Rate

BAB 23-AKU BERTUNANG DENGAN SIAPA ?

Romance Series 10492

Sudah sebulan hubungan Aira dan Khairil dingin , tiada call dan mesej dari Khairil mahupun Aira . Aira degil , keras kepala , ego . Bukan Khairil tak nak pujuk tapi Khairil sedang siapkan persiapan untuk memujuk Aira dengan cara yang lain daripada yang lain .

Pintu bilik Aira diketuk dari luar dan dibuka . Aku melihat sang ibu , dia tersenyum . Favourite view rasanya muka mamanya itu .

" Aira . "
" Ye ma ? "
" Mama nak bagitahu sesuatu ni . "
" Apa ma ? "
" Kawan baik mama bagitahu mama yang dia berkenan sangat Aira so dia nak masuk meminang Aira . " ujar Puan Sri Dahlia sambil mengusap rambut anaknya manja .
Terbeliak biji mata Aira , siapa kawan baik mamanya itu ?
" Bila ? "
" Hm 3 hari lagi dia datang masuk meminang , tunang sekali terus . Terima ye nak ? Mama tengok hubungan Aira dengan Airil macam tak serasi je jadi lebih baik Aira terima pinangan ni . Untuk masa depan Aira jugak sayang lagipun umur Aira makin meningkat . " ujar Puan Sri Dahlia , dia perlu memujuk anak bongsunya itu dengan sebaik-baik mungkin . Harap anaknya tidak buat kerja gila , kalau anaknya lari habislah rosak rancangannya nanti .
" Okay ma . " ringkas jawapan Aira tapi itulah yang terbaik yang mampu Aira ucapkan saat ini . Mamanya pun tahu hubungannya dengan Khairil agak dingin dan seperti tidak sehaluan .

Selepas mamanya keluar dari biliknya , dia mencapai telefon bimbitnya dan menghantar mesej kepada Khairil .

Princess Aira Qasha
- You ?
- Besok ada orang nak masuk meminang i

My Monyet Khairil Nizam
- So ?

Princess Aira Qasha
- We should meet right now !

My Monyet Khairil Nizam
- I busy , sorry next time
- Bye

Princess Aira Qasha
- You betul-betul tak sayangkan i kan ?
- Okaylah kalau macam tu , tak perlu jumpa pun tak apa lah
- Bye

Mesej Aira hanya dibaca tapi tidak dibalas . Aira mengalirkan air matanya , dia sedih . Kenapa Khairil buat dirinya seperti ini ? Dia dah beri lelaki tu cintanya !!!!

............

Aira melihat wajahnya dicermin , lawa . Wajahnya disolek oleh juru make-up yang diupah oleh mamanya . Badannya dikenakan dengan baju pertunangan berwarna biru muda begitu jugak tudungnya berwarna biru muda .Rupanya persiapan sudah diaturkan selama 2 minggu tanpa pengetahuannya . Hari ini hari pertunangannya bersama anak kepada kawan baik mamanya . Sape entah , dia malas nak ambik tahu .

Aira pergi ke tingkapnya , dia menglihat laman rumahnya yang ada 4 khemah besar , ramai orang datang . Dah macam kahwin padahal baru je tunang .

Pagi tadi sempat jugak Aira bertanya kepada mamanya kenapa buat-buat besar-besaran . Mamanya menjawab yang dia mempunyai seorang anak perempuan jadi dia mahu buat besar-besaran dan meriah . Dia hanya ikut je , malas nak membantah .

Aira mengalihkan pandangannya ke tingkap bilik Khairil , gelap . Ke mana Khairil pergi ? Dia rindu akan lelaki itu .

Pintu bilik dibuka dari luar , Aira melihat sahabatnya masuk ke dalam biliknya .

" Ya Allah ! Cantik giler kawan aku ni !!!!!!!! " ujar Kiara sedikit menjerit .

Aira tersenyum kelat .

" Senyumlah manis sikit Aira . " ujar Tiara . Kesian jugak dengan kawan baiknya itu kerana bersedih tapi sekejap je tu , kejap lagi mesti gembira lah.

" Aku rindu dia wey . "

" Aku tahu , alah kau abaikan je semua tu yang penting sekarang ni hari penting kau . " ujar Tiara.

Aira hanya mengangguk .

" Aira , aku dengar dari mama kau yang bakal tunang kau tu hensem orangnya , bekerjaya , baik hati , berkulit putih ala-ala cina gitu . " ujar Kiara . Dia perlu memanipulasikan pikiran Aira agar Aira tidak mensyak apa-apa .
" Aku pun tak tahu sape bakal tunang aku tu . "
" Kitorang naik ni sebab nak jadi dayang kau hari ni , rombongan belah lelaki dah sampai kat bawah . Ada lah tu diorang tengah berkias-kias . " ujar Tiara.

Aira mengangguk lagi , dia hilang suara untuk bercakap saat ini . Entah kenapa hatinya berdebar-debar semacam je .

Pintu biliknya diketuk , Kiara , Tiara dan jugak Aira memandang pintu yang dibuka dari luar itu . Abangnya , Airan .

" Adik , mama suruh turun . Nak sarung cincin pertunangan . "

Aira mengangguk sambil senyum terpaksa walaupun hatinya agak was-was untuk melakukan semua ini .

" Adik , smile please ! " rayu Airan . Aira memeluk abangnya , entah kenapa dia rasa abangnya Airan , Aidan dan jugak papanya , Tan Sri Aidil adalah lelaki yang terbaik didunia ini .

Aira turun diiringi oleh Tiara , Kiara dan juga Airan . Airan terasa ingin gelakkan adiknya tapi ditahan agar adiknya tidak mensyak apa-apa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience