Rate

BAB 45-KESETIAAN KELUARGA DISISI

Romance Series 10493

Tasha pandang sekilas pada Aira disebelahnya ini . Aira diam sejak keluar dari bilik Khairil di hospital . Pada mulanya , Aira menitiskan air mata , dalam setengah jam dia mula diamkan dirinya , macam orang bisu.

Tasha memberhentikan kereta milik keluarga Khairil di hadapan rumah keluarga Aira , sebelah-sebelah je so nak balik pun dekat.

Tapi Aira masih beluk tersedar dari lamunannya itu , Tasha mengeluh . Tak sanggup dia menlihat Aira diam begini .

Dia menyentuh tangan Aira dengan lembutnya dan memgoyangkan sedikit . Baru Aira tersedar dari lamunannya .

" Kita dah sampai ke ? "

" Dah . " ujar Tasha sepatah lalu dia keluar dan pergi ke arah bonet . Dia membuka bonet untuk mengeluarkan beg yang di dalamnya terdapat sedikit pakaian Aira.

Aira sudah berdiri di luar menanti Tasha memberinya beg pakaiannya . Tasha menghulurkan beg itu pada Aira , Aira menyambut dan memberi senyum kelat .

Tasha memejamkan matanya , dia tak sanggup melihat gadis ini berbuat demikian . Sakit hatinya setiap kali Aira senyum begitu .

" Kau okay ke Sha ? "

Tasha membuka matanya perlahan-lahan , " aku okay je cuma kau tu tak okay . Aku tahu kau kuat Aira , demi anak kau please ? Stay strong , aku dah dengar dah . "

Aira terkedu , jangan kata Tasha dengar perbualannya bersama Khairil di hospital tadi . " Apa maksud kau ? Kau merepek apa ni Sha ? "

" Aku tak merepek pun . Aku dengar Aira , dia tanya kau yang kau ni sanggup ke mula semula dengan dia kan ? Aku tak perlu jawab sebab aku dengar dengan telinga aku sendiri . "

Aira memeluk Tasha , Tasha tahu Aira mahu menangis lalu dia membalas pelukkan Aira sambil mengusap badan belakang Aira .

" Kau tahu kau kuat beb . "

" Kenapa perlu mula semua ? Apa menyebabkan dia boleh terfikir sampai macam tu ? Aku tak sanggup Sha , aku terlemah . "

" Don't worry ! Selagi kau ada aku , aku akan sentiasa ada untuk kau dan aku akan menasihati dia . "

" Aku nak Khairil Nizam yang dulu , sentiasa pujuk aku kalau aku terasa hati dengan dia atau menangis . Aku rindu dia yang dulu , bukan dia yang sekarang . Kenapa dia berubah 100 peratus ? "

" Aku pun tak tahulah kenapa memori cerita cinta kau dengan dia hilang macam tu je tapi kau kena percaya qadak dan qadar , mesti ada hikmah disebalik semula ni . "

Aira meleraikan pelukkannya , matanya lebam akibat terlalu banyak menangis , matanya juga merah-merah begitu jugak dengan mukanya merah habis tambahan mukanya nampak lesu sangat . Iyelah sejak Khairil kemalangan , dia asyik nangis je .

" Dah lah , kau masuk dalam jumpa family kau . Kau kena tenangkan jiwa kau , fikiran kau , hati kau dan diri kau . Tak baik menangis-menangis ni untuk ibu memgandung ni , kesian baby dalam perut ni sebab hari-hari kena dengan mommy dia nangis je . "

Aira tawa kecil dalam tangisnya yang masih tersisa sedikit . Tasha tahu , Aira cuba mengubah suasana ini .

Aira tahu , Tasha tak mempercayai tawanya tapi dia mahu jugak kerana tak nak sepupu suaminya ini risau pada dirinya .

Aira melangkah masuk ke dalam rumahnya . Dia memulas tombol pintu rumahnya . Baru sahaja dia jejak , mamanya sudah memeluknya . Dia kebelakang sedikit kerana mamamya sudah berisi tapi papanya tetap mencintai dan menyayangi mamanya .

' Wait ! Asal kuat sangat mama aku ni peluk aku ? Masya allah , sesak nafas aku kalau biarkan ni . '

Papanya , Tan Sri Aidil sudah perasaan wajahnya merah-kemerahan akibat pelukkan mamanya yang terlalu kuat , " Dah dah lah tu Lia oi...habis sesak nama anak i tu . "

" I rindu dia lah , you apa tahu rindu i dekat anak perempuan i sorang ni . " ujar Puan Sri Dahlia selepas meleraikan pelukkannya pada Aira .

Aira sedikit terbatuk-batuk kerana mamanya peluk dirinya terlalu kuat .

" Kenapa Aira tiba-tiba je batuk ni sayang ? " tanya Puan Sri Dahlia prihatin .

" Mamalah , peluk Aira kuat sangat . Kan dah terbatuk ni . "

" Hehehehe....sorry sayang mama , mama rindu sangat dekat Aira . "

" Kalau rindu , kenapa mama tak jenguk Aira dekat hospital ? Sama je macam Abang Airan , Kak Ayu , Kiara , Aiman lepastu papa pun sama tak nak jenguk Aira dekat hospital cuma Abang Aidan dengan Tiara je jenguk Aira tapi Aini dengan Airish tak datang pun . Semua orang lupa Aira ! " rajuk Aira . Dia sudah memeluk tubuh .

" Aik...papa pun kena sekali ? "

" Sorrylah sayang , mama busy sikit . "

" Harini pun tak ambik Aira dekat hospital . "

" Mama nak prepare makanan kegemaran Aira , dah siap masak dah pun . " ujar Puan Sri Dahlia lalu dia menarik tangan Aira pergi ke meja makan .

Aira sudah rambang mata melihat semua makanan yang sudah terhidang di atas meja itu tapi dia sedar semula . Dia rasa nak merajuk dengan mamanya , dia memuncungkan bibirnha dan berpaling ke dinding tanda protes .

Tiba-tiba ada suatu suara yang menegurnya .

" Siapa kata abang lupa Aira ? " tanya Airan yang baru keluar dari dapur bersama cupcake kegemaran Aira . " Betul tu . " sokong Ayuni disebelah Airan . Mereka berdua sedang memakai apron .

Aira terkejut , " eeerrrmmm....." gagap pulak dah mulut dia ni .

" Kitorang ingat Aira tau . Kalau bukan sebab tak ingat , tak adanya nak buat makan-makan macam ni . " ujar Aidan yang sedang menurun tangga bersama Tiara dan juga dua orang anak mereka , Aini dan Airish .

" Ucu Ira , Ucu Ira janganlah buruk sangka dengan Aini . Mama yang tak kasi Aini ikut sebab mama kata Ucu Ira tak suka kalau Aini tengok dia tengah sakit . " ujar Aini yang petah berkata-kata itu walaupun masih kecil lagi .

" Aini risaukan ucu tak ? Tak rindu ucu ke ? " tanya Aira yang sudah mencangkung dihadapan Aini . Aini mengangguk kepala terus dia memeluk Aira , Aira membalas pelukkan Aini nasib tak sekuat mamanya tadi .

Aira meleraikan pelukkan itu , begitu juga Aini .

" So kita dah boleh makan ke ? " tanya Aira yang sudah tidak merajuk lagi .

" Sabarlah , sampai hati kau lupakan kitorang . " ujar Aiman yang baru masuk ke dalam rumah itu bersama Kiara .

" Hehehehe....."

" Okay jom , kita makan . " ujar Tan Sri Aidil yang dari tadi hanya memerhati . Yang lain sudah mengambil tempat duduk kecuali Aira .

" Kan best kalau Airil ada sekali , tak adanya Aira duduk sorang-sorang dekat sini kan ? " tanya Aira secara tiba-tiba .

Yang lain sudah terkedu mendengar pertanyaan Aira itu kecuali Aini dan juga Airish disisi Tiara .

" Tak apalah , nanti dia ada kan ? Jom kita makan . " ujar Aira lagi untuk meleraikan bunyi yang sunyi itu .

Aira duduk di kerusi yang sebelah kanan mamanya manakal sebelah kirinya Kiara .

Kiara megenggam tangannya meminta agar dia kuat dengan ujian yang Allah beri . Aira mengangguk tanda faham dan dia mula mengambil makanannya . Dia perlu makan puas-puas agar baby di dalam perutnya merasa kenyang .

Sedang Aira mengunyah makanan , serta-merta air matanya mengalir . Dia cepat-cepat mengelap air matanya dengan menggunakan tangan yang bersih .

Dia berharap sangat tiada sesiapa pun yang perasan tapi dia salah , mamanya sedang memerhatikannya . Dia hanya abaikan , buat-buat tak nampak .

Tan Sri Aidil menepuk lembut bahu kanan isterinya dan memberi tanda isyarat supaya jangan menangis depan semua orang terutama sekali di depan Aira .

Puan Sri Dahlia mengeluh lalu dia mula makanan semula . Sungguh dia lemah saat melihat air mata Aira jatuh . Ibu mana tak sedih kalau tengok anaknya tengah sedih , menangis , sengsara , kecewa .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience