Rate

BAB 60-RAHSIA TERBONGKAR (2)

Romance Series 10493

Aira meletakkan kepalanya di atas bahu kanan Tan Sri Aidil . Tangannya memeluk tangan kanan Tan Sri Aidil , begitu juga Tan Sri Aidil , turut memegang tangan anaknya .

" Papa , boleh tak Aira tanya sesuatu dekat papa ? "

" Tanyalah Aira , papa akan jawab . "

" Janji eh ? "

" Iyer papa janji , papa jawab . "

" Siapa Errin ? "

" Kenapa Aira tanya pasal perempuan murahan tu ? "

" Papa dah janji . "

" Baiklah , papa jawab . "

" Ha jawablah . "

" Sebelum papa kahwin dengan mama , dia tu kekasih papa , papa sayang dan cinta sangat dekat dia . Papa pernah bawak dia jumpa keluarga papa . Tapi arwah nenek tak setuju dia jadi isteri papa katanya dia tu tak sama taraf . Papa ni jenis anak yang dengar kata dan dia pun macam redha je . Dan arwah nenek jodohkan papa dengan mama . Hampir 4 tahun , perkahwinan papa dengan mama tiada anak . Arwah nenek dah bising sebab dia tak dapat-dapat cucu dan dia bagi papa kahwin baru , mama pun setuju je sebab dia pun rasa yang dia mungkin tak berpeluang nak mengandung . Jadi papa pilih cinta hati papa , dia pun masih keseorangan lagi , arwah nenek pun tak halang . Tapi bila kami dah berkahwin selama setahun , barulah mama kamu mengandungkan Aidan selepas 2 tahun macam tu mama mengandungkan Airan pulak dan selepas 8 bulan baru lah isteri kedua papa , Errin mengandungkan Aira . Sebab tu lah nama Airan dengan Aira , lebih kurang sama . "

" Ouh macam tu tapi kenapa papa panggil Errin tu perempuan murahan ? "

" Sebab dia curang dengan papa , papa jadi marah sangat-sangat sampai papa tak nak tengok muka dia langsung . "

" Macam mana papa tahu yang Errin tu curang ? "

" Mama bagitahu papa . "

" Papa ada bukti ? "

" Bicara kamu dah cukup bukti dah pun . "

" Okay , sekarang Errin tu dekat mana ? Did you know it ? "

" Masa mama balik makan cendol dulu , besoknya dia balik rumah ni , terus papa halau dia dan campak barang dia yang papa dah suruh pembantu rumah kemas . Selepas itu , papa langsung tak tahu dia ada dekat mana , dia pergi mana , dia duduk mana sekarang . Tapi apa yang papa tahu , dia curang dengan papa dan papa benci sangat dekat dia . "

" Kenapa Errin tu tak bawak sekali Aira dengan dia ? "

" Dia tak cuba ambik Aira pun , nampak sangat dia dah tak nak Aira . "

" Papa dah ceraikan Errin tu ? "

" Tak . "

" Sebab ? "

Tan Sri Aidil hanya diamkan diri sahaja.

" Papa tak sanggup kan ? Tu maknanya papa masih cinta dan sayangkan dekat dia . Papa tak nak cari Errin tu ? "

" Papa...."

" You..." panggil Puan Sri Dahlia .

" Kenapa ni ? "

" I patut bagitahu sesuatu yang Errin mintak i rahsiakan dari you selama ni . "

" Bagitahu apa ni Lia ? "

" Sebenarnya , Errin tak pernah nak curanh dengan you . Dia yang mintak i kata dekat you yang dia curang dengan you kalau you tanya dia mana . "

" Ha ? "

" Dia selamatkan i daripada kumpulan lelaki jahat masa tu , i salah , i gedik sangat nak makan cendol dekat bandar lama , i hampir diperkosa oleh diorang and Errin selamatkan i . Dia selamatkan aurat i didedahkan dari kumpulan lelaki jahat tu , dia sanggup dedahlan aurat dia demi menjaga maruah i . Dia sanggup nampak hina di mata masyarakat and terutama sekali di mata you . "

" Kenapa ? "

" Sebab dia kata i lebih layan di samping you berbanding i , dia wanita yang baik . Bila i halang dia pergi masa you halau dia dan suruh dia terangkan dekat you perkara sebenar , dia kata dia tak nak , dah terlambat , dia kata you tak akan percaya semua kata-kata dia lagi jadi dia ambik keputusan untuk pergi . "

" Kenapa dia tak cuba nak ambik Aira dulu ? "

" Dia dah amanahkan Aira pada i sebab tu lah dia tak cuba ambik Aira dari kita . "

" Kenapa baru sekarang you bagitahu i Lia ? Hampir 23 tahun dah berlalu , baru you bagitahu i cerita sebenar ? "

Puan Sri Dahlia mengelap pipinya yang sudah basah dengan air mata dan dia betulkan lututnya agak dia betul-betul melutut di hadapan suaminya , " I dah cuba Dil tapi you yang tak nak dengar . Bila i baru je sebut nama dia , you terus naik angin dan larang i daripada cerita pasal dia . Selama hampir 23 tahun ni , i terasa terseksa simpan rahsia ni , i rasa tak tenteram , i hari-hari fikir pasal dia , i pernah upah orang untuk cari maklumat pasal dia tapi dia sentiasa cuba mengelak . Bila i pergi rumah dia yang orang yang i upah tu bagi alamat rumah dia , rumah tu kosong and i tanya jiran dia , jiran dia kata dah pindah semalam cuma dia ada tinggalkan surat je dan kalau i nak dia balas surat tu , i kena tinggalkan surat tu dekat rumah jiran dia Dan sekarang ,i tak tahu dia ada dekat mana sekarang . "

" Orang yang you upah tu , tak cuba ke pergi spy rumah tu ? "

" Dah , i dah suruh dia buat macam tu tapi setiap kali i hantar surat balasan dekat rumah jiran dia , orang berbeza dan berlainan pakaian . Kejap ada orang miskin , kejap orang kaya , kejap tomboy , kejap pondan , kejap perempuan gila , kejap ada sorang lelaki datang yang berpakaian kod . "

" Mama , kenapa mak kandung Aira buat macam tu ma ? Kenapa dia sentiasa mengelak ? Kenapa dia tak nak mama jumpa dia ? Sedangkan masa tu mungkin dia dapat perbetulkan keadaan . " tanya Aira yang sudah sendu .

" Mama pun tak tahu lah sayang tapi mama pasti dia gembira dengan Aira sekarang , Aira sekarang dah pandai dan berjaya . "

" Mama , papa , boleh tak kita cuba lagi cari dia ? Aira nak sangat jumpa dia , Aira nak tahu sangat kenapa dia asyik nak mengelak je . "

" Kita tak ada apa-apa inform pasal dia sayang , macam mana mama nak cari dia ? Dah bertahun-tahun dia tak balas surat terakhir mama . "

" Apa surat terakhir mama ? "

" Mama mintak dia tonjolkan diri dia sebenar dan pulang ke rumah , ke pangkuan suami dia . "

" Mama masih ada surat tu ? Aira nak ma , surat tu dapat membantu kita nak cari dia ma . "

" Bantu macam mana tu Aira ? "

" Kita boleh buat ujian DNA berdasarkan tulisan tu , Aira ada kenal seorang doktor makmal , dia tu kawan universiti Aira di UK dulu . "

" Aira masih berhubung dengan dia ? "

" Masih ma ? Please ? "

" Boleh tapi....."

" Tapi apa ma ? "

" Dinnet dulu , awak tu mak mengandung , perlukan tenaga . "

" Okay , jom . " ujar Aira . Terus dia masuk ke dalam rumah .

Puan Sri Dahlia sudah bangun daripada melutut di atas rumput dan duduk di bangku di sebelah suaminya .

" Gigih betul dia nak cari mak kandung dia . "

" Mestilah , nampak sangat naluri seorang anak dia tu kuat . You tak nak halang dia ke ? "

" I pun perlukan penjelasan Errin , i nak tahu sangat kenapa dia buat macam tu . I kenal dia dah lama , dia tak akan buat tindakkan bodoh macam tu kalau tak ada orang halang dia . "

" Even i baru kenal dia , i'm really sure yang dia mesti ada sebab kan . "

" Tulah , eh jom masuk . Nanti mak mengandung tu marah pulak yang kita ni tak masuk lagi . "

" Okay jom . "

Terus Tan Sri Aidil dan Puan Sri Dahlia bangun daripada duduk di bangku dan menuju ke ruang makan di dalam rumah .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience