Rate

BAB 52-OUTSTATION

Romance Series 10493

Aira menyeka air matanya , sungguh dia terkilan dengan Khairil . Airan yang duduk disebelahnya menjadi risau , " Adik , are you okay ? "

Aira hanya mengangguk , saat itu dia tidak mampu untuk mengatakan apa-apa . Sungguh luluh hatinya . Aidan hanya mampu melihat dan mendengar sahaja , entah apalah jadi kali ini .

.........

Jam 3 petang baru mereka sampai di hotel 5 star di Pulau Tioman . Bilik Aira dan bilik Aidan dengan Airan bertentangan dengan pantai jadi ada view bila-bila masa sahaja .

Aira terus terlelap kerana penat seharian .

Di bilik Aidan dan Airan , sedang mereka merehatkan badan . Aidan teringat sesuatu yang ingin dia bertanya pada Airan .

" Wey , asal dengan Aira tu ? Apa dah jadi ? "

" Kau nak tahu tak yang Khairil dah balik rumah mama dengan papa.."

" Seriouslah ? So kalau Khairil dah balik , mesti Aira gembirakan ? Tapi asal dia nangis ? "

" Pagi tadi Khairil ada pengsan , tiba-tiba je kepala dia sakit . Lepas dia sedar tu , dia terus cari Aira . And Aira tanyalah apasal sebab kelakuan Khairil lepas sedar tu macam lain sikit . Bila aku cakap Khairil pengsan , Aira jadi risau so dia bawaklah Khairil masuk bilik bagi ubat . Entah apa yang jadi dekat dalam bilik tu , Aira keluar dengan mata yang dah merah . Terus dia kata jom pergi and aku ikut je . Nasib masa tu aku dah habis makan , kalau tak aku rasa dah kena berlapar sebab Aira lah . "

" Apa ek yang Airil cakap dekat dia.."

........

Walaupun sudah puas abang-abang mengajaknya keluar jalan-jalan pada malam itu tapi dia tetap berdegil . Dia tetap tak mahu keluar dari biliknya .

Sedang sibuk dia menikmati view pada malam itu , telefonnya berbunyi . Pasti abangnya jadi dia terus mengangkat panggilan itu tanpa melihat nama panggilan .

" Ye ? Aira dah cakap tak nak apa-apa pun..."

" Aira ? " suara garau si pemanggilan membuatkan dia terkejut . Terus dia melihat nama pemanggil , nama suaminya . Dia mengigit bibir bawahnya .

' Aduh , macam mana pulak aku tak perasan dia call aku ni ' desis Aira dalam hati .

" Aira ? Kau okay ke ? Asal senyap je ? " tanya Khairil .

' Pagi tadi bersaya awak , sekarang ni berkau aku semula . ' desis Aira dalam hati lagi .

" Aira ? Please say something ? " rayunya .

" Yes ? What do you want ? "

" Asal kau tinggalkan aku pagi tadi ? Aku dah halang kau jangan pergi tapi kau pergi jugak . "

" I mintak maaf tapi i sakit hati so nak tak nak you kena accept yang i pergi jugak . "

" Ada apa-apa yang aku dah buat ke ? "

" Siapa Errin ? "

" Ha ? Errin ? "

" Yes , who is she ? "

" Dia hanya nama panggilan sahaja , bukan sesiapa pun . Aku tak ingat siapa dia cuma yang aku ingat dan tahu , aku teringin sangat nak panggilan orang tu dengan nama ' Errin ' . "

" Dah lah bye . " terus Aira matikan panggilan itu .

Walaupun Khairil cuba menelefonnya berkali-kali tapi satu panggilan pun dia langsung tidak angkat . Marah , geram , merajuk , koyak , ha semua ada !!!

Isteri mana yang tak sedih dan kecewa kalau suami sendiri sebut nama betina mana entah . Siapa Errin tu ? Tak pernah dia dengar nama sebegitu .

'' Ah serabutlah !!! " jeritnya .

Dia terus mengambil pencuci mukanya yang berada di atas meja solek bilik hotelnya , dia berlalu pergi ke bilik air untuk membasuh muka .

Selesai basuh mukanya , dia menutup langsir , menutup lampu utama dan hanya biarkan lampu tidur disisi katil sahaja dibiarkan . Terus dia melelapkan matanya , malas nak fikir siapa Errin tu . Baginya saat ini , baik tidur .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience