Rate

BAB 74-SALAH FAHAM.

Romance Series 10493

KHAIRIL jadi pelik apabila seseorang menelefonnya menyuruhnya pergi ke taman permainan . Dia hanya mengikut sahaja , dia mahu siapa menelefonnya . Suara seperti perempuan .

Dia duduk dibangku yang berdekatan dengan ramai orang .

" Hai Airil . " tegur seseorang . Suara itulah menelefonnya tadi .

Dia berpaling , wajahnya seperti pernah dia lihat tapi dia tidak ingat .

" Kalau you terpegun dengan kecantikkan i sekalipun , tak payahlah tenung i sampai macam tu sekali Airil . " ujar Hani . Selamba sahaja dia memeluk Khairil . Terus Khairil menolaknya .

" Assalammualaikum . " ujar Khairil .

' Terpegun apa , kalau muka je cantik tapi adab tak reti jaga , aurat terdedah sana sini . ' ujar Airil dalam hati .

" Waalaikummusalam . "

" Ada apa cik ajak saya datang sini ? Ada perkara penting ke nak bincang ? " tanya Khairil . Dia tidak mahu berlama-lamaan di sini takut ada orng mengenalinya dan bagitahu kepada Aira bahawa dia berjumpa dengan seorang wanita seksi . Habis nyaye aku kena marah dengan Aira .

" Yes , about your lovely wife . " ujar Hani .

" My wife ? Aira ? "

" Dah tu , you ada bini lain ke ? "

" Mana ada , kenapa dengan dia ? Dia sakit ke ? Tak sihat eh ? " tanya Khairil bertubi-tubi . Dia risau kalau bab Aira ni , sudah sebulan tidak berjumpa setelah berbaik dengan Aira kerana Aira terpaksa outstation ke luar negeri . Ada projek baru di Pahang yang perlu dia uruskan bersama abang-abangnya , Aidan dan Airan .

' Risau sungguh kau dengan bini kau ye , takpe lepas ni kau dah tak risau dekat dia dah . ' ujar Hani dalam hati .

" Nah , tengoklah sendiri . " ujar Hani sambil menghulurkan sampul surat berwarna coklat yang dia dapat sebulan lalu . Dia lambat bagi kepada Khairil kerana dia mahu bagi pada masa yang sesuai .

" Apa ni ? "

" Tengok je lah . " ujar Hani . Tangannya mengoncang banyak kali tanda menyuruh Khairil ambil .

Khairil menyambut huluran itu .

Hani sudah tersenyum bahagia , it' time Aira .

Terbeliak biji mata Khairil melihat Aira bersama seorang lelaki yang dia tidak kenali . Mesra sungguh , siap senyum yang saatlah cantik itu .

' Siapa mamat ni ? Aku tidak kenal langsung mamat ni . Kenapa awak buat saya macam ni Aira ? Apa salah saya pada awak ? ' ujar Khairil dalam hati . Panas hati dia melihat setiap keping gambar itu .

" I bukan nak buat you dengan Aira bergaduh but i nak you tahu apa yang isteri you buat belakang you . Dia macam curang je dengan you . I kesian dekat you sebab dipermainkan dengan dia , i tak sangka Aira macam tu , sanggup dia yang sedang mengandung tu curang dengan you . I terkejut bila i nampak dia dengan lelaki dalam gambar tu , masa tu i otw nak pergi fotoshoot dekat mall tu . I nampak je dia , terus i mintak fotographer tu tangkap gambar diorang . I tak naklah you tertipu setiap lakonan yang dia buat . " ujar Hani panjang lebar . Saja mahu sedapkan jalan cerita .

" Saya tak tahu nak cakap apa dah . Saya kecewa dengan dia . " ujar Khairil ringkas .

Hani sudah tersenyum bahagia , rupanya senang je nak perdayakan orang hilang ingatan ni .

" I tahu you kecewa dengan Aira but you kena bangun , you tak boleh biarkan seorng isteri buat macam tu dekat seorang suami . Dosa tau Airil , dia layan you mesti nak tak nak je kan ? Habistu dia layan lelaki dalam gambar tu bukan main mesra lagi . You must do something . "

" Saya balik dulu . " ujar Khairil lemah .

Hani mencebik tapi dia gembira sekarang . Rancangannya yang mahu membuat Aura Qasha menderita akan berjaya tak lama lagi cuma Khairil perlu bergaduh dan ceraikan Aira Qasha sahaja rancangannya akan berjaya .

.........

AIRA langkah masuk ke dalam rumah bersama abang-abangnya , Aidan dan Airan . Penat outstation selama sebulan ni .

Khairil yang baru turun dari tingkat atas tak sanggup melihat isterinya yang kepenatan . Dia kesian melihat isterinya penat bekerja tapi dia perlu kesiankan dirinya si amnesia yang mempunyai isteri yang curang .

" Awak , nak pergi mana tu ? " tegur Aira sambil senyum yang nampak gigi putihnya yang sedang duduk bersandar di atas sofa.

Khairil hanya menggeleng dan dia naik ke atas semula , dia memang menunggu kepulangan Aira pun .

Aidan , Airan dan Aira melihat pelik dengan tingkah laku Khairil .

" Kenapa dengan Airil tu ? Peliklah abang tengok . " ujar Aidan .

" Adik pun tak tahulah bang , penat kerja kot . " andai Aira .

Beberapa ketika kemudian , Khairil turun ke bawah dengan sampul surat yang dia dapat dari Hani tempoh hari .

Dia balik sampul surat tu di atas meja berhadapan Aira , Aidan dan Airan .

" Kenapa ni baling-baling ? " tanya Airan .

" Tengoklah sendiri . " ujar Khairil dingin .

Aira terkedu . Sepanjang dia sudah berbaik dengan Khairil , tidak pernah Khairil bersikap dingin dengannya mahupun sesiapa .

Terbeliak biji mata Airan melihat beberapa keping gambar itu . Kemudian , Aidan selama mengambilnya dan sungguh terkejut . Giliran Aira pulak mengambilnya , dia terkejut . Di dalam gambar itu , terlihat dia sedang bermesra-mesra dengan kawan lamanya , Syed Harraz Al-A'qif .

Siapa punya kerja , dia tidak tahu tapi apa yang dia tahu , pasti Khairil sudah salah faham dengannya .

" Airil , dari mana awak dapat gambar ni ? " tanya Aira.

" Dari mana atau siapa yang bagi , tu semua tak penting tapi apa yang penting sekarang ni terbukti yang awak dah curang dengan saya . "

" Tak Airil , tak....tak pernah pun terdetik dekat hati saya ni nak curang dengan awak sedangkan saya sayang dan cintakan awak . Mana mungkin saya curang dengan awak , dah lah saya ni sedang mengandungkan anak kit...."

" Diam Aira , jangan teruskan kata-kata kau tu . Aku dah muak dengar , aku dah tak nak dengar apa-apa penjelasan dari kau dah . Jangan memperdayakan aku lagi , jangan bohong aku lagi Aira . "

" Saya tak tipu awak pun Airil , saya sentiasa jujur dengan awak . Perasaan saya pada awak ni ikhlas dan benar . "

" Aku dah tak percayakan kau lagi dah , perempuan macam kau ni tak layak pun dipercayai lagi . "

" Khairil , please jangan buat saya macam ni . "

" Kau pernah terfikir tak , sebelum kau curang dengan aku , pernah kau fikir apa yang aku rasa sekarang ni . "

" Khairil , jujur saya katakan yang saya tak pernah ada lelaki laian selain awak . Saya tak pernah ada skandal ke apa , saya cuma ada awak sorang je . " ujar Aira lagi . Masih memujuk , namun dia tidak dapat menahan air matanya daripada tidak mengalir . Dia sedih kerana suaminya memfitnahnya dan tidak mempercayainya lagi .

Terus Khairil naik ke atas untuk mengambil begnya di bilik yang dia sudah kemas sebelum Aira pulang lagi .

Dia turun semula dengan dua beg bagasi besar dan menuju ke pintu keluar dari rumah itu . Aira terus ke arah Khairil , dia memeluk tangan Khairil . Tidak mahu lelaki itu tinggalkan dia tanpa mendengar penjelasan daripadanya .

" Khairil , tolong jangan pergi . Awak kena dengar dulu penjelasan daripada saya , awak kena tahu siapa lelaki dalam gambar tu . "

" Tiada apa yang perlu dijelaskan , gambar tu buktikan segala-galanya . "

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience