergi office pagi tadi lepastu dia disahkan amnesia akibat excident tu . "
" Ha ? Amnesia ? Patutlah masa aku tanya kau dekat bilik mana tadi , dia pakai baju pesakit lepastu tangan kanan dia bertampal dan kepala dia pun kena balut . "
Aira hanya mengangguk .
" Tapi kau okay ke ? Selalunya orang amnesia ni , dia hilang ingatan . Apa yang dia tak ingat ? "
" Aku . Sebagai isteri sah dia dan dia tak boleh terima aku sebagai isteri sah dia . "
" Habistu dia ingat apa je pasal kau ? "
" Dia ingat aku ni kawan annoying dia , kawan masa sekolah rendah dan sekolah menengah , anak jiran dia , anak kawan baik ibu abah dia dan kawan biasa dia sahaja . "
" What ? I'm so sorry Aira , aku mintak maaf sebab tanya kau soalan macam tu . Mesti kau tak kuat kan ? Sabar eh Aira , aku tahh kau kuat . Kau jangan risau , kalau ada apa-apa , kau share je dengan aku . Kalau si Airil tu sakitkan hati kau , kau bagitahu je aku biar aku kerjakan dia cukup-cukup . "
" Dia memang dah sakitkan hati aku pun . Walaupun dia tak terima aku sebagai isteri dia tapi alhamdulilah dia terima baby kitorang dan sudi beri kasih sayang dia dekat baby ni . " ujar Aira sambil mengusapa perutnya .
Tasha terkejut dan dia menekap mulutnya , " Aira , congrats dear . Dah berapa lama ? "
" Sebulan , baru je lagi . "
" Okay kalau macam tu , kau rehat dulu . Aku nak keluar . "
" Nak pergi mana ? "
" Aku nak kerjakan si Airil tu , sampai hati dia sakitkan hati isteri dia . Memang cari nahas si tunjang tu . "
" Iyelah , aku pun ngantuk ni . "
" Sweet dream , jangan sedih-sedih tau . Ramai lagi sayangkan kau , believe me . Kalau kau kehilangan si tunjang tu , Allah gantikan dengan kehadiran baby kau ni . Ingat , jangan sia-siakan anugerah yang Allah bagi . "
" Terima kasih Tasha sebab caring pasal aku . "
" Most welcome , okaylah aku blaaa dulu . "
" Bye . "

Tasha balas dengan lambai terus dia keluar dari wad itu . Hatinya rasa lapang dan lega selepas diserang dengan kata-kata Khairil itu . Kalau lepasni dia rasa dia akan selalu mengalah dengan Khairil , pasti lelaki itu akan perang mulut dengan dia semula . Malas melayan , dengan keadaan dia yang tak boleh stress sangat . Akan dia abaikan segala kata-kata lelaki itu . Jangan risau ego dia tinggi , hatinya keras , setakat ayat pedas Khairil tu apa ada hal , ayat dia lagi pedas .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience