Rate

BAB 61-BANYAK MULUT

Romance Series 10493

Selepas makan malam dan mama memberiku suratnya dengan Errin , mak kandungku , aku mengemas kerja yang terbenglangkai yang aku terhenti tadi , laptop dimasukkan ke dalam bag laptopku , tak lupa juga fail-fail dimasukkan ke dalam bag laptop . Earphone di sangkut ke leher aku dan telefon bimbitku , aku menggenggamnya di tangan kiriku . Aku terus menuju ke bilik tidurku .

Lampu masih lagi terang , aku melihat Khairil sedang membuat kerjanya di laptop miliknya . Aku hanya menjelingnya , malas aku hendak menegurnya .

Aku meletakkan bag laptop di sebelah bag baju aku . Selepas itu , aku menuju ke meja lampu tidur di sebelah kiri untuk meletakkan earphone dan telefon bimbitku .

Khairil yang baru sedar kehadiran aku di dalam bilik itu , dia menoleh aku dan memanggil aku .

" Aira . "

Aku diam , malas hendak membalas apa-apa . Aku terus mengambil tuala di dalam bag baju aku tu .

" Aira Qasha ? "

' Cakap je lah bonggok . ' desis aku dalam hati .

" Puan Aira Qasha ?? "

Aku memusing dan menuju ke arah dia dengan pandangan yang tajam , " Hish....cakap je lah , aku dengar . Aku tak pekak lagi . " ujarku .

" Okay fine , tadi PA kau Nurul call kau . "

" Dia nak inform apa ? "

" Dia kata , besok ada meeting pasal projek dekat Pahang . "

" Tu je ? "

" Haah . "

" K . "

" K je ? "

" Dah tu , kau nak aku balas apa ? Okay awak ? Okay babe ? Baik lah sayang ? Baiklah babyyyysayanggggg ??? "

" Eerrrmmm...."

" Mesti kau tak nak kan ? So aku rasa better aku jawab K je . " ujar aku dan terus menuju ke bilik air . Malas hendak berperang mulut dengannya lama-lama , letih lah letih .

.............

Selepas Aira keluar dari bilik air , aku terus mengemas semua fail yang sudah bersepah di atas katil dan menyimpan fail itu . Laptop juga aku simpannya sekali .

Aku menyelimut tubuhku . Aku melihat Aira sedang memakai telekung , mungkin hendak mengerjakan solat isyaknya . Selepas 15 minit , dia bangun dari duduknya di atas sejadah dan dia menanggalkan telekungnya . Dia meletak telekung dan sejadahnya elok di atas rak penyidai yang khas untuk meletakkan telekung dan sejadah .

Selepas itu , dia memakai cream malam dan terus menuju ke katil . Dia juga turut menyelimut tubuhnya . Lampu sudah ditutup olehnya , hanya biarkan lampu tidur di sisi katil .

" Aira ? " tegur aku .

" Apa lagi kau nak ? " tanya dia kasar . Penat agaknya .

" Baby macam mana ? "

Dia terbangun dari perbaringannya , mungkin terkejut dengan soalan aku .

" Apa maksud kau Ril ? "

" Maksud aku , baby dalam perut kau ? Dia okay tak ? Kau jaga dia baik-baikkan ? "

" Kandungan aku ni masih lagi 3 bulan , so tak ada-ada pun nak dirisaukan . Dia sihat je . "

" Okay lah kalau macam tu . "

' Baby aku je ke dia tanya ? Habis aku ni ? Dia tak nak tanya pulak . ' desis Aira dalam hati .

Selepas aku berkata macam tu , aku perasan dia pandang aku semacam je . Aku jadi pelik dan mengangkat kening aku tanda apa , terus dia baringkan dirinya dan selimut satu badan . Gaya macam marah pun ada , ah peliklah aku .

Aku tergaru kepala yang tidak rasa gatal tu . Pelik sangat .

" Aira ? Kau okay ke ni ? "

" Tidur lah , pukul berapa dah ni . Penat ah asyik jawab soalan kau je dari tadi . "

" Maaflah kalau aku buat kau penat , aku cuma...." belum sempat aku hendak menghabislan ayat aku . Aira dah memotong ayat aku .

" Dah ! Enough ! Nak bebel ke apa , besok-besok je lah . Penatlah asyik jawab soalan kau lepas tu dengar kau bebel . "

" Okay , aku diam but before sleep . "

" Nak apa lagi Encik Monyet . "

Aku berkerut kepala , iyelah pelik dia panggil aku monyet .

" Selamat malam , okay aku akan tidur sekarang . " ujarku . Lampu disisi aku , aku sudah matikan tanda aku mahu tidur . Begitu juga Aira , dia langsung tak balas apa-apa pada aku .

Aku biarkan sahaja , aku mahu menyenangkan hati dia dengan diri aku yang sekarang . Aku tak mahu dia sakit hati kerana aku lagi , aku akan cuma menyenangkannya dan cuba mengingatnya semula .

..........

Aira tersedar kerana telefon bimbitnya berbunyi tanda masuk waktu subuh . Dia melihat disebelahnya , Khairil masih lagi tidur nyenyak . Dia bangun dari baringnya dan menuju ke suis untuk on lampu utama biliknya . Dia terus mengoyangkan Khairil .

" Ril bangun . "

Khairil masih lagi tidur .

" Khairil , bangun . Dah masuk waktu subuh ni . "

Dia hanya mengeliat , ni yang mendatangkan marah Aira . Terus di menepuk perut Khairil tanpa menghiraukan tidur lena lelaki itu . Terus Khairil terbangun da. terus duduk sambil memegang perutnya yang sudah mula senak kerana Aira menepuk perutnya , dah lah kuat .

" Ha? ha ? ha ? " hanya itu yang dia dapat keluarkan dari mulutnya .

" Wahai hamba Allah , bangun subuh . Solat , dah masuk waktu ni . " ujar Aira lembut tapi gayanya seperti memerli .

" Dah masuk waktu eh ? "

" Iyer dah , aku ambik wudhuk dulu lepas tu kau . "

" Sama-sama jom . "

" Kau tak payah nak mengada-ngada eh , aku terajang kau karang . "

" Iyerlah , aku tunggu kau . Dah lah gi ambik wudhuk . "

Terus Aira berlalu ke bilik air . Peliklah dengan Khairil pagi ni tapi cepat-cepat dia berdalih daripada terus-terusan memikirkan perangai Khairil .

Selesai dia mengambil wudhuk , kini giliran Khairil mengambil wudhuk .

Aira memakai telekung dan membentang sejadah untuknya dan Khairil . Khairil keluar dari bilik air terus menuju ke sejadah yang sudah dibentang oleh Aira .

" Woi ! " panggil Aira . Dia menoleh , Aira memberi dia songkok dan dia mengangkat kening . " hormat sikit nak menghadap tuhan tu . " ujar Aira . Khairil tersenyum dan memakai songkok yang berwarna hitam tu .

Mereka berdua terus menjalankan solat subuh .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience